Kematian, arwah Putih Dasimah, Rapat Setia

Ahad 30 Jun 2013 bersamaan 21 Syaaban 1434H (181/2013)

Seorang di bilik. Mamanya berlepas ke Kuala Terengganu malam semalam dengan rombongan Puspanita JKR.

Bersiap mandi. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh.
Sarapan pagi di serambi masjid,ada hidangan nasi lemak. Makan nasi lemak.

Sesi Tajwid bersama Hj Aris, Kolonel Hj Ramli.dalam dewan masjid jam 8 pagi.

Jam 9 pagi bersurai & balik ke rumah.

Kematian Arwah Putih Dasimah, Rapat Setia.
Perhatikan ada panggilan di telefon bimbit. Selepas jam 9.30 pagi terima panggilan dari anak saudara,nama Ina, memberi tahu ada kematian di Rapat Setia. Jam 7 pagi Puteh Dasimah, kakak kepada arwah Bibi Sabariah, Opah anak anak, meninggal dunia.

Perlu buat persiapan selepas menghubungi MakNgah Noor Aini dan Pak Chu Hariri.

Telefon ke Pak Lang Zulkafli, dan dapat tahu beliau sudah berlepas untuk pergi ke Ipoh bersama Maklang Norkiah, Shah Alam. Khabarnya Pak Lang seorang tunggu MakLang Norkiah di lebuhraya Guthrie sebelum bergerak ke Ipoh.

Memandu kereta Waja ke Gombak untuk ambil Mak Ngah Noor Aini dekat rumah Boy.

Masuk ke kawasan Masjid Batu Tiga, Jalan Gombak.Tunggu di sini. Telefon ke Ina dan Amir.

Minta dihantarkan MakNgah Noor Aini di satu lokasi, ia itu di tepi jalan raya dekat sebuah  jambatan Sg Gombak di mana mudah di ambil tidak jauh dari rumah Boy.

Bergerak dari Masjid Batu Tiga , ikut Jalan Gombak lama, menuju ke sebuah jambatan Sg Gombak berdekatan Kg Cincin, Gombak. Setelah tunggu seketika, Amir dan Ina tiba dengan kereta membawa MakNgah Noor Aini.

Abah memandu dan membawa Mak Ngah Noor Aini beredar dari Gombak. Selepas Greenwood masuk lebuhraya DUKE menuju ke PLUS hala utara.

Perlu jumpa Pak Cu Hariri di kawasan Restoran Jejantas. Masuk ke R & R Restoran Jejantas untuk ambil Pak Cu Hariri. Anak Pak Cu nama Haris ikut sama. Berempat bergerak menuju ke Ipoh.

Singgah di Hentian Simpang Pulai. Sambung perjalanan terus ke Ipoh.

Singgah di restoran Mamak di Medan Kidd. Makan nasi dahulu.

Selepas makan tengah hari, bergerak menuju ke Rapat Setia.

Rumah Jenazah, Rapat Setia.

Tiba di rumah Ali dan Teh atau nama sebenar, Norsiah. Nampak banyak kereta di tepi jalan. Waktu itu sekitar jam 2 petang.
Di rumah nampak ramai cucu arwah kebanyakkan wanita muda.

Masuk ke dalam ruang tamu di rumah Teh dan Ali, dan ziarah jenazah. Jenazah di letak di perkarangan tengah rumah. Lihat wajah Mak Tua.

Bersalam dengan Ali, Anuar dan lelaki yang ada. Berbual seketika dengan Anuar.

Jam 4 petang jenazah di bawa ke Masjid Sultan Yusoff berdekatan.

Berlepas Pulang ke Kuala Lumpur

Tinggalkan rumah Teh dan Ali. Lalu rumah Pak Lang Zulkafli. Rumah baharu di cat dan kelihatan kemas. Lokasi ertentangan dengan Masjid Sultan Yusoff, Rapat Setia.

Singgah depan rumah arwah Tok Ipin dan pandang dari tepi jalan sahaja.

bergerak tinggalkan Rapat Setia dan bergerak menuu baik ke Kuala Lumpur.

Lebuhraya sesak sebelum tiba kawasan berdekatan Slim River. Selepas itu lalulintas lebuhraya lancar.

Singgah di Hentian Rawang untuk ke tandas.

Tiba di R & R Restoran Jejentas, Sg Buloh, dan dapat tempat letak kereta selepas buat satu pusingan di kawasann letak kereta. Waktu itu hampir jam 8 malam.

Abah pergi solat di surau.

Selepas minum, Pak Cu Hariri beredar balik ke rumah bersama Haris.

Abah beli lauk untuk bawa balik ke rumah.

Tinggalkan Restoran Jejantas bersama Mak Ngah Noor Aini dan masuk DUKE.

Hantar MakNgah terus ke rumah Boy di Kg Cincin, Gombak. Singgah sekejap di rumah Boy. Berjumpa dengan Pak Ngah Shaari.

Pulang terus ke rumah.

Makan nasi. Nauwar makan nasi kemudian.

Advertisements