Puasa Hari Pertama

Rabu 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadan 1434H (191/2013)

Jam 4 pagi Mamanya sudah turun ke dapur. Selepas solat tahajud, Abah turun. Kejutkan Nauwar di bilik. Mamanya sediakan makan di meja makan. Makan bersama Nauwar dan Mamanya.Anis dan Adila tidak berpuasa hari ini. Lauk sop ayam dan salad hijau.

Selesai sahur sebelum 5.30 pagi. Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh. Lebih 6 saf orang jemaah subuh ini anggaran 300 orang lelaki. Wanita juga ramai di bahagian belakang.

Selepas olat subuh, di ikuti kuliah mengaji beramai Ayat 25 ke 27 Surah Baqarah di ketuai Imam Muliyadi. Tafsiran oleh Ustaz Salleh. Jemaah membaca seorang lepas seorang untuk tajwid.

Selepas jam 7 pagi pulang ke rumah. Baca Utusan Malaysia di bilik.

Adila bertanyakan telefon bimbit Sony Xperia.Adila gagal kesan masalah pada telefon bimbit.

Jam 9 pagi solat dhuha.

Telefon Sony Xperia rosak.
Turun ke ruang tamu. Cuba baiki telefon bimbit. Gagal. Telefon bimbit Sony Xperia masih tidak boleh telefon keluar atau terima panggilan.

Abah tukarkan SIM ke telefon Nokia lama.

Jam 10.20 telefon ke PakLang Zulkafli. Beliau waktu ini dalam tren dalam perjalanan ke Ipoh.

Jam 11.06 pagi terima SMS dari Norkiah, beritahu Iwan sudah masukkan wang melaui talian. Periksa akaun Maybank di internet. Bayaran dari Norkiah.

Abah pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Cuaca panas terik. Selepas solat, Abah balik ke rumah.

Azfar datang ke rumah tengah hari. Azfar berbual dengan Mamanya di bilik atas.

Beritahu berkaitan telefon Sony Xperia. Azfar beritahu ada kemungkinan Sony bersama Celcom sepakat sudah sekat talian nombor telefon yang Abah guankan pada telefon bimbit Sony Xperia.

Azfar kata nombor yang sepatut digunakan semasa membeli dan daftar atas nama Adlan dahulu, sepatutnya di gunapakai. Bukan nombor lain.

Azfar keluar rumah dan balik ke pejabat tempat kerja.

Solat zohor.

Singgah Kedai Mesra Petronas AU2A. Masuk ke dalam kedai dan beli ‘top up’ RM10 Celcom. Waktu itu 2.30 petang.

Jam 3 petang Abah pergi ke Pasar Datok Keramat. Jalan raya sesak berhampiran pasar. Dapat juga letak Kancil di ruang tepi jalan berhampiran pasar. Dalam pasar Pasar Ramadan sudah beroperasi.

Beli lauk di Suberi Nasi Kandar. Beli sayur dan telur. Tiba balik di rumah selepas jam 4 petang.

Bubur Lambuk Selepas asar
Bersiap mandi dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar. Sebelum itu Mamanya sediakan balang plastik untuk isi bubur lambuk. Rancang ambil bubur lambuk daari Masjid Ansar selepas solat asar. Pergi ke Masjid ansar dengan kereta Kancil. Kawasan letak kereta sesak dengan kereta. Terpaksa letak kereta dalam kawasan masjid tetapi secara tidak langsung menghalang kereta lain.

Solat asar. Ramai orang berjemaah. Jumah lebih besar dari hari biasa. Anggaran ada 300 orang. Lebuh dua kali ganda dari biasa.

Ambil Bubur Lambuk
Selepas solat asar kebanyakkan jemaah beredar ke premis dapur di belakang masjid berbaris sambil bubur lambuk yang di edar percuma.

Wakil Rakyat dan ADUN
Semasa berbaris nampak ada jurugambar. Tertanya di dalam hati tujuan jurugambar. Apabila tiba di hadapan barisan baharu ternampak ada ahli politik YB Azmin bin Ali bertugas menyeduk bubur untuk orang ramai.

Selepas jam 7 petang, bersiap pergi masjid untuk berbuka puasa dan solat maghrib.Berbuka di masjid, kali pertama musim puasa tahun ini. Kurma dengan bubur lambuk.

Solat sunat. Tidak lama kemudian solat maghrib berjemaah.

Selepas solat maghrib dan sunat, terus balik ke rumah.

Makan nasi di rumah bersama keluarga.Ada salad sengkuang dan timun.

Jam 8 .30 malam, Abah berdua dengan Mamanya menaiki Kancil dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat isyak.

Di ikuti solat terawih. Selepas terawih ada tazkirah agama.

Masukkan Top Up tel 1036280057.
Berjaya hidupkan talian Celcom 0136280057
Terima pengesahan dari Celcom.

Advertisements