Repair Proton Saga Adlan

Rabu 11 Disember 2013 bersamaan  8 Safar 1435H (345/2013)

Adlan bersiap dengan baju hitam jalur lengan panjang. Jam 8.30 pagi Adlan keluar dengan mtotoosikal seorang untuk temujanji dengan klien di Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng.

Adlan Baiki Kereta di Bengkel Beezy

Abah bawa kereta Adlan, Proton Iswara ke Bengkel Beezy di AU1. Mekanik nama Awi, hantar Abah balik ke rumah dan bawa balik kereta Adlan semula ke bengkel.

image

Balik dari Masjid Ansar dengan Kancil.

Awi, mekanik Bengkel Beezy, tiba hantar balik dengan kereta Adlan setelah di baiki.

Jam 2 petang Adlan tiba di rumah dengan motosikal. Adlan baharu balik berjumpa dengan klien di Megan Avenue , Jalan Yap Kwan Seng.

Apabila Adlan periksa, dapati kereta masih ada masalah. Adlan tidak dapat buka pintu kanan belakang. Pintu masih melekat tidak boleh di buka.

Abah suruh Adlan hantar semula ke bengkel Beezy.

Anis pulang dari Kuantan
Jam 2.29 petang Abah SMS ke Anis bertanya di mana lokasi Anis waktu ini. Anis jawab SMS beritahu Anis berada di R & R Temerloh.

Abah pergi ke Petronas AU2 guna mesin ATM Maybank keluar duit waktu itu jam 2.53 petang.

Jam 3.40 petang, letak kereta Waja 60 sen tikit pamer MPAJ.

Abah ambil Anis balik dari Kuantan
Selepas jam 4 petang Anis SMS beritahu sudah tiba di McDonald dekat stesen minyak Shell di MRR2.

Abah keluar dengan Kancil. Silap buat U turn dan masuk ke stesen Petronas berhampiran Bukit Antara Bangsa.

Terpaksa lajak semula ke simpang DUKE/MRR2 dan pusing U menuju semula ke Ulu Kelang. Buat pusingan U lagi sekali di Taman Melawati, melepasi Zoo Negara dan tiba di Mc Donald berhampiran stesen minyak Shell. Anis tunggu di tepi premis McDonald.

Waktu itu hampir jam 5 petang. Baa Anis balik ke rumah.

Abah salin pakaian di bilik. Keluar semula dengan kereta Kancil ke Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa. Solat asar masbuk dalam dewan dengan seorang jemaah. Tidak sangka ada lagi dua orang ikut sama solat masbuk.

Selepas solat, Abah beredar dari masjid. Pergi ke AU1 dan singgah di Bengkel Beezy. Nampak Adlan dalam bengkel. Kereta Proton sedang di baiki. Nampak pintu belakang kanan sedang di baiki oleh mekanik.
Abah balik ke rumah.

Jam 6 petang, Adlan dan Huda bersama baby Iman beredar dari rumah dengan kereta PProton Iswara dalam perjalanan pulang ke Ipoh.

image

Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motoosikal untuk solat maghrib. Balik semula ke rumah selepas isyak.

Beli Tikit ke LumutJam 10 malam Abah pergi ke Pudu Sentral dengan motosikal. Naik ramp ke lokasi letak motosikal di tingkat 1. Beli tiket Plusliner di kaunter Transnasional/Plusliner. Selepas beli tiket, balik ke rumah ikut Prolintas. Tiba di rumah jam 11 malam.

Adlan whatsapp beritahu tiba di rumah di Ipoh sekitar jam 10.30 malam. Adlan beritahu ‘dinner’ di Tapah.

image

Advertisements