Majlis Aidilfitri Persatuan Khairat Taman Keramat

Ahad 9 Sep 2012 bersamaan 22 Syawal 1433. (253/2012)

Solat subuh.

Majlis Aqiqah Imam Muliyadi
Apabila beredar ke serambi untuk sarapan, ada pengumuman. Perlu masuk semula ke dalam dewan masjid. Majlis belah mulut untuk bayi Imam Muliyadi. Nampak bayi atas tilam ungu dekat saf hadapan.

Jam 7.15 pagi terima SMS Kelas Agama Amali ditunda dari hari ini ke 30 Sep 2012.

Urusan ATM Maybank jam 7.51 pagi dalam Kedai Mesra Petronas AU2A.

Adila pulang ke UTM Skudai
Masuk rumah. Nampak beg dan barang Adila berlonggok dekat pintu depan. Adila bersiap pulang ke UTM Skudai.

Jam 8.45 pagi bergerak dari rumah. Mamanya ikut sama hantar Adila ke Terminal Bersepadu Selatan atau TBS.

Singgah di Persatuan Khairat. Jumpa Bendahari Salleh, beritahu tujuan bayar yuran. Dibawa ke pejabat sebuah bilik di kawasan persatuan. Waktu ramai ahli sedang bersiap dan susun kerusi, meja, makanan dan juadah untuk Majlis Aidilfitri pagi ini. Masuk ke bilik untuk buat urusan. Bendahari Salleh, keluarkan fail merah. Satu Ahli satu fail. Fail bernama Adlan sebab hanya Adlan sahaja menjadi ahli untuk keluarga.

Bayar wang dan Salleh tulis satu resit. Balik semula ke kereta yang letak di depan pintu masuk SMK Taman Keramat bertentangan kawasan persatuan Khairat.

Memanadu Waja ikut MRR2 menuju ke TSB di Salak Selatan. Apabila tiba, turunkan Adila dan Mamanya dahulu di kawasan ‘drop-off’ di Tingkat 3. Mamanya dan Adila bawa beg dan masuk ke lobi terminal perlepasan di tingkat 3.

Keluar dari TBS dan ikut laluan untuk masuk ke kawasan letak kereta. Perlu buat pusingan – u untuk masuk semula ke TBS. Letak kereta di Aras 5. Turun dengan lif ke tingkat 3. Jumpa Mamanya duduk di bangku menunggu besama dengan beg Adila.

Mamanya dan Adila tengok kedai tudung.

Adila berlepas turun eskalator ke pletfom. Bas Adila berlepas jam 10 pagi.

Azfar dan Suzaimin pergi ke Seremban.

Abah dan Mamanya balik ke Keramat.

Majlis Aidilfitri Persatuan Khairat.

Jam 12.46 petang terima satu SMS dari Anis minta masukkan RM50 ke akaun.

Singgah di lokasi persatuan. Masuk ke majlis.   Pengunjung sedang sibuk menjamu makanan.

Siram pokok bunga di halaman rumah.Nampak anak kucing bawah bangku halaman.

Memandu kereta Waja dan pergi ke Restoran Ali Maju di pekan. Beli 5 bungkus mi goreng. Balik letak kereta di tepi jalan raya tepi rumah.

Jam 3.33 petang buat satu pindahan wang ke akaun Anis.
PakLang Nordin dan MakLang Shah Alam datang raya
Sebelum jam 4 petang dengar suara dari depan rumah. Mamanya beritahu Pak Lang dan Mak Lang Shah alam tiba. Segera buka pintu pagar dan nampak Iwan di luar pagar depan kereta Myvi warna putih.

Buka pintu depan. Bersalam dengan Pak Lang Nordin dan Mak Lang serta Iwan.

Semua duduk di meja makan di ruang tamu. Hidang mi goreng. Minum teh.

Kedengaran azan asar. Abah beritahu bersiap pergi masjid. Iwan memandu kereta Myvi dan bawa Abah dan Pak Lang Nordin ke Masjid Ansar. Solat asar berjemaah. Masbuk 2 rakaat.

Jam 6.35 petang Nauwar telefon ke telefon rumah minta ambil di LRT. Nauwar tunggu dekta tiang besar LRT.

Mandi dan bersiap pakai baju Melayu dan kain pelikat putih. Kereta Suzaimin letak depan porch rumah. Ambil kunci motosikal. Menunggang pergi ke Masjid Ansar. Solat maghrib. Kuliah oleh Ustaz Ismail Kamos tajuk talak. Selepas solat isyak, balik ke rumah.

Mamanya masak nasi untuk makan malam.

Advertisements