Deepavali- Panorama Lapangan Perdana, Ipoh / Pangkor

Sabtu 2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434H (306/2013)

Subuh pagi sejuk di rumah sewa flet Panorama Lapangan Perdana.

Adlan dan Abah pergi ke Masjid Raja Nazrin Shah di Kg Rapat Jaya Tambahan untuk solat subuh.

Jam 9 pagi peniaga perabot datang ke rumah hantar tilam baharu untuk rumah Adlan. Semalam sudah di tempah di kedai Jalan Pasir Putih, Ipoh.

Adlan ajak ke restoran di Sengat. Pesan roti canai untuk sarapan. 

Singgah di kedai logam. Tidak jumpa mangga,  kedai tidak  ada jual yang sesuai. Balik semula ke flet.

Bersih tingkap.  Banyak tahi burung pada kaca tingkap.

AdlacCari mangga di Taman San Choon.

Solat jamak zohor di Masjid Raja Nazrin Shah.

Makan tengah hari di medan selera Megoplex.

Beli mangga di kedai Hardware di Gunung Rapat.

Balik ke rumah sewa.

Pergi ke Pangkor
Bersiap. Hantar Abah ke stesen bas untuk pergi ke Lumut. Tiba di stesen nampak bas ke Lumut sudah bersedia untuk berlepas. Keluar dari kereta Waja dan terus jumpa pemandu bas minta tunggu. Segera pergi ke kaunter tiket dan beli tiket RM8.50 ke Lumut. Letak beg besar hitam dan troli ke dalam tempat barang bas. Adlan kuncikan pintu tempat barang. Hanya beg Abah sahaja simpan di situ Orang lain bawa naik ke dalam bas.

Sebelum naik bas, minta Adlan ambil dari kereta cermin mata hitam dan cap yang tertinggal di tempat duduk depan kereta Waja. Selepas bersalam denan Adlan, Abah naik bas Perak Roadway warna merah. Waktu itu jam 3.15 petang.

Adlan beredar dari stesn bas. Adlan terus perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Cuaca panas terik. Perjalanan bas makan mas hampir dua jam sebelum tiba di Lumut.
image

Apabila tiba di Lumut, singgah di Restoran Damai Laut. Makan laksa. Minum teh susu. Guna tandas.

Jam 6.30 petang naik feri di Jeti Lumut.Bayar tiket feri RM6 di meja khas untuk penduduk Pangkor.

Naik feri yang berlepas kira 7 malam. Tiba di Jeti Pangkor jam 7.30 malam. Jalan kaki terus dari Jei Pangkor ke rumah di Jalan Pasir Bogak, Taman Desa Pangkor. Tarik beg besar hitam guna troli sampai ke rumah.

Masuk ke dalam rumah. Puas hati kerana keadaan rumah nampak baik.

Terakhir datang ke rumah Pangkor pada Ahad 13 Okt 2013 sebelum Hari Raya Haji 2013. Hampir 3 minggu dahulu. (20 hari)

Kayuh basikal pergi ke Masjid Raja Teluk Bayang. Solat maghrib jamak isyak.

Makan nasi goreng Restoran Hassan.

Advertisements