Pak Ngah Mazlan, ke Rahmatullah

Khamis 9 Mei 2013 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1434H (129/2013)
Malam tadi terima panggilan dari MakLang Norkiah beritahu kematian PakNgah Mazlan Slim River yang akan di kebumikan siang nanti. Nama sebenar arwah Mazlan Osman. Dari segi persaudaraan di kira sepupu dengan arwah Bibi Sababriah di Kg simpang Keboi, Jeram, Kampar.

Pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh. Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan kereta Waja. Selepas solat singgah di gerai beli kuih. Balik terus ke rumah.

Jam 6.45 pagi telefon ke MakNgah NoorAini di Bentong, dan batal rancangan ikut sama. Beliau masih di Bentong. Gagal hubung Zalaludin. Tak jawab.

Ziarah Arwah Mazlan, Slim River

Jam 8 pagi tiba di rumah PakLang Zulkafli di Taman Jasa, Sg Tua, Selayang.

Jam 8.43 pagi tiba di Restoran Jejentas. Berjumpa Hariri. Sarapan pagi.

Bertolak terus ke Slim River. Tiba di Slim River selepas 10.30 pagi. Tiba di rumah arwah Pak Ngah Mazlan. Nampak ramai orang. Masuk ke dalam rumah ziarah jenazah. Berjumpa dengan anak arwah, Jamal.

Berjumpa saudara mara termasuk Ali Napiah dari Rapat Setia, Razak Kenek, Anuar Yusof,  KL dll.

Solat jenazah di Masjid  berdekatan tepi jalan raya utama Route 1 atau Jalanraya Persekutuan .

Jam 1.15 petang bergerak pulang ke KL.

Singgah di Restoran Jenjantas, Makan nasi tengah hari. Duduk berbual sehingga jam 3 petang.

PakCu Hariri beredar balik ke rumah di Desa Subang Permai. Abah dan PakLang Zulkafli berdua sambung perjalanan pulang.

Lalu tol Jalan Duta bayar tunai RM9.50 . Waktu itu jam 2.44 petang.

Masuk Jalan Kuching menuju ke Baru Caves.

Hantar PakLang Zulkafli balik ke rumah di Sg Tua.

Abah berlepas  balik ke rumah di Taman Keramat Permai.  Memandu ikut DUKE terus balik. Singgah di Masjid Muadz Bin Jabal. Solat zohor berjemaah dengan seorang lain dalam dewan masjid. Seorang lain ikut sama berjemaah. Buat masbuk.

Balik ke rumah dan tiba sekitar jam 3.50 petang.

Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja. Pakai baju melayu merah.Solat asar.

Minum petang.

Jam 7.20 malam, pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib.

Baca Yasin. Tahlil. Program biasa pada malam Jumaat di Masjid Ansar.

Solat isyak.

Makan nasi ayam.

Advertisements