Majlis Perkahwinan Asyran

Ahad 30 Sep 2012 bersamaan 14 Zulkaedah 1433H (274/2012)

Persandingan Asyran & Ismail di Dewan AU5 Lembah Keramat

Pergi ke Masjid. Ansar guna kereta Kancil.
Solat subuh di Masjid Ansar.Selepas solat, diikuti pengajian dan tafsiran 3 ayat terakhir Surah An Nisak pimpinan Nazir, Datok Najmi. Hala balik, singgah gerai dan beli kuih apam warna.Duduk di sofa di ruang tengah sambil menonton TV siaran agama TV9. Mamanya guna laptop sambung kerja kemaskan dokumen CIDB.Jam 7.30 pagi, dengar bunyi motosikal di depan rumah.
Mamanya kata, “Surat khabar”
Mesyuarat Tahunan Masjid Ansar jam 9 pagi.

Pak Lang dan Mak Lang Norkiah tiba di rumah bersama Iwan. Masuk ke dalam rumah dan duduk seketika. Rancang pergi ke Majlis Perkahwinan Asyran dengan dua kereta. Mamanya memandu Kancil dan bawa Nauwar dan Anis ke majlis.

Majlis Perkahwinan Asyran di Dewan AU5.
Abah tumpang kereta Pak Lang Nordin dan Maklang Norkiah. Iwan memandu kereta Mercedes Pak Lang Nordin dan Abah tunjuk arah ke Dewan Serbaguna di AU5 Lembah Keramat.

Jam 11.30 pagi masih awal tiba di Dewan Serbaguna AU5. Tetamu masih belum ramai. Nampak Abang Mak Lang Zabedah, bernama Ghazali, di pintu masuk dewan. Masuk ke dalam dewan. Masih kelihatan banyak meja bulat dengan alas meja warna putih yang kosong.

Makan terus. Ambil makanan hidang bufe di tepi. Nasi minyak dan nasi putih. Kari daging. Ayam goreng.

Nampak keluarga Pak Cu Hariri duduk di satu meja bulat sedang makan. Pak Tua Zalaludin dan isteri, Ani, berdua duduk makan di satu meja bulat yang lain.

Sambil makan, ada seorang datang dan tegur. Kawan Mamanya, yang biaa di panggil Kak Kay, berdiri tepi meja dan tegur sapa Abah.

Abah bangun dan ikut sama dan duduk dengan suami beliau di satu meja lain dalam dewan. Suami beliau baharu selesai makan.  Berbual seketika.

Panggil Mamanya yang sedang berdiri, supaya berjumpa denagn Kak Kay.

Berjumpa Razak Kenek dan Leha.

Berjumpa Pak Tua Anuar Yusof dan Isteri Sharifah.

Ahmad Damanhuri adik Anuar Yusof, juga berkumpul di meja. Adik mereka Ros serta suami, Shuib dan keluarga juga duduk di meja berdekatan.

Anak Opek Fauziah ada dengan keluarga dari Gombak.

Jam 1.05 petang, kedengaran zan zohor dari luar. Waktu berbual dengan Syed, abang ipar, Mak Lang Zabedah.   Abah ajak Pak Lang Nordin pergi solat zohor di masjid.

Abah keluar dewan seorang.   Memandu Kancil pergi ke Masjid Sobirin berdekatan.   Ikut jemaah solat zohor.   Dewan masjid berhawa dingin.

Balik ke dewan. Waktu itu panas terik.

Masuk dewan dan berjumpa Mamanya. Rakam gambar beramai bersama pengantin di pentas.

Tinggalkan dewan dan  balik ke rumah.

Majlis pertunangan di rumah jiran bernama, Roslan.
Nauwar dan Anis masuk ke dalam rumah. Tinggalkan kerea Kancil di porch rumah. Abah dan Mamanya berdua pergi ke rumah jiran, Roslan.
Balik ke rumah.

Waktu ini hampir 4 petang. Baring seketika di bilik.Segera bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar.

Pakai jubah. Pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar solat asar.

Duduk di sofa. Tertidur duduk di sofa.

Jam 6.30 petang, Mamanya sediakan teh susu untuk minum petang. Duduk di meja makan berdua dengan Mamanya minum teh. Makan roti Gardenia wholemeal.

Jam 7 malam, bersiap pergi Masjid Ansar. Pergi Solat maghrib berjemaah. Selepas maghrib, di ikuti ceramah agama .   Selepas azan isyak, ceramah di sambung semula. Solat isyak berjemaah. Selepas isyak, balik ke rumah.

Mamanya sediakan nasi goreng.   Makan nasi bertiga dengan Mamanya dan Anis.

Jam 9.40 malam, hantar Anis balik ke UPM Serdang. Guna kereta Waja. S

Advertisements