Hari Terakhir Nauwar kerja dengan NTV7

Rabu 28 November 2012 bersamaan 14 Muharram 1434H (333/2012)

Pergi ke Masjid Ansar degan kereta Kancil. Solat subuh. Mengaji ayat pilihan dalam Surah Waqiah serta terjemaah oleh Bilal Rozali. Waktu tafsiran abah keluar dewan dan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai Jalan AU2A beli RM1 kuih kusuwi.
Kad Nama Nauwar
Selepas jam 7 pagi Nauwar panggil Abah. Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Dalam perjalanan balik ke rumah, Nauwar telefon beritahu tertinggal Kad Nama Staff NTV7.  Waktu itu jam 7.25 pagi. Tunggu dalam kereta depan pintu pagar rumah. Mamanya serahkan Kad Nama Nauwar kepada Abah.

Abah memandu semula ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar menunggu di tangga porch stesen LRT. Nauwar ambil Kad Nama Staff yang ada di atas kerusi tempat duduk depan dalam kereta Kancil. Patah balik ke rumah.

Jam 8 pagi sarapan bersama Mamanya. Minum kopi susu. Makan kuih.

Selepas jam 9 pagi Azfar keluar pergi kerja guna Kancil.

Pokok Bunga Kertas.
Gergaji ranting pokok bunga di halaman bahagian dekat dapur. Buang ranting kering pokok dan letak di lokasi sampah keras di seberang jalan raya Jalan AU1C/3F berhadapan rumah banglo.
Anis tempah tiket ke Sabah
Anis duduk di kabinet seterika guna laptop untuk buat tempahan online tiket ke Sabah atas urusan bersama pelajar UPM Serdang.

Hantar Anis balik ke UPM Serdang
Jam 12.25 petang bergerak dari rumah hantar Anis ke kolej. Abah memandu Waja. Ikut Jalan Tun Razak dan sg Besi. Tiba di kolej, turunkan Anis di pintu masuk utama ke kolej.
Beredar dari kawasan kolej menuju ke Masjid UPM. Letak kereta di kawasan letak kereta depan Masjid UPM. Cuaca waktu itu panas terik. Ambil wuduk di kawasan wuduk tidak jauh daru laluan masuk utama masjid. Solat zohor mula.
Segera masuk saf.

Tiba di rumah. Mamanya di bilik di atas.

Hidang makanan. Makan tengah hari bersama Mamanya berdua di meja makan di dapur. Sambil itu guna TV di dapur dan menonton sinetron ‘Aliya’ saluran TV3.

Tambah gas penghawa Dingin kereta Waja.
Selepas jam 3 petang hantar kereta Waja ke bengkel Jasna diPusat Komersil Taman Keramat permai. Minta tambahkan gas penghawa dingin. Mekanik ambil masa seketika sahaja untuk tambahkan gas. RM40

Balik terus ke rumah.

Mamanya masih di dalam study room. Sambung menonton drama filipina ‘Little Star’ di TV3.

Tidur di bilik. Jam 4.20 petang bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan motokar Waja. Hujan. Bawa payung. Solat asar.

Jam 6 petang minum petang. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan jem strawberi.

Jam 7 malam pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai jubah kuning putih cair. Pakai topi keledar. Tidak guna kereta Waja kerana Mamanya perlu ambil Nauwar balik kerja malam ini.

Solat isyak selesai selepas jam 9 malam.

Balik ke rumah. Mamanya dan Azfar duduk di sofa ruang tengah menonton Master Chef.

Makan nasi bersama Mamanya. Nauwar turun dan ikut sama nasi.

Mamanya beritahu hari ini hari terakhir Nauwar berkerja dengan NTV7. Nauwar berkerja genap setahun sahaja. Tempoh 1 Dis 2011 hingga hari ini 29 Nov 2012.

Advertisements