Laksa Tongkol

Sabtu 4 Januari 2014 bersamaan 2 Rabiul Awal 1435H. (4/2014)

Solat subuh. Balik ke rumah selepas kuliah subuh.
Sebelum itu solat dhuha di serambi.

Pergi ke Pasar Tani bersama Mamanya.Mamanya rancang masak laksa hari ini.
Beli ikan tongkol seekor harga RM12. Sekilo. Beli juga daun kesum, bunga kantan dan timun.

Beli baju kanak kanak di gerai kanopi barang pakaian.
Balik ke rumah.

Mamanya masak lauk ikan sambal merah.

Makan nasi.
Adiila tiba di rumah.Adila guna kereta Perodua Viva kepunyaan Nita. Letak di ‘porch’ rumah.

Pakaian Kanak Kanak
Mamanya minta Abah pergi ambil pakaian kanak kanak di Pasar Tani. Jam 12.15 petang, Abah pergi ke Pasar Tani dengan motosikal.

Plastic Cable Tie
Sebelum itu,letak motosikal depan Pasaraya Giant. Beli tali pengikat plastik ‘cable tie’, di Pasaraya Giant. Jalan kaki ke gerai pakaian. Waktu ini jam 12.30 tengah hari.

Waktu ini kebanyakkan gerai Pasar Tani sedang dibuka, turunkan dan pemunggahan barang ke dalam lori peniaga masing masing.

Jumpa peniaga yang brurusan denga Mamanya pagi tadi. Bayar untuk pakaian kanak kanak yang di pesan Mamanya tadi.

Mandi dan bersiap pakai jubah kelabu tidak berkolar. Pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Bawa kereta Waja.

Menonton drama satu episode TV1. Jam 3.30 petang tertidur di bilik. Bangun dan turun. Azfar dan Adila di ruang tamu.

Bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar. Pakai jubah. Jam 4.30 petang Sbah hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Guna kereta Azfar, Myvi merah jambu. Selepas turunkan Nauwar, Abah terus pergi ke Masjid Ansar.Letak myvi di khemah berhampiran serambi masjid.

Waktu solat asar, hujan lebat.

Kalendar 2014 LKIM
Berjumpa dengan jiran, Norpi semasa keluar ambil kereta di khemah berhampiran serambi masjid. Norpi memberi satu kalendar 2014 yang di keluaran dari kereta beliau. Beri kepada Abah. Kalendar LKIM. Waktu ini masih hujan.

Balik ke rumah. Kereta Perodua Viva tidak ada di porch. Abah masukkan Myvi ke porch.

Minum petang. Makan roti sapu dengan produk baharu yang di bawa Azfar. Satu botol, ‘Lemon curd’ yang di perbuat dari England. Ramuan dari mentega, telur dan cecair lemon. Bentuk kaya. Makan dengan roti Gardenia wholemeal.

Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja untuk solat maghrib. Jalan basah. Letak kereta Wajaj di hujung kawasan.
solat maghrib. Di ikuti ceramah tajuk Muamalat. Solat isyak.
Balik ke rumah.
Nampak Suzaimin di rumah.
Makan nasi.
Makan laksa.

Jam 10 malam ambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa.

Advertisements