Adlan & Huda tiba dari Australia

Jumaat 18 Januari 2013 bersamaan 6 Rabiulawal 1434H (18/2013)

Adlan dan Huda pulang dari Australia

Ambil Adlan & Huda di KLIA
Jam 3 pagi Abah dan Mamanya bangun. Bersiap untuk pergi ke KLIA. Jam 3.22 pagi terima SMS dari Adlan di KLIA beritahu sudah tiba dari Sydney, Australia. Jawab SMS beritahu Abah dan Mamanya baharu bergerak dari rumah menuju KLIA.

Jam 3.47 pagi, Abah dan Mamanya masih di lebuhraya menuju ke KLIA, dan waktu itu terima SMS dari Adlan, “Kami di Burger King di Level 1 KLIA”

Abah dan Mamanya tiba di kawasan Ketibaan lobi KLIA. Keadaan di situ lengang.
Tunggu dekat Gate 5. Mamanya keluar masuk ke terminal cari Adlan dan Huda. Nampak Mamanya berjalan menuju ke kereta Waja. Mamanya beritahu bahawa banyak kali Mamanya hubung telefon bimbit Abah tetapi Abah tidak jawab.

Memandu kedepan sedikit dimana nampa Adlan dan Huda sedang menunggu. Abah keluar kereta dan bersalam dengan Adlan dan Huda. Adlan masukkan beg beg besar ke dalam but kereta. Apabila selesai masukkan beg dan barang lain, bersedia untuk bergerak pulang ke rumah. Waktu ini jam 4.15 pagi.

Tiba di Rumah
Tiba di rumah jam 5.30 pagi. Adlan masukkan beg semua ke dalam rumah.
Mamanya suruh Adlan dan Huda naik ke bilik untuk terus berehat dan tidur.

Solat Subuh Masjid Ansar
Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh. Abah pergi dengan motosikal. Mengaji dan tafsiran ayat Surah Al Taghibin.

Singgah di gerai simpang dan beli roti boom dan roti canai. Tiba di rumah. Waktu itu jam 7.30 pagi. Sarapan pagi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur.

Duduk di sofa di ruang tengah. Selepas membaca Utusan Malaysia, Mamanya baring di sofa dan tertidur. Abah naik ke bilik untuk berehat. Tertidur di katil di bilik. Bangun lewat pagi. Selepas bangun, bersiap dan Solat sunat dhuha.

Barang Hadiah dari Australia
Waktu itu jam 12 tengah hari. Mamanya dan Adlan serta Huda sedang keluarkan barang dari beg masing masing. Adlan tunjukkan baju kemeja hadiah kepada Abah. Juga ‘apron’ sebagai hadiah kepada Mamanya dan Adila.

Jam 1.30 petang Abah dan Adlan pergi ke Masjid Ansar untuk solat Jumaat. Pergi berdua dengan menunggang motosikal. Solat Jumaat. Selepas solat tunjukkan ke Adlan pembinaan bangunan baharu di belakang masjid.

Makan nasi sekeluarga.

Jam 3 petang Abah hantar Azfar ke tempat kerja di De Palma, Ampang Point. Balik ikut MRR2. Rancang melihat lokasi stesen minyak Petronas AU2A yang tutup untuk ubah suai sebulan lalu. Tidak sangka, stesen berkaitan sudah buka opersi. Singgah.

Beli 3 botol besar minuman manis termasuk F&N Halia, Sarsi dan Zeppel. Balik ke rumah.

Simpan botol minuman ke dalam peti sejuk.

Adlan keluar dengan Huda guna kereta Kancil.

Kertas kertas penyata kad kredit lama, yang di rendam dalam air dua hari lepas, sudah hancur.
Bungkus ke dalam beg plastik untuk di buang di tong sampah.

Jam 4.40 petang, pergi ke Masjid Ansar solat asar. Adlan dan Huda tiba balik ke rumah.

Waktu ini Abah hidupkan penghawa dingin di ruang tamu untuk kurangkan panas ruang.

Minum teh petang bersama Mamanya, Adlan dan Huda. Makan kek Red Velvet.

Jam 7.20 malam pergi ke Masjid Ansar bersama Adlan menaiki kereta Kancil. Solat maghrib. Sewaktu di masjid , hujan turun. Selepas solat maghrib, hujan berhenti. Balik ke rumah.
Azfar dan Suzaimin sudah tiba di rumah. Azfar sedang membersihkan daging ayam di sinki dapur.Adlan terus berjumpa dengan Suzaimin dan berbual dengan Suzaimin di ruang dapur.

Anis di Sandakan.
Jam 8.20 malam, Abah telefon ke Anis yang berada di Sandakan waktu ini. Anis akan tiba di LCCT jam 11.20 malam. Minta di ambil di KL Sentral selepas jam 12 tengah malam ini.

Adlan dan HUda pulang ke Rawang
Adlan dan Huda masih menunggu ketibaan ibu bapa Huda dari Rawang.

Adlan & Huda Balik ke Rawang
Jam 8.45 malam, ibu bapa Huda tiba di rumah. Nampak kereta Perdana di depan rumah. Adlan dan Huda ikut ibu bapa Huda pulang ke rumah di Taman Templer Saujana, Rawang.

Abah pergi semula ke Masjid Ansar seorang dengan motosikal. Pada waktu tiba di masjid, jemaah baharu mula solat isyak rakaat pertama dengan pimpinan Imam Muliyadi.

Advertisements