Perjalanan ke Hospital Taiping / Transnasional

Selasa 26 Februari 2013 bersamaan 16 Rabiulakhir 1434H (57/2012)

Tiket Bas syarikat Red Omnibus, Taiping
Tiket Bas syarikat Red Omnibus, Taiping


Solat subuh. Selepas solat balik terus ke rumah.

Kejutkan Adlan minta bantu hantar Abah dan Mamanya ke Pudu Sentral.

Adlan memandu kereta Waja hantar Abah Mama ke Pudu Sentral. Tiba jam 8 pagi di tingkat 1 selepas menaiki ramp kompleks dari arah Jalan Pudu. Adlan beredar balik ke rumah.

Abah dan Mamanya masuk ke kawasan kaunter tiket dan menuju ke kaunter Bas Ekspres Transnasional dan Plusliner. Tidak sangka tidak ada bas perjalanan jam 8.30 pagi ke Taiping. Yang ada hanya jam 11 pagi.

Buat keputusan beli tiket bas Ekspres Plusliner ke Ipoh yang akan berlepas jam 8.50 pagi. Beli dua tiket dengan harga diskaun khas untuk warga usia yang berumur lebih 60 tahun. Bayar RM 13.20 seorang.

Naik ke Medan Selera tingkat 4. Sarapan pagi dengan mi,telur goreng dan kuih lopis. Kos RM7.50.

Turun ke pletfom 9. Nampak bas ekspres Plusliner masuk. Menaiki bas. Ambil tempat duduk di hadapan sekalai sebelah kiri. Nampak lebih kurang ada 10 penumpang dalam bas. Bas bergerak jam 9 pagi keluar besmen komplek Pudu Sentral untuk teruskan perjalanan.

Berhenti di kawasan minyak Shell selepas kawasan Rawang dan Behrang.

Tiba di stesen bas Medan Gopeng
Tiba di stesen bas ekspres Medan Gopeng,Ipoh sekitar jam 11.30 pagi. Untuk sambung perjalanan ke Taiping, perlu menaiki bas ekspres dari Stesen Bas Ipoh.

Mamanya pergi ke tandas dahulu. Sementara itu, jam 11.36 pagi telefon ke Pak Lang Zulkafli. Jawabnya, masih berada di rumah Taman Jasa Sg Tua KL. Jam 2 petang baharu berangkat ke Ipoh dengan tren ETS.

Naik Bas Pekan Ipoh
Tunggu di perhentian bas di tepi stesen untuk dapatkan bas pekan ke Stesen Bas Ipoh. Bas Perak Transit tiba. Menaiki bas warna biru. Bayar RM1.50 seorang . Waktu itu jam 11.50 pagi.

Masuk bandar Ipoh, melalui Masjid Negeri Perak sebelum tiba di Stesen Bas Ipoh.

Tiba di stesen bas Ipoh, cari kaunter Taiping. Keadaan stesen bas masih tidak berubah sejak 30 tahun dahulu dan masih selekeh.

Di kaunter pekerja bas beritahu ada bas ke Kamunting, Taiping berlepas jam 12.30 petang ini. Nama syarikat bas adalah Kumpulan Bas Perak. Beli tiket ke Kamunting RM6.30 seorang.

Mamanya tinjau keadaan di Stesen Bas Ipoh. Beli kacang putih dua ringgit sebungkus.

Naik Bas Stesen Kamunting. Pekan Taiping
Jam 1.45 petang tiba di stesen bas ekspres Kamunting. Suasana stesen lengang. Nampak beberapa bass Starmart dan beberapa bas lain di tempat letak bas. Stesen bas besar denganbumbung tinggi dan lantai lapang. Selesa.

Turun bas ekspres dan berdiri di kawasan menunggu. Tidak ramai orang. Nampak gerai dalam kompleks stesen. Sementra Mamanya duduk di bangku, Abah pergi ke tandas. Seperti biasa, perlu bayar 30 sen untuk ke tandas.

Bertanya dengan seorang pekedai bagaimana perlu pergi ke Hospital Taiping. Beliau beri tahu perlu tunggu bas pekan warna merah di hujung stesen. Bas berkaitan di beritahu lalu depan Hospital Taiping. Ini sangat memudahkan.

Kali pertama nampak bas merah, tetapi ke Parit Buntar. Tunggu lagi setengah jam, tiba satu lagi bas merah. Tertera perkataan Taiping di depan cermin bas. Lebihkurang 10 orang naik bas. Nama syarikat bas Red Omnibus Co.

Mamanya ambil tempat duduk di belakang pemandu bas keturunan India. Bas bergerak dengan bunyi enjin yang bising.

Bayar pada kondaktor bas RM1.50 seorang. Dapat tiket bas bentuk lama. Bentuk kertas saiz kecil, dengan angka angka saiz.

Jarak ke Hospital dalam anggaran 5 kilometer dari Kamunting. Minta pemandu bas berhenti apabila tiba depan Hospital Taiping.

Abah dan Mamanya masuk ke kawasan Hospital Taiping. Waktu itu hampir jam 3 petang. Cuca redup waktu itu. Bertanya jalan ke surau. Berjalan perlahan tiba ke surau dalam kawasan Hospital Taiping.

Surau dalah bangunan hospital lama, Solat dalam surau.

Selepas solat, pergi ke kantin berdekatan. Makan nasi. Mamanya makan mi kari.

Melawat Shahrul Hospital Taiping
Jam 4.30 petang pintu di buka dan pelawat di benar masuk melawat. Naik lif ke tingkt 4. Masuk ke wad katil 14.

Nampak Pak Shahrul dik katil. Waktu itu anak beliau Ayub ada bersama tepi katil.

Berjumpa dengan ramai saudara mara yang datang pelawat petang ini.

Jam 7.30 pagi, Rosli bawa ke restoran. Makan beramai.

Terlebas bas di stesen Kamunting.

Kehjar bas. Bas tunggu di tepi jalan. Naik bas. Bas kosong.

Advertisements