Perhimpunan Agung UMNO 2012 PWTC

Khamis 29 November 2012 bersamaan 15 Muharram 1434H (334/2012)

Bangun jam 5.39 pagi. Pergi ke Masjid Ansar degan kereta Kancil. Solat subuh. Mengaji ayat 53 ke 74 dalam Surah Waqiah (56) di ketuai Imam Muliyadi serta terjemahan oleh Bilal Tarusan. Tafsiran oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Semalam hari terakhir Nauwar berkerja di NTV7. Mulai hari ini sudah tidak perlu hantar Nauwar ke stesen LRT lagi.

Jam 8.30 pagi Azfar pergi kerja menaiki kereta Kancil. Jam 9 pagi sarapan. But roti bakar guna ketuhar. Makan roti bakar sapu mentega dengan kaya. Minum kopi. Sarapan bersama Mamanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 PWTC
Selepas jam 9.30 pagi siaran saluran TV3 Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Ab Razak di PWTC.

Ikuti ucapan PM dalam TV3 sehingga jam 11.30 pagi.

Jam 12 tengah hari beli lauk di Fauziah Nasi Campur , Pasar Datok Keramat.

Beg Sandang Nauwar
Tiba di simpang Jelatek dan Jalan Enggang, teringat perlu ambil beg sandang kepunyaan Nauwar. Minggu lepas hantar ke tukang kasut untuk di baiki. Sehingga kini terlupa ambil. Lokasi tukang kasut di tepi tiang besar LRT stesen LRT Jelatek.
Singgah di tempat tukang kasut berketurunan Indonesia. Kos baiki menjahit koyak pada beg Nauwar RM3

Makan nasi berdua dengan Mamanya. Nauwar ikut sama makan nasi. Nauwar hanya makan sedikit sahaja.

Tengah hari panas terik.Jam 1 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai baju Melayu merah. Kian pelikat putih kotak kotak jalur halus.

Basikal Anis.

Jam 2.30 petang tolak basikal Anis bawa ke kedai basikal di Jalan Enggang. Perlu isi angin tayar kerana kelihatan kempis. Dalam perjalanan, tunggang basikal pada jarak terhad. Khuatir tayar rosak. Tiba di kedai, isikan angin tayar. Isikan angin tayar basikal. Waktu ini hujan renyai sedikit.

Kayuh basikal balik ke rumah ikut Masjid Ansar.

Naik ke bilik. Mamanya naik berehat di bilik tidur.

Abah menonton drama Filipina di TV3 tajuk ‘Little Star’. Satu ketika tertidur.

Jam 4.20 petang turun ke porch. Panjat tiang pagar pintu pagar. Turunkan bendera Malaysia yang di pasang di porch rumah. Turunkan tiang dan bendera.

Bersiap untuk pergi ke Masjid untuk solat asar di Masjid Ansar. Mandi dahulu kerana badan panas. Bersiap dan pakai baju Melayu merah seperti waktu zohor tadi. Bawa duit bersama kerana ada rancangan beli pisang goreng untuk minum petang.

Pergi dengan motosikal. Letak motosikal di celah kereta kereta di khemah berhampiran serambi masjid.

Solat asar. Waktu asar, mula hujan lebat.Selepas solat asar, dapati hujan sudah berhenti.

Kena Hujan
Menunggang motosikal ke gerai berdekatan flet di AU1. Selepas beli pisang goreng dan mamosa, hujan mula rintik. Menunggang balik ke rumah. Terperangkap kena hujan. Baju basah.

Tiba di rumah nampak pintu pagar telah sedia terbuka. Mudah untuk Abah menunggang motosikal terus masuk ke porch.

Masak air. Rendam teh.

Nauwar ambil pisang goreng di meja makan di dapur.
Abah makan kuih samosa sebiji. Minum teh O. Nauwar juga minum teh O.

Mamanya masih tidur di bilik atas.

Jam 6.45 petang abah mandi dan bersiap pergi masjid. Hantar Nauwar dan singgah dahulu di stesen LRT Setiawangsa. Dari stu memandu ikut Jalan Enggang terus menuju ke Masjid Ansar.
Ramai orang jemaah di dewan masjid.
Solat maghrib. Selepas solat maghrib, salah seorang wakil masjid memberi keterangan berkaitan persmian karpet baharu untuk Masjid Ansar yang baharu siap di pasang minggu lepas. sumbangan dari Tan Seri Samsuddin, Sapura Holding.
Di ikuti majlis membaca Yasin beramai ramai.
Solat isyak. Sedang solat , telefon berbunyi dalam poket baju.

Selepas solat keluar dewan. Telefon ke nombor berkkaitan. Seorang Azura KL bertanya tempahan untuk rumah di Pangkor.

Selepas isyak, kenduri menu nasi beriyani, ayam goreng dan kurma kambing.

Balik ke rumah. Selesai solat sunat. Mamanya masih tidur di bilik. Demam.

Azfar bawa Farah ke rumah. Keluar semula. Abah duduk di sofa guna laptop sambil menonton drama ‘Rayyan’ TV3.

Jam 7.38 malam,SMS ke Azfar beritahu ada kenduri di Masjid ansar selepas isyak.

Advertisements