Padang Rengas-Kahwin

Sabtu 28 Disember 2013 bersamaan 25 Safar 1435H (362/2013)

Nurul Sofia Binti Mohd Zalaludin & Faizal, Padang Rengas,
Nurul Sofia Binti Mohd Zalaludin & Faizal, Padang Rengas,

Abah seorang bangun dan bersiap untuk pergi ke Masjid Nazrin Shah Kg Rapat Jaya Tambahan untuk solat subuh. Perjalanan dari flet Adlan ke Kg Rapat Tambahan kelihatan sepi. Letak kereta Waja depan masjid. Solat subuh.

Beli roti canai
Selepas solat , tinggalkan masjid dan bergerak ke taman berhampiran. Masuk ke kawasan perumahan rumah teres setingkat. Nampak gerai kanopi jual roti canai. Singgah dan beli 4 roti canai. 60 sekeping. Balik semula ke rumah Adlan di Persiaran Lapangan Panorama. Waktu in subuh masih gelap lagi.

Pergi ke Padang Rengas
Abah keluar rumah seorang memandu kerea Waja, untuk pergi ke Padang Rengas bersama Pak Lang Zulkafli. Mamanya rancang pergi ke Padang Rengas bersama Adlan dan Huda kemudian. Abah pergi dahulu.

<Sebelum tiba Rapat Setia, singgah di stesen minyak Petronas , Jalan Gopeng, di simpang sebelum masuk ke Rapat Setia. Isi petrol untuk kereta Waja RM48.08.

Waktu itu 10.51 pagi. Masuk ke Jalan Tunku Hussein, Rapat Setia. Nampak Pak Lang Zulakfli tunggu di serambi rumah. Rumah Pak Lang Zulkafli, bertentangan Masjid Sultan Yusof. Pergi berdua ke Padang Rengas. Pak Lang Uda batal rancangan ikut sama.

Ikut Jalan Tasek sebelum naik ke Lebuhraya PLUS menuju Kuala Kangsar. Selepas tol Kuala Kangsar, ikut papan tanda menuju ke Taiping .

Tiba di dewan SMTeknik, Padang Rengas. Jumpa Pak Tua Zalaludin serta Yong Ani di intu masuk dewan. Masuk ke dewan dan berjumpa beberapa saudara mara.

Makan nasi. Selepas makan, berlegar di pintu depan dewan bersama Pak Tua Zalaludin dan Pak Lang.
Tidak lama kemudian Mamanya bersama Adlan dan Huda tiba. Baby Iman dalam ‘pram’.

Tunggu sehingga 4 petang.

Berdua dengan Pak Lang Zulkafli balik ke Ipoh. Adlan membawa Mamanya, Huda dan Iman ikut sama menuju ke Kuala Kangsar.
Sebelum masuk pekan Kuala Kangsar, kereta Abah berpisah dengan kereta Adlan.

Tiba di stesen KTMB Ipoh jam 5.20 petang. Bayar letak kereta 60 sen di luar stesen KTMB Parking station.

Pak Lang Zulkafli masuk stesen ke kaunter tikit tren. Beli tikit ke KL.

Foto Stesen Kereta Api Ipoh
image

Stesen Keretapi Ipoh.

Ruang Rumah Pak Lang Zulkafli di Rapat Setia, Ipoh.

image

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements