Rancangan Adlan Cari Pejabat Sewa di Ipoh

Khamis 29 Ogos 2013 bersamaan 22 Syawal 1434H (241/2013)

Rancangan hari ini pergi ke Ipoh cari kedai sewa untuk Adlan

Solat subuh di Masjid Ansar. Ikuti sesi mengaji dan tafsir . Ustaz Amri ketuia mengaji ayat 144 ke 145 Surah Baqarah dengan tafsiran dan tajwid dari Ustaz Salleh Ashaari.

Singgah di stesen minyak Petronas Keramat AU2 dan isi petrol untuk kereta Waja. Masuk ke Kedai Mesra . Guna mesin ATm Maybank.

Bayar tunai RM100 tambah nilai Card Refill Touch & Go di kaunter. Waktu itu jam 7.08 pagi.

Ambil The Sun percuma di 7 Eleven berdekatan di pusat komersil Taman Keramat AU2.

Jam 8.14 am ada miss call Adlan ke HP Abah.

Perjalanan ke Ipoh.

Abah SMS ke Adlan bertanya jika sudah sedia. Adlan jawab, masih menunggu sarapan pagi.

Singgah di rumah Templer Saujana. Ambil Adlan , Huda dan Iman.

Adlan ambil alh memandu kereta Waja. Ikut LATAR sebelum masuk PLUS menuju ke Ipoh.

Keluar dari lebuhraya PLUS apabila tiba di Slim River. Masuk ikut ke jalan lamaatau Jalan Persekutuan Route 1 dan sambung perjalanan ke Ipoh.

RTC Gopeng
Mamanya rekomen singgah RTC Gopeng.

Beli dua cawan oren dan dua cawan styrofoam air sejuk RM 3.40 di kaunter air. Waktu itu jam 2.32 petang. Tidak ada duit kecil terpaksa guna wang kertas RM20.00.

Makan nasi masakan Melayu.
Jam 2.11 telefon ke Pak Lang Zulkafli bertanya kan kunci rumah Rapat Setia. 4.16 minit. Waktu itu dalam perjalan ke stesen ETS KL Sentral untuk ke Ipoh.

Singgah di Rumah Pak Lang Zulkafli di Rapat Setia.
Jam 2.15 petang telefon ke Pak Uda Adi bertanyakan lokasi dan untuk ambil anak kunci rumah Rapat Setia. Cakap hanya 4 minit.

Arah Adlan memandu ke Taman Beauty, Jalan Sultan Azlan, Ipoh. Tidak jauh dari Gunung Rapat hala ke Pasir Putih.

Tiba di tempat Pak Uda berkerja di taman perumahan. Suruh Adlan berhenti kereta Waja di satu sudut. Abah keluar seorang dari kereta. Jumpa Pak Uda di pondok pengawal.
Bermalam di rumah Pak Lang Zulkafli Rapat Setia

Adlan dan famili ambil master bedroom.
Mamanya dan Nauwar guna biik kedua.
Abah dan Pak Lang tidur di biik ketiga yang ada dua single bed.

Jam 4.22 pm abah call Mama.

Jam 6 pm telefon ke Pak Lang Zulkafli bertanya . Di beritahu dalam ETS, baharu tiba di Bidor hala ke Ipoh.

Ziarah Ana , Tasek.
Pergi ke rumah Ana di Tasek.
Samsi tiba di rumah.
Makan mi hailam.

Jam 8.49 malam, masih di rumah Ana dan Shamsi.

Advertisements