Pulang ke KL

Selasa 24 Disember 2013 bersamaan 22 Safar 1435H (358/2013)
Bangun pagi di Nipah Bay Village. Bermalam di Nipah Bay Village. Suasana di Teluk Nipah masih sepi. Pak Su buat secawan kopi susu.

Hampir jam 7 pagi. Masa untuk Pak Su tamat kerja malam ini dan selesai bertugas. Perlu pulang ke rumah di Kg Masjd, Pangkor.

Balik ke Pangkor dengan motosikal, membawa Pak Su terus balik ke rumah beliau di Kg Masjid. Perjalanan dari Teluk Nipah jarak 8 km. Merentas kawasan bukit curam dan hutan sebelum tiba di Pantai Pasir Bogak.

Tinggalkan Pak Su serta motosikal di rumah beliau.

Abah singgah di masjid. Solat dhuha. Tunggu sehingga jam 9 pagi.

Pergi ke Restoran Hassan dan saraan pagi makan kuitiaw dan minum kopi O. Nampak seorang tua masuk ke dalam restoran. Pernah berjumpa satu ketka dahulu. Tegur sapa. Nama awaludin bin Man, dahulu terkenal sebagai pakar tangkap ular. Beliau beritahu tidak lagi giat kerana sudah tua denagan masalah mata dan pemandangan tidak terang.

Jalan kaki balik ke rumah Pangkor ikut Kg Masjid. Sampai di rumah terus pergi ke pintu belakang rumah. Letak beg di dalam dan kunci semula gril. Waktu itu penyewa tidak ada di rumah dan masih belum check out lagi.

Sebuah rumah tradisi  yang cantik di Kg Masjid, Pangkor
Sebuah rumah tradisi yang cantik di Kg Masjid, Pangkor

Rasa hendak ke tandas. Segera ambil basikal dan kayu ke Masjid Teluk Raja Bayang, Pangkor.

Nampak Pak Su sedang urus barang untuk kenduri di setor belakang masjid. Pergi ke tandas dahulu.

Tengok Pak Su urus.

Pergi ke Jeti Pangkor.

Jam 11.00 pagi masuk ke Maybank, Pangkor , untuk masukkan wang ke akaun di Maybank. Tunggu nombor angka 4006 dan hanya dapat layanan jam 11.29 pagi.

Kumpulan Danial, keluar
Jam 12 tengah hari kumpulan keluar rumah.

Kayuh basikal balik ke rumah.

Kayuh basikal bawa plastik sampah ke tong sampah besar di Pantai Pasir Bogak.

Sebuah rumah inap  terletak dalam Kg Masjid, Pangkor
Sebuah rumah inap terletak dalam Kg Masjid, Pangkor

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pulang ke KL
Jam 3.30 petang berjalan kaki ke Jeti Pangkor untuk pulang ke KL.

Naik bas Plusliner jam 5.30 petang berleps ke KL.

Tiba di KL Sentraal jam 9.30 malam.

turn bas. Ambil beg besar dari bahagian barang bas . Tarik masuk ke dalam komplek KL Sentral. Singgah di tandas dan bayar 40 sen.

Tarik beg ke surau KL Sentral. Solat jamak maghrib dan isyak.

Tarik beg dan pergi ke stesen LRT. Beli butang Warga Emas seringgit. Nasik ke pletfom. Naik ikut eskalator ke pletfom LRT. Tren baharu tiba. Segera masuk ke dalam tren dan balik ke rumah. SMS ke Mamannya minta ambil di stesen LRT Seiawangsa. Dalam tren sesak ramai penumpang.

Mamanya menunggu dalam kereta Waja depan tangga lobi stesen.

Sebelum tiba di rumah, singgah di gerai burger. Beli burger 3 di gerai dalam kawasan pusat komersil Taman Keramat Permai.

Di rumah makan burger bertiga bersama Mamanya dan Nauwar.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements