Raya bersama Pasukan Rowing UTM Di Rumah-Adila

Isnin 19 Ogos 2013 bersamaan 12 Syawal 1434H (231/2013)

Pasukan Rowing UTM raya di rumah bersama Adila
Pasukan Rowing UTM raya di rumah bersama Adila

Bangun sekitar jam 5 pagi. Bersiap. Solat sunat tahajud.
Bersahur dengan Mamanya di meja makan di dapor. Puasa sunat syawal. Hari puasa terakhir.
Solat subuh. Pergi dengan kereta Waja.Solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran ayat Surah Baqarah. Jam 7 pagi beredar dari masjid.

Singgah stesen minyak Petronas AU2. Isi petrol. Singgah 7 Eleven. Ambil The Sun percuma.

Ambil surat khabar di lantai ‘porch’ di rumah. Bawa ke bilik. Bac aUtusan Malaysia. Mamanya selesai solat dan sedang baring di katil.

Jam 10.30 pagi solat dhuha.
Hujan Pagi.
Suaca redup. Mendung. Tidak lama kemudian mula hujan.

Jam 11 pagi Abah pergi ke Pasar Datok Keramat guna Waja. Waktu ini hujan rintik. Masuk dan letak kereta dalam kawasan pasar. Beli lauk di Fauziah Nasi Campor.

Azfar ada di rumah

Pasaraya AEON AU2
Jam 3 petang Abah dan Mamanya pergi ke Pasaraya AEON AU2. Pergi dengan kereta Waja. Keluar rumah lalu ikut Kedai Runcit Harun , Jalan Enggang Timur 7. Jalan terhalang oleh lori sampah. Undur dan lalu semula depan Kedai Runcit Harun. Nampak kereta Kancil turun ke Jalan Enggang Timur 10. Perhatikan kereta Kancil warna ‘silver grey’. Kereta Kancil adalah Anis dalam pejalanan balik ke rumah . Anis balik dari UIA sempenan sukan MASUM.

Tiba di AEON dan masuk ke besmen letak kereta berhampiran lif. Naik ke tingkat pasaraya dengan eskalator. Ambil bakul beroda dan cari bahan makanan. Rancang bersiap makanan untuk jemputan malam ini. Barang termasuk susu, vermicelli spaghetti, kopi, buah kiwi dll. Waktu bayar jam 3.47 petang.

Singgah Pasaraya Giant. Mamanya masuk ke dalam pasaraya dan beli barang. Abah tunggu dalam kereta di depan pasaraya.

Anis letak kereta Kancil di porch. Abah terpaksa letak kereta Waja di tepi jalan depan rumah kerana di halang kereta Kancil. Bawa masuk barang ke dalam rumah.

Jam 4.35 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja untuk solat asar. Hujan rintik. Di masjid, guna payung elak kena rintik.

Selepas solat balik semula ke rumah. Nampak Anis diporch. Anis keluar dengan kereta Kancil. Selepas Anis beredar , Abah masuk porch dengan kereta Waja. Anis pulang semula ke tugasan dengan aktiviti MASUM. Sukan antara universiti Malaysia, MASUM, di UIA Gombak.

Adlan tiba di rumah. Datang dengan motosikal dari Taman Saujana Templer. Waktu ini masih hujan rintik.

Jam 6 petang telefon ke Adila. Adila baharu tiba KL dengan bas ekspres dari Johor. Adila beritahu waktu ini bas masuk Terminal Bersapadu Selatan. Beritahu Nita ambil Adila di stesen LRT Titiwangsa dan balik ke rumah. Abah tidak perlu ambil Adila. Adila pulang dari Skudai Johor.

Jam 7 petang, Azfar tiba di rumah dengan kereta Myvi pink. Bunyi hon. Azfar tidak dapat masuk ke ‘porch’ kerana di halang motosikal. Abah suruh Adlan alihkan motosikal supaya boleh kereta Azfar masuk ke ruang di ‘porch’.

Adlan keluar denganmotosikal ke Pasaray Gant dan beli bahan tambahan ‘mayonis’ untuk hidang yang Mamanya sedang siapkan untuk tetamu Adila malam ini.

Azfar membuat kek ‘palova’ untuk tetamu Adila malam ini.

Jam 7.15 malam, Abah dan Adlan pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja. Masuk ke kawasan masjid dan letak kereta Waja di bawah khemah berhampiran serambi. Abah pergi satu sudut berhampiran pejabat Penolong Pendaftar Nikah di mana ada tempat duduk kerusi berkusyen. Adlan pergi ambil wuduk di pili luar.

Kelihatan juga ada seorang jemaah bersiap untuk berbuka puasa. Abah bawa bersama buah kurma dalam balang plastik kecil serta sebotol kecil air mineral sahaja.

Apabila kedengaran azan maghrib, bersama sama buka puasa.

Selepas selesai berbuka, ambil wuduk di pili berdekatan di tepi masjid. Masuk ke dalam masjid dan solat sunat kabliyah.
Solat maghrib berjemaah. Selepas solat tunggu selepas selesai wirid dan doa sebelum bangun untuk pulang ke rumah.

Singgah dahulu di stesen minyak Petronas AU2. Isi petrol RM53.07 untuk kereta Waja. Waktu itu jam 7.53 malam.

Di rumah Abah makan nasi seorang. Tidak lama kemudian Mamanya suruh Adlan juga supaya makan nasi. Ada lauk ayam rendang dengan gulai lemak sayur jantung pisang.

Selepas makan, Abah mandi dan bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar semula solat isyak. Waktu ini Adila sudah keluar dengan kereta Waja. Adila rancang ambil kawan kawan ke rumah untuk jamuan sempena Hari Raya.

Azfar benarkan guna kereta Myvi. Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Myvi bersama Adlan. Abah memakai jubah. Letak kereta di bawha khemah berhampiran Myvi. Kereta jemaah masih tidak banyak dalam kawasan masjid. Solat isyak.

Tetamu Kawan Adila dari Pasukan Rowing UTM
Apabila tiba di rumah nampak ramai orang dalam rumah. Tetamu adalah kawan Adila dari UTM. Kawan kawan Adila yang lelaki semua bersalam dengan Abah dan Adlan. Riuh. Perempuan duduk atas karpet di lantai. Lelaki duduk di meja makan ruang tamu.

Adila memakai baju kurung merah.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Mamanya dan Azfar siap makanan di dapur. Azfar membuak kek palova. Kek krim dihias buah kiwi dan strawberi. Azfar buat dua kek mlam ini untuk tetamu kawan Adila.
Rakam foto kumpulan di ruang tamu.
Sekitar jam 9.30 malam, tetamu semua pulang.

Tidak sangka ada satu kumpulan tersadai depan rumah kerana tayar kereta bocor. Hanya pulang selepas selesai tukar tayar. Waktu itu sempat Adila tiba di rumah selepas menghantar kawan yang lain. Adila hantar beberapa kawan ke kolej UTM di Setapak Jaya.

Adlan Guna kereta Waja

Adlan pulang ke rumah mentua di Taman Saujana Templer. Adlan guna kereta waja . Tinggalkan motosikal di porch.

Advertisements