Ganti Hos Petrol Kereta Kancil

Khamis 21 November 2013 bersamaan 17 Muharam 1435 ( 325 / 2013)

Solat subuh.Pergi dengan kereta Kancil. Singgah gerai beli roti ‘boom’.
Baca  Utusan Malaysia di bilik.
Tidur sehingga 9 pagi.Solat dhuha. Mengaji Koran.
Sarapan pagi lewat. Jam 10 pagi, minum kopi susu dan makan sekeping roti ‘boom’.

image

Jam 8 pagi rancang baiki kereta Kancil di bengkel Perodua , Jalan Enggang, Taman Keramat.  Hantar kereta Kancil ke bengkel Perodua, Jalan Enggang.

Pasang ‘hose’ petrol baharu. Bersihkan ‘radiator’ dan ‘gasket’ enjin.

Tinggalkan kereta. Jalan kaki balik ke rumah.  Jam 11.30 pagi sampai rumah. Ambil masa setengah jam jalan kaki.    Panggil Nauwar buka pintu pagar.

Pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Balik, singgah di stesen minyak Pteronas isi motosikal RM3.92.Waktu itu jam 12.27tengah hari.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Balik dari masjid, makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Kunci rumah dan ‘remote’
Pergi semula ke bengkel Perodua. Kereta Kancil atas lif. Waktu ini mekanik beritahu sedang bersihkan radiator kereta Kancil. Minta mekanik turunkan. Ambil kunci rumah yang tertinggal di ‘dashboard’ kereta Kancil. Balik ke rumah.

Seperti biasa, menonton drama Filipina jam 3 petang.

Pergi semula ke Masjid Ansar dengan motosikal solat asar.

Ambil Kancil dari bengkel Perodua Taman Keramat
Pergi ke Perodua, Keramat bersama Mamanya dengan motosikal. Buat bayaran, ambil kereta Kancil yang sudah siap di baiki. Buat bayaran RM77.50 kos kerja bersih radiator dan ganti ‘hose’ tangki petrol.

Mamanya memandu kereta Kancil terus balik ke rumah. Abah ikut dengan motosikal balik ke rumah.

Waktu itu jam 6 petang. Waktu minum petang. Abah makan sekeping roti ‘boom’.
Mamanya sediakan secawan teh susu untuk Abah minum petang.

Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil untuk solat maghrib. Selepas solat maghrib, membaca Surah Yasin. Solat isyak.

Makan nasi bertiga dengan Mamanya dan Nauwar.

Advertisements