Buang Air Akuarium Kekura

Rabu 8 Januari 2014 bersamaan 6 Rabiulawal 1435H (8/2013)

Mandi dan bersiap pakai jubah putih. Bawa kereta Wajake Masjid Ansar. Dalam kawasan masjid penuh dengan kereta jemaah. Masuk kawasan masjid dan letak kereta Waja di khemah tepi pagar. Solat subuh.

Selepas solat, ikuti kuliah mengaji baca ayat 152-153 Surah Ali Imran di ketua Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid di sampaikan oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Seterusnya, beberapa jemaah baca ayat secara individu dan bacaan di perbetulkan oleh Ustaz Salleh.
Waktu ini Abah keluar dewan. Ambil kereta dan keluar. Singgah di gerai depan SR Agama Integrasi, Taman Keramat, Jalan AU2A. Beli kuih karipap. Buat satu pusingan dan masuk semula ke kawasan masjid. Kawasan masjid lengang.

Nampak kumpulan mengaji sudah ada duduk di satu sudut dalam dewan masjid. Waktu ini ada 5 orang sahaja yang serta.

Haji Aris, ketua kumpulan mengaji Koran, juga baharu tiba dengan kereta Honda Civic di belakang masjid. Beliau keluar sebentar dan datang balik ke masjid.

Sesi mengaji ambil masa satu jam. Selesai selepas jam 9 pagi. Bersurai dan balik ke rumah. Sebelum itu Abah tunaikan solat dhuha di serambi masjid.

Balik ke rumah. Mamanya seorang di bawah. Letak karipap di meja makan di dapur.Selepas Mamanya sediakn secawan kopi susu, abah sarapan seorang dengan kariap.

Selepas jam 11 pagi nampak Nauwar turun ke dapur..

Matahari terik pagi ini.

Pergi ke Medan Selera Taman Setiawangsa dengan motosikal. Beli lauk. Beli nenas dan buah potong.

Letak nasi di halaman untuk makan burung.

Makan nasi bersama Mamanya.

Pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Pergidengan motosikal.

Azfar datang ke rumah.

Nampak tikus makan sisa nasi di rumput di halaman rumah berhampiran pintu pagar kecil.

Duduk di sofa. Mamanya menonton TV.

Cermin mata hitam rosak. Cermin terkeluar dari bingkai. Baiki guna pemutar skru kecil khas untuk cermin mata.

Jam 3 petang naik ke bilik. Tengok TV dan juga tertidur.

Jam 4.45 petang solat asar . Pergi ke Masjid ansar dengan motosikal seorang. Pakai jubah.

Lap cermin tingkap dapur.

Keluarkan air dari tangki akuarium kekura. Guna hos plastik panjang.

Naik ke bilik. Sebelum mandi, cuci tempayan plastik merah dalam bilik mandi atas.

Mandi. Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Ada ceramah agama dari Habib Ali Zaenal Abidin.

Balik ke rumah sebelum 10 malam. Nampak air dalam tangki kekura kurang.

Makan nasi bersama Mamanya.

Advertisements