Cuti Tahun Baharu 2014

Rabu 1 Januari 2014 bersamaan 29 Safar 1435H (1/2014

Mandi dan bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat subuh di Masjid Ansar. Selepas solat subuh di ikuti kuliah mengaji dan membaca ayat 133-136 di ketua Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid di sampai Ustaz Salleh Ashaari.Di ikuti sesi bacaan oleh individu.

Sementara itu Abah keluar dewan. Pergi ke gerai di Jalan AU2A menikai motosikal. Balik semula ke Masjid Ansar. Ambil wuduk. Waktu ini sesai mengaji dalam dewan sudah selesai. Selepas ambil wuduk, masuk semula ke dewan. Ikut sama duduk bersama peserta kumpulan mengaji dalam dewan masjid.

Megaji bergilir.

Jam 9.30 pagi balik ke rumah.

Sarapan pagi bersama mamanya.

Jemurkain karpet kuning. Karpet yang di guna untuk baby Iman. Cuaca terik waktu ini.

Azfar tiba di rumah. Suzaimin tidak masuk dan terus memandu Myvi ke tempat lain. Azfar beritahu suzaimin jumpa kawan.
Pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan menunggang motosikal. Beli lauk di Suberi Nasi Kandar. Bayar RM15.00 untuk ayam goreng, daging kicap, telu masin, ikan goreng tenggiri dan sayur kobis. Juga beli bubur nasi.

Azfar duduk bersama Mamanya di sofa ruang tengah. abahh beri nasi bubur ke Mamanya dengan secawan air. Mamanya duduk di sofa sambil makan bubur nasi yang di beli di gerai pasar.

Balik ke rumah Waktu itu hampir jam1 petang. Makan nasi.

Mandi dan pakai baju putih lengan panjang. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Masuk saf pada rakaat terakhir. Buat masbuk.

Nampak muaalaf keturunan Cina dudk bersila di serambbi masjid meminta sedekah. Beri seringgit dan masukkan ke dalam beg khas untuk kutip duiat.

Singgah di Petronas AU2. Beli 100 Plus, dan gula tekak Strepsils untuk Mamanya. Perisa ‘Honey Lemon’. Isi petrol untuk motosikal.
Waktu ini panas terik. Jam 1.59 petang.

Suzaimin datang ke rumah. Letak Myvi di ‘porch’.

Azfar memasak kek waktu ini.
Abah tidur di bilik.
Jam 4.30 petang Abah pergi ke Masjid Ansar.

Salin pakaian selepas balik dari Masjid ansar. Tidak lama keudian Azfar dan Suzaimin beredar dari rumah dan balik ke Lembah Keramat.

Abah membasuh dan cuci kereta Waja. Sambung hos plastik ke pili di depan rumah. Selepas jirus kereta dengan air, tebarkan sabun ke badan kereta. Guna air lagi sekali dan lap dengan kain.

Sambil itu juga, cuci lantai porch.

Sebelum jam 7 malam, selesai mencuci kereta Waja.

Naik ke bilik. Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal.

Solat maghrib. di ikuti cermah dari Ustaz Salleh Ashaari.

Balik ke rumah selepaas solat isyak.

Advertisements