Hujan Petang Lagi

Khamis 9 Januari 2014 bersamaan 7 Rabiulawal 1435H (9/2013)

Mandi dan bersiap pakai jubah putih. Guna motosikal ke Masjid Ansar. Dalam kawasan masjid penuh dengan kereta jemaah. Masuk kawasan masjid dan letak motosikal bawah khemah berhampira serabi.

Solat subuh.

Selepas solat, ikuti kuliah mengaji baca ayat 154 Surah Ali Imran di ketua Imam Amri. Tafsiran dan tajwid di sampaikan oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Seterusnya, beberapa jemaah baca ayat secara individu dan bacaan di perbetulkan oleh Ustaz Salleh.
Waktu ini Abah keluar dewan. Ambilmotosikal dan keluar. Singgah di gerai depan SR Agama Integrasi, Taman Keramat, Jalan AU2A. Beli kuih lapis dan donat. Balik semula ke masjid.

Nampak kumpulan mengaji sudah ada duduk di satu sudut dalam dewan masjid.

Pergi ke tandas dahulu. Ambil wuduk dahulu. Waktu ini ada 5 orang sahaja yang serta.Ambil wuduk dahulu sebelum masuk ikut sama peserta.

Sesi mengaji ambil masa satu jam. Selesai selepas jam 9 pagi. Bersurai dan balik ke rumah. Sebelum itu Abah tunaikan solat dhuha di serambi masjid.

Pagi ini bersihkan akuarium kekura. Isikan air baharu.

Pergi ke Pasar Datuk Keramat denan motosikal jam 10.30 pagi ini. Beli lauk. Beli peria. Beli ikan kembung 3 ekor.

Singgah ke Pasaraya Giant di Taman Setiawangsa. Tidak jumpa beras Phranang. Balik ke rumah.

Mamanya masak sayur periya.
Makan nasi bersama Mamanya.

Mandi dan bersiap pakai jugab kelabu. Pergi ke Masjid ansar untuk solat zohor.

Tertidur di bilik. Menonton drama Filipina. Jam 4.45 petang bersiap pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Anis tiba di rumah. Anis balik dari UPM Serdang.

Jm 5.30 petang Abah pergi ke Pasar Datuk Keraamat denan motosikal. Jumpa Mat Nor . Bayar upah baiki troli dan beg. Hala balik, singgah di gerai dekat flet AU1. Tidak ada kih yang sesuai. Balik terus ke rumah.

Minum the. Makan donate satu. Makan sekeping roti Gardenia sapu mentega dan jem.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar. Solat maghrib. diikuti baca Yaasin. Waktu ini mula hujan lebat. Selepas sesi baca Yaasin, keluar dewan dan alikan selia dari tepi tangga dan letak di rak kasut.

Ambil satu paket di pintu dan letak dalam bakul motosikal.

Solat isyak. Solat hajat.

Ikut sama ke majlis perpisah Pentadir Agama Gombak, yang bersara mulai hari ini.

Makan nasi beriyani.

Jam 10 malam, beredar balik ke rumah.

Tiba di rumah dapati kereta Kancil tidak ada di porch. Makna, Anis sudah balik ke UPM, Serdang.

Advertisements