Hujan Lebat- Asar

Jumaat 3 Januari 2014 bersamaan   1 Rabiul Awal 1435H.  (3/2014)

Solat subuh.

Jam 11.35 pagi isi petrol untuk kereta Waja di stesen minyak Petronas AU2.RM58.62.Sebelum itu isi angin ke tayar belakang yang kelihatan kempis.

Masuk ke kawasan letak kereta di belakang kompleks pasar. Beli lauk di Fauzah Nasi Campur. Telur rebus kari.

Jumpa Mat Nor, tukang impal dalam kedai. Beritahu hajat minta baiki beg dan troli.

Pergi ke kereta Waja dan ambil beg dan troli. Bawa ke lokasi MatNor. Minta baiki.

Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya.

Solat Jumaat. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Panas terik. Khutbah di baca Imam Amri.

Pergi ke AEON AU2 brsama Mamanya.
image

Beli beras dan barang dapur lain. Keluar kaunter bayaran jam 3.42 petang.

Tidak sedar hujan di luar. Turun ke besmen. Cari kereta. Masuk barang ke dalam kereta. Keluar dari besmen.

Hujan sudah berhenti tetapi jalan raya basah.

Hujan Lebat Selepas Asar.
Solat asar.Cuaca mendung. Baharu lepas hujan lebat. Pergi dengan motosikal. Sebab sudah hujan tengah hari, fikirkan tidak hujan lagi petang ini.

Waktu solat asar hujan lebat.

Selepas solat terpaksa tunggu sehingga hujan reda. Sehingga jam 6 petang, hujan tidak reda. Pakai baju plastik dengan cap. Menunggang balik ke rumah. Kain basah.

Minum petang. Makan roti. Makan kuih yang di simpan dari pagi tadi.

Solat maghrib.

Selepas maghrib, memandu Waja dan pergi ke Surau Ittifaq. Tidak masuk surau. Balik ke kereta Waja. Memandu balik ke Masjid Ansar. Ambil wuduk sebelum masukdewan masjid.

Solat isyak.

Balik ke rumah.

Advertisements