Kumpulan Asri, Alor Setar

Ahad 22 Disember 2013 bersamaan 19 Safar 1435H. (366/2013)
image

Bangun pagi dan pergi ke Masjid Teluk Raja Bayang. Pakai baju putih lengan panjang tidak berkolar. Solat subuh berjemaah.

Beli nasi lemak di gerai depan masjid. Waktu itu baharu jam 6.45 pagi. Hantar ke rumah Pangkor. Ambil motosikal di depan hotel papan. Pergi ke rumah Pangkor dengan motosikal. Ketuk pintu. Beri pada penyewa nama, Muhamad. Beliau ucap terima kasih. Abah beredar balik ke hotel di Jalan Besar, Pangkor. Masih gelap subuh.

image

image

image

Mamak

image

Kumpulan Mohamad, keluar
Duduk bersama beberapa kenalan di luar Restoran R&R Corner di kawasan Jeti Pangkor.

Jam 10.30 pagi terima SMS beritahu kumpulan Muhamad, yang inap semalam, sudah keluar rumah pagi ini. Abah pergi ke rumah Pangkor. Periksa rumah Pangkor. Kutip sampah dan sapu lantai.

Kemaskan rumah. Pasang cadar, sarung bantal dan lain yang baharu dan bersih.

Buang sampah dalam plastik sampah hitam ke tong sampah besar awam di Pasir Bogak. Bawa dengan motosikal.

image

Ketibaan Kumpulan Ustaz Asri.
Jam 1.25 petang telefon ke Ustaz Asri. Belaiu berada depan Bomba. Memakai baju biru datang dan bertemu di tempat menunggu penumpang teksi. Berjumpa dengan kumpulan dengan anggaran 14 orang.

Berjumpa dengan penyewa kereta nama Atuk @ Zaini. Keperluan kereta sewa. Abah suruh Zaini rekomen ke Ustaz. Ada van putih. Sewa van putih dari Zaini @Atuk.

Bawa tetamu dan ahli kumpulan semua ke rumah menaiki van. Ustaz memandu van putih. Abah menunggang motosikal. Van putih konvoi ikut dari belakang ikut Jalan Pasir Bogak sehingga masuk ke depan apartmen depan pintu rumah.

Selepas ambil bayaran, beri kunci rumah. Beri beberapa keterangan. Tinggalkan tetamu di rumah Pangkor. Abah beredar dan balik semula ke jeti.

Berehat di Kopitiam Pangkor
Kopitiam Pangkor, oren. Dengar azan di bilik hotel. Turun dan jalan kaki masjid.
Solat maghrib.

Advertisements