Perkahwinan Asyraff-Zatul- Grand Hall UIA, Kuantan /Adlan, Kelahiran Bayi

Sabtu 30 Mac 2013 bersamaan 18 Jamadilawal 1434H (89/2013)

Bersanding, Asyraf & Zatul di Grand Hall UIA Kuantan
Bersanding, Asyraf & Zatul di Grand Hall UIA Kuantan

Asyran & Zatul di Grand Hall UIA Kuantan
Asyran & Zatul di Grand Hall UIA Kuantan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Hari rancangan menghadhiri Majlis Perkahwinan Mohammad Asyraff bin Roslan. Asyraf adalah anak Zai binti Sudin. Zai adalah adik kepada Mamannya.
Nama pengantin perempuan Nurzatul Norziah binti Zamri.

Selepas jam 8.45 pagi bergerak dari rumah bersama Mamanya, Nauwar dan Azfar dengan kereta Waja perjalanan ke Kuantan.

Singgah di stesen minyak Petronas AU2 Keramat. Isi petrol untuk kereta Waja. Masuk ke dalam kedai Mesra dan guna mesin ATM. Tambah nilai kad Touch & Go. Waktu itu 8.52 pagi.

Teruskan perjalanan ke Kuantan.
Mamanya tidak bawa roti boom. Di Karak Highway, singgah di stesen minyak Petronas. Abah berhenti depan kompleks rehat. Keluarkan roti ban dari but kereta Waja. Beri roti kepada Mamanya buat sarapan. Abah masuk ke tandas dahulu sebelum teruskan perjalanan ke Kuantan.

Jam 12.30 petang tiba di kampus UIA Kuantan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Majlis Perkahwinan Asyrah dan Zatul Dewan Grand UIA Kuantan

Tiba awal. Dewan masih lengang. Berjumpa dengan Zain dan Roslan. Berjumpa juga dengan bisan beliau nama Zamri.

Abah sempat juga berjumpa seorang tetamu nama Zunaidin.Beliau baharu setahun pegang jawatan Imam Masjid UIA Kuantan. Beliau beritahu kenal dengan Dr Faris . Nama popular ‘Yang Mulia”.

Makan dan jamu selera.

Ramai pengunjung tiba meraikan majlis.

Sesi foto.

Ada surau di lantai yang sama dengan dewan. Mamanya dan Abah solat di surau berdekatan dewan.

Jam 3 petang beredar pulang. Keluar dari kawasan UIA Kuantan. Cuaca panas terik di Kuantan.

Berhenti di stesen minyak Petronas kawasan Gambang, Pahang. Isi petrol label kuning. Nauwar masuk tandas . Abah singgah ke kedai Mesra beli sebotol minuman Limau Lemon Gatorade.

Azfar pula memandu kereta Waja untuk sambung perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Apabila tiba di kawasan lepas Janda Baik, nampak lebuhraya sesak teruk arah menghala ke Pahang dari Gombak ke Janda Baik dan Genting. Waktu itu jam 6 petang.

Hujan lebat. Mula hujan lebat apabila tiba di Hospital Selayang.

Singgah Hospital Selayang.
Hujan lebat. Tunggu di lobi utama. Adlan turun dari Dewan Bersalin tingkat 5. Waktu itu Huda masih dalam Dewan Bersalin di tingkat 5. Tunggu di lobi Hospital Selayang.

Anis dan Suzaimin waktu itu tunggu di kantin hospital , Nor Kafe.

Tidak boleh melawat kerana Huda masih dalam Dewan Bersalin. Masih belum bersalin.

Singgah di kantin. Minum teh.

Tinggalkan Hospital Selayang. Balik ke rumah. Azfar dan Suzaimin bawa Anis balik ke rumah.

Tiba di rumah. Abah pergi ke Masjid Setiawangsa. Solat maghrib. Solat isyak.

Jma 10.03 malam, terima SMS dari Adlan, “Alhamdulillah dah selamat dilahirkan..”

Abah beritahu Mamanya bahawa Huda selamat melahirkan anak.

Abah sms ke Adlan bertanya jantina bayi jika lelaki dan Adlan jawab ,”Ye”

Seketika kemudian, Adlan SMS balik ke Abah,”Silap..Girl”

Adlan SMS beritahu Abah dan Mamanya boleh naik ke wad melawat Huda dan bayi baharu lahir.

Abah SMS ke Pak Lang Zulkafli, Mak Lang Shah Alam dan Pak Cu Hariri berita kelahiran bayi perempuan Adlan malam ini.

Advertisements