Mesin Basuh Baharu Sharp / Puasa 16

Ahad 5 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan 1433H (218/2012)

Mesin Basuh Sharp Auto

Sebelum jam 5 pagi bangun bersahur.
Meraikan hari lahir Nauwar. Azfar bawa kek cokelat dan letak atas meja makan depan Nauwar. Semua menyanyi lagu ‘Happy Birthday’.Nuwar potong kek dan hidang untuk semua.
Naik ke bilik Mandi. Bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Solat subuh.Semua menyanyi. Selepas selesai solt subuh, Abah terus balik ke rumah.

Mengantuk. Tidur. Bangun jam 9.30 pagi. Mandi. Solat dhuha.

Sebelum jam 11 pagi pergi ke Kelas Agama Amali di Surau Ittifaq. Pergi dengan motosikal. Kelas selesai jam 1.15 petang. Balik ke rumah.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor berjemaah. Selepas solat zohor,singgah stesen Petronas AU2 isi petrol motosikal RM5.87, dan buat satu urusan ATM Maybank dalam Kedai Mesra Petronas, waktu itu jam 1.57 petang. Balik ke rumah.

Waja tidak ada di porch. Azfar beritahu Mamanya keluar dengan Adila rancangan beli mesin basuh baharu.

Hujan.

Jam 4 petang pergi seorang ke Pasar Ramadhan di Taman Setiawangsa. Satu bahagian pasar terletak di kawasan letak kereta. Dan sebahagian terletak di bahagian berbumbung.

Letak motosikal di kaki lima. Bergerak dari gerai ke gerai perhtian juadah jualan. Beli lauk di gerai lauk di bahagian berbumbung.

Balik ke rumah. Letak lauk di meja makan di dapur.
Bubur Lambuk.
Jm 3.45 petang naik ke bili ambil wuduk. Pakai jubah. Pergi ke Masjid Ansar solat asar dengan motosikal. Bawa balang plastik untuk ambil bubur lambuk. Solat asar. Berbaris beramai di dapur untuk ambil bubur lambuk.

Balik ke rumah.

Mesin Basuh Baharu

Tiba di rumah nampak lori depan rumah. Mesin basuh baharu dihantar ke rumah. Lori dari Syarikat U & Me. Masuk ke porch. Masuk ke dalam rumah. Di dapur dekat bilik mandi bawah, nampak mesin baharu. Jenama Sharp. Berbentuk bulat seperti silinder. Ada pekerja sedang cuba menyambung pili ke hos mesin basuh.

Harga mesin basuh Sharp Washer RM1150.00.

Bersiap pakai jubah. Kedengaran azan maghrib. Segera turun ke dapur. Berbuka bersama Mamanya, Nauwar, Adila dan Anis. Makan kurma jenama Yusof Thaiyoob, minum teh susu. Minta Anis isikan bubur lambuk dalam mangkuk kecil.

Berbuka di Rumah
Selepas berbuka segera beredar dari rumah pergi ke masjid.

Tiba di masjid, nampak jemaah masih makan berbuka di serambi. Kunci motosikal dan masuk terus ke dalam dewan masjid. Solat sunat tahyatul masjid. Selepas azan, solat sunat.Solat maghrib di saf pertama. Selepas solat maghrib, balik terus ke rumah.

Mamanya ada di dapur. Makan nasi berdua bersama Mamanya. Gulai asam pedas rasa terlalu pedas.

Solat Terawih-Masjid Ansar
Selepas makan, naik ke bilik. Bersiap pergi masjid. Sebelum itu mandi dahulu. Pakai jubah kelabu hijau cair. Pergi ke masjid dengan motosikal.

Selepas solat isyak dan terawih, majlis tazkirah. Selepas jam 10.45 malam, balik ke rumah.

Advertisements