Tidak ada Air

Isnin 28 November 2013 bersamaan 23 Zulhijjah 1434H (301/2013)
image

Bangun jam 5 pagi kedengaran azan sayup dari Masjid Ansar.

Pegi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Sejuk. Semalam petang hujan lebat. Nauwar seorang tinggal di rumah semalam. Bumi sejuk.

Jam 12 tengah hari pergi ke Pasar Datuk Keramat. Guna motosikal. Beli lauk. Beli telur.

Di gerai telur, ambil 10 biji telur dan masuk dalam kotak plastik telur. Pekedai masukkan ke dalam beg plastik merah.

Makan nasi bersama Mamanya.

Abah bersiap dan pegi ke Masjid Ansar solat zohor. Balik semula dengan motosikal.

Perhatikan aktiviti kontrektor Syabas menggali dan menanam paip besi baharu.

Anis batalkan rancangan balik ke kolej UPM Serdang.

Baring di ruang tengah sambil menonton drama TV3.

Jam 4.10 petang naik ke bilik. Bersiap pakai baju Melayu biru untuk pergi masjid. Solat asar.

Selepas asar berbual dengan Hj Arif. Waktuitu kedengaran bunyi guruh.

Keluar masjid. Ambil motosikal dan balik ke rumah.

Mula hujan petang ini.

Jam 5.30 petang Abah maan roti Gardenia Butterscotch.
Mamanya sediakan the susu. Minum teh petang.

Tidak ada air.
Mamanya mengadu tidak ada air. Sah kerana tidak air apabil periksa pli di luar.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. Letak di belakang masjid. Ambil wuduk d tempat wuduk Masjid Ansar. Solat maghrib.

Pergi ke kereta ambil tuala kecil dan sabun. Masuk ke tandas. Guna blik ‘shower’. Mani.

Masuk semula ke dalam masjid dengar ceramah dari Imam Amri.

Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya di dapur.

Anis racang balik ke UPM Sedang malam ini.

Jam 10.30 malam, Anis beredar pulang ke UPM serdang dengan kereta Kancil.

image

Kerja syabas

image

image

image

Advertisements