Mama masak kaya

Khamis 4 April 2013 bersamaan 23 Jamadilawal 1434H. (93/2013)

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Semasa kunci pintu depan, nampak jiran rumah depan, Hj Zaid, keluar rumah menuju ke kereta Kenari. Tiba di masjid dan kedengaran Imam Amri sudah mula surah dalam rakaat pertama.

Selepas selsai solat subuh, beredar tinggalkan masjid. Singgah di gerai. Beli seringgit donat. Balik ke rumah.

Jam 9.30 pagi sarapan pagi bersama Mamanya minum kopi.

Mamanya telefon dan berbual dengan Adlan. Petang semalam Adlan ambil Opah Huda dari Datok Keramat bawa ke rumah di Saujana Templer.

Nauwar mengadu donat pagi ini kurang sedap. Abah beritahu bahawa kuih donat pagi ini adalah dari pembuat kuih orang lain.

Jam 12 tengah hari pergi beli lauk di Pasar Datok Keramat. Waktu di pasar Mamanya telefon ke Abah, pesan beli lauk lebih kerana Adila pulang ke rumah dari Johor malam ini. Juga beli santan kelapa, telur ayam dan telur.Mamanya rancang buat kaya petang ini guna telur itik. Beli seekor ayam di gerai Harun Matt.

Tiba di rumah Mamanya minta ambil daun pandan di depan rumah.

Makan nasi berdua bersama Mamanya.

Jam 1.20 petang bersiap untuk pergi ke Masjd Ansar. Pakai jubah putih dan menunggang motosikal ke masjid. Solat zohor. Balik semula ke rumah.

Menonton drama di TV3

Jam 4.20 petang pergi semula ke Masjid Ansar dengan motosikal solat asar.

Nampak persiapan kenduri di ruang serambi masjid untuk malam Jumaat ini.

Adila Pulang dari UTM Skudai

Jam 4.42 petang terima satu SMS dari Adila, “abah, nanti btw Mama ila maybe sampai lrtSetiawangsa around 7.30 8 mlm.itu anggaran ila je. baru sejam stgh btolak ni.”

Ada SMS dari Adila beritahu tiba di stesen LRT Setiawangsa selepaas jam 7.30 malam.

Jam 7 malam, Abah dan Mamanya masih duduk di ruang tengah enonton TV. Terima panggilan dari Adila. Adila sudah tiba di stesen LRT Setiawangsa! Mamanya mengadu Abah tidak beritahu. Abah suruh Adila tunggu di tangga masuk laluan utama masuk stesen. Mamanya keluar pergi ke stesen LRT Setiawangsa ambil Adila dengan kereta Waja.

Abah naik ke bilik. Mandi. Bersiap pakai jubah putih untuk pergike Masjid Ansar. Abah ambil motosikal di porch. Tidak lama kemudian nampak kereta Waja tiba di rumah. Mamanya tiba rumah membaa Adila balik dari stesen LRT Setiawangsa.

Abah tunggu duduk atas motosikal dan perhatikan Mamanya masuk ke porch. Adila keluar kereta. Adila bersalam dengan Abah. Abah bergerak meninggalkan rumah dan pergi ke Masjid Ansar.

Masuk dewan masjid dan solat sunat. Selepas iqamah, ikut sama jemaah masuk saf dan solat maghrib. Ada lebih 4 saf. Solat maghrib. Selepas maghrib, di ikut majlis membaca Surah Yasin dan tahlil.

Solat isyak. Selepas isyak, jemaah di jemput makan kenduri yang di hidang di serambi masjid. Menu nasi minyak dengan kari ayam dan daging rendang kicap.

Balik ke rumah. Nampak Adila duduk di meja di ruang tamu. Adila sedang makan sop ayam.

Abah naik ke bilik. Mamanya beritahu Adila masak sendiri sop ayam. Daging ayam yang Abah beli siang tadi di Pasar Datok Keramat.

Telefon bimbit Nokia E66

Cuba guna Nokia E66. Sejak bulan Disember tidak di guna sebab rosak semasa di Pulau Pangkor. Keluarkan SIM dari Nokia 1280. Masuk ke Nokia E66.

Cuba buat panggilan ke telefon bimbit Mamanya. Cuba buat panggilan ke telefon bimbit Adlan.Waktu itu 9.57 malam. Boleh berbual dengan Adlan. Ini bermakna telefon Nokia E66 masih berfungsi untuk percakapan. Bertanya khabar.

Periksa papan kunci. Tidak befungsi apabila di guna untuk tekan huruf yang di pilih. Apabila tekan huruf, lain huruf yang terkeluar.

Hampir tengah malam, Abah naik ke bilik. Adila masih duduk di meja di ruang tamu. Adila tunggu Anis tiba balik dari UPM Serdang.

Advertisements