Kedai Ikan Rakyat

Khamis 17 Januari 2013 bersamaan 5 Rabiulawal 1434H (17/2013)

Jam 4.22 pagi baca tweet dari Adlan, “It’s gonna be a long day and I’m looking forward to it”

Adlan dan Huda di Newcastle, Australia rancang berlepas dari Sydney jam 8.55 malam waktu Australia 17 Jan 2013 untuk pulang ke Kuala Lumpur

Bangun pagi dan mandi, bersiap memakai jubah putih. Maghrib semalam mula pakai jubah putih ini. Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja. Terlewat sedikit dan nampak kenderaan penuh dalam kawasan letak kereta masjid, terpaksa masuk terus ke hujung kawasan. Jemaah di pimpin Imam Muliyadi.Solat subuh. Selepas solat di ikuti kulih mengaji ayat Surah Taghibin.Tafsiran oleh Ustaz Haji Salleh Ashaari,

Singgah di gerai Jalan AU2A dan beli kuih lapis dan kuih bada. Balik ke rumah. Mamanya baca Utusan Malaysia di bilik. Ikut sama baca surat khabar. Baring atas katil. Abah tidur semula dan bangun selepas jam 9 pagi.

Sarapan pagi dan minum kopi susu, Makan kuih. Telefon rumah berdering. Mamanya beritahu Nauwar sudah tiba di stesen LRT Setiawangsa dan minta di ambil. Abah keluar memandu Waja menuju ke stesen dan ambil Nauwar. Nauwar bermalam 2 malam di rumah kawan di Kelana Jaya.

Siram pokok dalam pasu bunga di halaman.

Beli alat kawalan jauh pintu pagar diPasar Datok Keramat
Mamanya sebut barang yang perlu di beli di Pasar Datok Keramat. Tidak guna motosikal. Ambil kunci kereta Kancil untuk ke pasar. Memandu Kancil dan terus masuk ke kawasan pasar.

Jumpa tukang kunci di Hassan Hardware. Minta baiki alat kawalan jauh khas untuk pntu pagar rumah. Beritahu datang kemudian kerana perlu beli barang lain.

Singgah di gerai sayur beli bayam dan cili serta santan kelapa.

Beli ikan tenggiri 3 potong. Hulur RM100 Tidak ada tukar. Pergi ke gerai ayam kepunyaan Harun Matt. Beli seekor ayam siap di potong kecil. Bayar dengan duit krtas RM100 Dapat tukar, baik semula bayar ke penjual ikan RM15

Singgah semula ke kedai Hassan Hardeware ambil alat kawalan jauh pintu pagar yang baharu. Bayar RM50.00.

Beri derma seringgit kepada penjaga kereta pasar.

Balik ke rumah. Singgah di stesen minyak Petronas Taman Setiawangsa. Isi petrol untuk kereta Kancil. Waktu itu jam 11.20 pagi. Buat pusingan U depan simpang berlampu isyarat depan stesen minyak masuk ke kawasan Taman Keramat Permai.

Tiba depan rumah dan semasa hendak buka pintu pagar dapati alat kawalan jauh yang baharu tidak ada atas bangku tempat duduk. Hilang. Cari. Keluar dan buka pintu sebelah kiri. Lega apabila nampak alat di bawah bangku sebelah kiri tempat duduk. Terjatuh di lantai tepi pintu depan kiri.

Uji dan berjaya buka pintu pagar guna alat kawalan jauh yang baharu ini.

Masuk ke dalam rumah dan letak barang barang di dapur.

Baharu tersedar terlupa pula beli lauk untuk makan tengahari.

Keluar semula dengan motosikal. Pergi ke Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia diTaman Setiawangsa. Beli 5 ekor kembung dan seekor ikan kerapu. Jumlah RM10.90.

Jam 1.20 petang beriap mandi. Mekai jubah putih dan pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Cuaca panas terik. Pakai cermin mata hitam.

Menonton TV3.

Mamanya bersiap memasak. Potong ubi kentang.

Solat asar.

Ambil daun pandan dari kawasan depan rumah.

Jam 6 petang minum the. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega garlic dengan kaya.

Adlan & Huda dalam penerbangan balik ke Malaysia.
Jam 6 petang terima tweet dari Adlan di Sydney, “Halfway there. Going to travel through time with time-zone-crossing machine.”

Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solat maghrib. Selepa smaghrib ada majlis baca Yasin beramai dalam dewan masjid.

Selepas isyak balik ke rumah.

Jam 9.30 malam, makan nasi sekeluarga bersama Mamanya, Nauwar, Azfar dan Suzaimin.
Shariman, anak buah Mamanya telefon ke rumah, bertanyakan Adlan.

Azfar dan Suzaimin balik ke rumah ibubapa Suzaimin di Lembah Keramat.
Adila balik dari UTM
Jam 9.52 malam, terima SMs dari Adila minta di ambil di stesen LRT Setiawangsa jam 10 malam ini. Adila balik dari UTM Skudai, Johor untuk cuti semester. Selepas 10 malam abah keluar dengan kereta Waja. Adila menunggu di bangku bas depan stesen. Ambil Adila dan balik ke rumah.

Awal pagi esok perlu ambil Adlan dan Huda di KLIA. Pergi ke stesen minyak Petronas dengan kereta Waja isi petrol RM58.44. Waktu itu jam 11.35 malam.

Advertisements