Pangkor 3 – Mula Kerja UbahSuai Rumah

Rabu 11 September 2013 bersamaan 4 Zulkaedah 1434H (254/2013)

Kayuh basikal ke Masjid Raja Telauk Bayang, Pulau Pangkor. Masuk ke saf dihujung sebelah kanan.

Selepas wirid, duduk di luar dewan. Duduk di bangku tepi pagar masjid. Tunggu sehingga gerai buka. Kayuh basikal ke gerai di depan masjid. Beli kuih kacang , kuih pulut dll.

Ubah Suai Rumah Pangkor.
Pagi ini tidak hujan di Pangkor. Berbanding semalam, semalam hujan terlalu lebat sehari suntuk.

Konterektor datang ke rumah dan mula kerja. Mula dengan membuka gril dan pintu pintu cermin.

Pasang dinding zink dalam rumah.
Tujuan asingkan kawasan kerja dengan ruang rumah.

Arwah Hamidah Binti Dapat
Jam 12.05 tengah hari terima panggilan dari Pak Lang Zulkafli dari KL, berita kematian Opah Hamidah Binti Dapat Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Pak Lang zulkafli terima berita dari Dtauwel Haji Mat Aris.

Abah telefon ke Maziah Mat Aris ucap takziah. Seterus beritahu ke Azfar.

Jam 9.30 malam, makan nasi goreng Cina. Beli roti bakar bawa balik ke rumah untuk Mamanya. Minum lewat malam.

Advertisements