Khamis 2 Jan 14

Khamis 2 Januari 2014 bersamaan 30 Safar 1435H (2/2014

Bangun sebelum jam 5 pagi. Rasa sakit di badan bahagian dada. Turun ke dapur. Minum air suam cawan kecil.
Rehat seketika.

Mandi dan bersiap pakai baju Melayu biru kilat. Pergi ke Masjid Ansar menunggag motosikal. Solat tahyatul masjid. Tunggu azan subuh dalam dewan masjid. Solat sunat selepas azan. solat subuh.

Ikuti mengaji dan baca ayat 137-140 Surah Ali Imran. Rasa mengantuk. Waktu sesi mengaji indidividu, duduk di serambi seorang sehingga selesai sesi mengaji.

Jam 8 pagi ikuti sesi mengaji pimpinan Haji Aris sehingga jam 9 pagi. Pagi ini sesi ketiga ikut kumpulan mengaji Surah Hadid.

Berbual berdua dengan Haji Aris, sehingga 10 pagi. Tajuk berkaitan lawatan beliau ke Baitulmukadis bersama kumpulan Habib Ali Zainal Abidin tempohari.

Selesai solat dhuha di serambi sebelum pulang ke rumah.

Sarapan di rumah. Minum kopi susu. Mkaan sekeping roti sapu mentega dan kaya yang di sediakan Mamanya. Rancang pergi ke Ipoh dan Pangkor pada hujung minggu depan sempena kenduri perkahwinanan anak Zainal di Kuala Kangsar pada Sabtu 11 Jan 2014.

Selepas jam 11 pagi Nauwar turun ke dapur.

Advertisements