Rumah Sewa Panorama Lapangan Perdana, Ipoh

Jumaat 1 November 2013 bersamaan 27 Zulhijjah 1434H (305/2013)

Hari ini rancangan pergi ke Ipoh, Abah berdua, dengan Adlan untuk masuk ke rumah sewa di Ipoh.

Bangun subuh. Kereta Proton Iswara di porch rumah. Bersiap pergi ke masjid untuk solat subuh. Pergi ke Masjid Ansar dengan menunggang motosikal. Hala pulang dari masjid, singgah di gerai simpang. Beli 5 keping roti boom.
Solat dhuha.

Buat urusan M2U berkiatan kad vis MBB, guna internet bilik bacaan.

Jam 8.35 pagi Adlan tba di rumah. Adlan datang dari Templer Saujana Rawang.

Abah pergi ke Maybank Setiawangsa buat satu urusan ATM. Waktu itu jam 9.12 pagi.

Pergi ke Ipoh
Jam 10 pagi Abah dan Adlan berlepas ke Ipoh.

Keluar lebuhraya PLUS masuk ke tol Tanjung Malim. Singgah Petronas Behrang 2020, tambah petrl untuk kereta Waja RM54.58. Waktu itu jam 11.17 pagi.

Jam 11.50 tiba di simpang Tol PLUS Sungkai. Abah minta Adlan berhenti di sini. Adlan tunggu di kawasan rehat dekat Tol sungkai ini. Abah rakam beberapa foto persimpangan di sini untuk rujukan.

image

Masjid Gunung Panjang
Teruskan perjalanan sehingga tiba di Kg Gunung Panjang. Singgah di Masjid Gunung Panjang untuk solat Jumaah. Waktu itu jam 1 petang. Adlan masukkan kereta Waja rapat ke kawasan letak kereta depan masjid. Waktu ini panas terik.

Waktu ini khutbah. Tajuk berkaitan Awal Muharram.
image

Selepas solat Jumaat, beredar dari Gunung Panjang menuju ke Ipoh. Adlan bertanya di mana rancang makan tengah hari. Abah saran pergi ke Rapat Setia.

Singgah ke restoran berhadapan Dewan Koperasi Rapat Setia. Makan nasi di situ. Ada ayam goreng. Masih ada lauk.

Rancangan seterusnya adalah pergi ke Taman Botani. Singgah di pejabat yang Adlan sewa atas Pasar Mini Easy Market. Adlan beli sabun wangi Ajax, penyapu dan mop di pasar mini di bawah. Selepas ini rancangan Adlan tunjuk Abah flet sewa yang Adlan pilih untuk menyewa di Panorama Lapangan Perdana.

Rumah Sewa Ipoh,
Jam 4 petang tiba di rumah sewa, flet di Persiaran Panorama Lapangan Perdana.

Letak kereta Waja di tepi bangunan flet. Tunggu sehingga tuan rumah, nama Chandran, tiba di rumah. Naik ke rumah tingkat dua. Tuan rumah tunjukkan rumah. Adlan bayar cengkeram dan sewa. Dapatkan anak kunci pintu rumah. Chandran beredar dari situ.

Cuci rumah

Abah dan Adlan cuci rumah. Basuh lantai simin dengan air sabun Ajax.

Restoran Zombies
Adlan bawa Abah ke restoran untuk minum petang. Minum petang, makan roti bakar. Adlan minta mi goreng.

Waktu itu mula maghrib. Pergi ke masjid di Kg Rapat Tambahan berdekatan. Solat maghrib jamak di Masjid Raja Nazrin Shah di Kg Rapat Jaya Tambahan.

Selepas solat, balik semula ke rumah sewa. Cuci rumah guna air dan basuh lantai. Sabun Ajax.

Di luar bunyi mercun. Esok Deepavali. Bising.

Sekitar jam 9 malam, selesai cuci lantai rumah. Waktu ini pperlu keluar untuk makan malam. Keluar semula ke restoran .

Makan nasi goreng.

Balik ke rumah. Bentang ‘comforter’ di ruang utama rumah.

Tidur.

Advertisements