Anis Jemur basuhan/BR1M

Isnin 6 Januari 2014 bersamaan 4 Rabiulawal 1435H (6/2013)
image

Bangun subuh. Turun ke dapur dan minum air delima. Mandi dan bersiap pakai jubah. Guna kereta Kancil pergi ke Masjid Ansar.

Solat subuh dengan Imam Muliyadi. Ada 5 saf jumlah sekitar 200 ahli jemaah.

Baca ayat 145-148 Surah Ali Imran. Ketui oleh Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid di sampaikan Ustaz Salleh Ashaari. Semasa sesi membaca individu, Abah keluar dewan. Cari selipar jika dapat di kesan di longkang tepi masjid. Cari sehingga ke longkang di luar agar masjid di bahagian belakang masjid. Tidak ada kesan.

Ambil kereta Waja dari hujung kawasan masjid. Memandu terus ke stesen minyak Petronas AU2 Taman Keramat. Tungggu seketika sebelum dapat singgah ke pam. Isi petrol RM30.78 ke kereta Kancil. Letak di tepi kawasan. Masuk ke dalam Kedai Mesra Petonas. Guna mesin ATM keluar duit. Waktu itu jam 7.40 pagi. Beli satu buku roti Gardenia wholemeal. Minta masukkan roti ke beg plastik lebih besar dan tidak dalam beg plastik yang kecil. Pekerja kaunter ikut permintaan Abah.

Singgah di gerai Jalan AU2A. depan SR Agama Integrasi.Beli kuih ketayap dan kuih karipap.

Balik semula ke Masjid Ansar. Nampak kumpulan mengaji sudah berkumpul dalam dewan masjid. abah masukke dalam masjid dewan dan ikt sama kumpulan mengaji Koran. Masih sambung al Hadid.

Mamanya siapkan kopi susu secawan. Sarapan pagi seorang di meja makan di dapur. Makan kuih. Minum kopi.

Mamanya masak ayam gulai lemak kuning. Makan nasi berdua bersama Mamanya di meja makn di dapur.

Cuaca terik. Solat zohor. Cari lagi selipar di longkang keliling masjid. Mash gagal kesan selipar yang hanyut semalam.
Tidur.
Solat asar. Guna Kancil.
Hujan lebat.
Waktu ini Anis masih tidur di bilik.

Pintu kanan depan Kancil berbunyi. Pancut dengan minyak pelicir. Masih berbunyi.
Minum petang. Makan dua keping roti Gardenia sapu mentega dengan jem.Mamanya sediakan the susu.

BR1M
Hantar borang permohonan BR1M melalui internet ke LHDN.

Tidak dapat print.

Jam 7.20 malam, pergi ke Masjid Ansar dengan menaiki kereta Waja. Jalan raya basah. Jemaah semua sudah masuk solat maghrib. Selepas msghrib di ikuti cermaha di sampai Ustaz Ahmad Sharol Nizam tajuk kebesaran Nabi s.a.w.

Balik ke rumah selepas solat isyak.

Tiba di rumah dan nampak ‘porch’ kosong. Kereta Kancil tidak ada di ‘porch’. Bermakna Anis sudah pulang ke kolej UPM Serdang malam ini.

Makan nasi bertiga bersama Mamanya dan Nauwar.

Terima whatsapp dari Adlan di Ipoh berithau kos membaiki kereta jiran di Ipoh anggaran RM300.00.

Azfar juga whatsapp beritahu tayar kereta Myvi Azfar juga masalah tayar ke paku siang ini.

Advertisements