Isi Air Baharu Akuarium Kekura

Selasa 17 Disember 2013 bersamaan 14 Safar 1435 (351/2013)
image

Solat Subuh
Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh berjemaah. Ikuti kuliah mengaji ayat 87-90 Surah Ali Imran di ketuai Imam Abdullah. Tajwid dan tafsiran oleh Ustaz Salleh Ashaari. Semasa sesi membaca secara individu, mengaji sendiri berulang Surah Dhuha. Sekitar jam 7.30 pagi, sebelum selesai sesi mengaji, tunaikan solat dhuha serambi masjid.
Singgah d gerai dan beli karipap dan bada.

Tiba dirumah, ambil surat khabar di lantai ‘porch’. Jemur mop di halaman. Nampak tingkap depan telah di buka.

Baca Utusan Malaysia duduk di sofa ruang tengah.

Sarapan pagi berdua dengan Mamanya minum kopi susu dan makan kuih.

Tukar Air Akuarium Kekura.

Basuhkan penapis, cucui tangki akuarium dengan sabun pamcut, bersihkan pam elektrik. Sambung hos plastik ke pili depan rumah dan isi air bersih ke dalam akuarium kekura. Jam 12 tengah hari baharu selesai kerja isi air.

Gantung ‘mop’di pokok ‘Royal Palm’
Paku ke batang pokok ‘royal palm’. Gantung mop ke pokok di halaman.

Pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal. Beli lauk ikan talapia bakar.Balik ke rumah.

Nauwar sediakan makanan di meja makan di dapur. Makan nasi berdua dengan Mamanya.

Abah mandi dan bersiap pakai baju Melayu oren pink tanpa kolar. Pakai kain pelikat merah. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Balik dari majid. Naik ke bilik. Cuaca di luar panas. Rasa letih. Baring atas katil dan tertidur.

Mamanya kejutkan jam 4.35 petang. Segera bangun. Mandi dan bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal.

Nampak kereta Kancil teralih sedikit dari lokasi asal di porch. Tanya Anis. Anis beritahu Mamanya keluar sebentar tadi.
Waktu ini masih baring di sofa di ruang tamu.

Terima SMS bertanya kekosonngan rumah di Pangkor untuk sewa pada 31 Jan 2014. Jawab dengan SMS sahaja.
Anis habiskan ikan bakar talapia di meja makan di dapur.
Mamanya masak chochip biscuit petang ini. Hidang untuk minum petang.
Minum petang. Teh susu. Makan sekeping roti Gardenia wholemeal sapu mentega dengan jem.

Cajkan HP Sony.

Jam 6.46 petang, Abah bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib.

Malam ini Anis pulang ke kolej UPM Serdang.

Pertandingan Multi Media, Masjid Ansar
Selepas maghrib di Masjid Ansar, ada pertandingan multimedia remaja dari sekolah yang di adakan dalam dewan masjid.
image

Solat isyak.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Advertisements