Pagi Panas Petang Hujan

Selasa 7 Januari 2014 bersamaan 5 Rabiulawal 1435H (7/2013)

Solat subuh. Bawa kereta Waja. Dalam kawasan masjid penuh dengan kereta jemaah. Solat subuh. Selepas solat, segera alihkan Waja masuk ke bangsal tepi pagar.
Ikuti kuliah mengaji. Keluar dengan. Cari selipar di longkang tepi masjid tetapi masih gagal.
Keluar sekejap beli kuih di gerai depan SR Agaman Integrasi Taman Keramat Jalan AU2A.Balik semula ke Masjid Ansar. Waktu nampak peserta sesi mengaji sudah ada duduk dalam dewan masjid. Ikut sama. Sesi mengaji selesai selepas jam 9 pagi. Balik ke rumah.

Tanah Runtuh
Dalam Utusan Malaysia, berita tanah runtuh di Jalan Mahameru semalam. Sesak sehingga 10 kilomter.

Baiki Troli Beg dan baiki Beg Pakaian
Pergi ke Pasar Datuk Keramat denagnmotosikal selepas jam 11.40 pagi. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Pergi ke bengkel Mat Nor Welding. Jumpa anak Mat Nor sahaja. Mat Nor masih belum datang. Nampak troli dan beg sudah siap di baiki. Ambil dan pesan kepada anak Mat Nor perkara berkaitan. Letak beg atas beg sambil pegang troli dengan tangan kiri. Bawa balik dengan motosikal.

Makan nasi bersama Mamanya.

Mandi dan bersiap pakai jubah putih. Guna motosikal. Pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Panas terik waktu ini.

Tidur di bilik seketika. Jam 2 petang turun ke bilik bacaan guna internet. Mennonton drama Filipina TV3.

Jam 4.40 petang bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja. Waktu mendung. Tidak lama kemudian hujan lebat. Hujan lebat waktu solat asar.
Selepas solat asar, masih hujan lebat.
Nampak payung di tepi dinding. Guna payung pergi ke kereta di hujung kawasan masjid.

Maghrib, pergi ke Masjid Mudz Bin Jabal, Taman Setiawangsa. Cuaca sejuk kerana hujan petang. Pakai t shirt dalam. Pakai jubah putih. Pergi dengan kereta Waja.

Dewan masjid sejuk dengan penghawa dingin. Selepas solat magrib di ikuti ceramah agama dalam dewan masjid tajuk Rasullullah.

Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Advertisements