Adila Konvokesyen UTM Skudai

Ahad 27 Oktober 2013 bersamaan 22 Zulhijjah 1434H (300/2013)

Bangun subuh pergi degan motosikal Masjid Ansar. Solat subuh. Selepas solat balik terus ke rumah. Waktu keluar dewan terjumpa jiran, Samsudin, beliau tegur balik awal.

Mamanya sedang solat di bilk. Kejutkan Anis yang masih tidur.
IMG_6342

IMG_6354

IMG_6366

Pergi ke UTM Skudai

Abah bersama Mamanya dan Anis rancang pergi ke konvokesyen Adila di UTM skudai.

Jam 7.20 pagi bergerak tinggalkan rumah. Singgah di stesen minyak Petronas,AU2, tambah nilai Touch & Go bayar tunai di kaunter Kedai Mesra Petronas. Anis masuk ke dalam kedai juga. Beri duit. Anis beli roti dan air.

Sebelum 7.30 pagi bergerak menuju ke lebuhraya MRR2 menuju ke selatan. Abah memandu terus tanpa henti sehingga tiba di Rawat dan Rehat, Pagoh, Muar.

Sarapan, makan nasi lemak dan kwei tiaw. Minum kopi dan Milo. Waktu itu kira jam 9.30 pagi. Matahari naik. Cuaca cerah.
Singgah stesen Petron R&R, Pagoh dan isi petrol RM74.76. Waktu itu jam 9.55 pagi.

Sambung perjalanan ke Skudai. Anis pula ambil alih, memandu kereta Waja.

Tiba di Kampus UTM, Skudai.

Tunjukan arah masuk ke Kampus UTM, Skudai. Cari tempat letak kereta. Turunkan Abah dan Mamanya di satu lokasi. Abah dan Mamanya berjalan kaki tepi Dewan Cancelor dan pergi ke Masjid UTM. Anis memandu kereta Waja terus cari tempat letak kereta.

Singgah di masjid UTM. Mamanya masuk di bahagian muslimah. Duduk dalam masjid tunggu waktu zohor.Ramai orang dalam masjid termasuk wanita dan kanak kanak.

Selepas azan zohor, ramai jemaah solat zohor bejemaah. Abah ambil wuduk. Waktu itu jemaah sudah beredar keluar masjid. Abah terus pergi ke saf pertama. Di sini aman. Sebelum mendirikan solat, terima panggilan telefon dari Mamanya. Waktu itu jam 1.25 petang. Selesaikan solat jamak.

Majlis Konvokesyen Graduan UTM
Tunggu dan berjumpa Mamanya depan tangga masjid UTM. Ikut sama berbaris dengan ibu bapa masuk ke dalam Dewan Iskandar di mana akan di adakan Majlis Konvokesyen untuk graduan UTM seperti Adila.

Waktu ini Anis sudah pergi ke Perpustakaan UTM. Anis menunggu di perpustakaan sementara menungguu selesai majlis konvokesyen.

Masuk ke dalam dewan. Hampir penuh. Dapat hanya tempat duduk di tingkat 2. Pandangan di tempat duduk terhalang oleh ibu bapa di depan.

Kedengaran bunyi hujan lebat di luar.

Sesi fotografi Adila

Makan malam di Taman Sri Skudai.
Adila memandu keluar dari kampus UTM dan masuk ke Taman Sri Skudai. Jalan raya pekan sesak. Dapat tempat etak kereta dalam kesesakan depan sebuah medan selera yang terkenal. Waktu itu jam 7.15 malam.

Balik ke KL.

Adila memandu balik ke kolej. Adila dan Nita tinggal dahulu di kolej. Rancang balik ke KL esok.

Dari kolej UTM Skudai Abah memandu Waja tinggalkan kampus UTM Skudai. Waktu itu jam 9.15 malam. Tersilap simpang dan terpaksa buat u turn. Dapat masuk semula ke lebuhraya PLUS menuju arah Kuala Lumpur.

Memandu terus sehingga tiba R & R Pagoh, Muar. Di sini juga tersilap lorong dalam kawasan R&R, dan berpusing dalam kawasan sebelum dapat letak kereta berhampiran tangga ke surau.

Anis tunggu dalam kereta Waja. Abah dan Mamanya pergi ke surau untuk solat.

Banyak kedai tutup. Jumpa satu kedai masih buka. Beli minuman dalam plastik. Bawa ke kereta. Mamanya dan Anis minum sedikit.

Anis memandu pula untuk sambung perjalanan ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, singgah dulu di stesen minyak Shell, R&R Pagoh, Muar PLUS, untuk isi petrol. Waktu ini jam 10.54 malam. RM67.63. Guna kad Bonuslink dapatkan mata.

Tiba di rumah jam 1 pagi.

Advertisements