Kali Pertama Ikut Kumpulan Mengaji Quran di Masjid Ansar

Selasa 31 Disember 2013 bersamaan 28 Safar 1435H (365/2013)

Mandi dan bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat subuh di Masjid Ansar. Selepas solat subuh di ikuti kuliah mengaji dan membaca ayat 127-132 di ketua Imam Amri. Tafsiran dan tajwid di sampai Ustaz Salleh Ashaari.Sesi mengaji bacaan secara individu selesai sekitar jam 7.40 pagi.

Sesi Pertama Mengaji Kumpulan Masjid
Nampak Haji Aris dan Major Ramli di sudut dewan masjid. Abah ikut sama dan duduk berdekatan kumpulan mengaji pimpinan Haji Aris. Ini kali pertama Abah ikut kumpulan selepas di jemput oleh peserta yang ada termasuk Haji Aris sendiri.

Termasuk Abah, kumpulan ada 8 peserta. Haji Aris mengaji 3 ayat dri Surah Hadid. Peserta mengaji bergilir. Peserta juga bergilir terangkan tajwid pada setiap bari ayat Quran.

Sesi tamat jam 9.15 petang. Abah balik ke rumah. Tidak singgah mana mana. Terus balik ke rumah.

Jam 11.30 petang, pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motoiskal. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Singgah Taman Setiawangsa dan belii buah potong RM3 termasuk betik.

Makan nasi bersama Mamanya.

Pergi ke Masjid ansar solat zohor.

Kematian Bekas Kerja Affin
Jam 3.41 petang terima panggilan dari kawan nama , Mahathar beritahu kematian bekas Affin Bank, nama adnan Mansor di Taman Keramat Permai dekat stesen LRT.

Ja 4.30 petang jenguk ke rumah arwah.

Solat asar di Masjid Ansar. Pergi semula ke rumah arwah. Ikut sama angkat jenazah menuju ke van jenazah di luar rumah.

Tunggu di Surau Ittifaq. Kawan bekas Affin tiba di surau dan berkumpul.

Jam 6 petang Abah tinggalkan kawan dan surau Ittifaq. Balik ke rumah dengan motosikal.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Selepas magrib, tinggalkan Masjid Ansar dan pergi ke Surau Ittifaq. solat isyak berjemaah.

Di ikuti solat jenazah.

Mengahidiri pergkebumian di Tanah Perkuburan Taman Keramat.

Jam 10 malam, tiba di rumah selepas balik dari kawaasan kubur.

Mamanya suruh basuh muka.

Makan nasi bersama Mamanya di meja makan di dapur.

Ikuti rancangan Ambang 2014 sirang lagsng dari Putrajaya dan Dataran Merdeka.
Selepas jam 12.30 tengah malam, tidur.

Advertisements