Rumah Adlan, Ipoh

Jumaat 27 Disember 2013 bersamaan 24 Safar 1435H (361/2013)

Solat subuh.
Isi angin tayar kereta Waja. Ada orang tua tidak tahu , dan bagaimana isi tayar motosikal yang agak leper.

Isi petrol Waja RM71.08. Jam 7.32 pagi.

Ambil The Sun di 7 Eleven.

Balik ke masjid. Ambil wuduk. Solat dhuha.

Letak barang dalam kereta Waja bersiap untuk perjalanan ke Ipoh petang ini.

Abah pergi ke Masjid Ansar untuk solat Jumaat.

Jam 2 petang Abah dan Mamanya berdua bergerak tinggalkan rumah pergi ke rumah Adlan di Ipoh.

Singgah di UTC Gopeng. Solat.

Masuk ke medan selera. Pesan teh susu dan air barli panas. Minum teh susu. Mamanya minum barli panas.

Tiba di rumah Adlan di Persiaran Lapangan Panorama sekita jam 6 petang. Adlan, Hudan dan Iman bertiga berada dalam rumah.

Abah solat maghrib di Masjid Raja Nazrin Sahah di Kg Rapat Jaya Tambahan. Selesaikan juga jamak isyak kasar.

Balik semula ke rumah Adlan.

Advertisements