Puasa 15

Sabtu 4 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433H (217/2012)

Bangun jam 4.45 pagi. Kejutkan semua turun bersahur. Azfar dan Adila sediakan meja letak hidangan dan pinggan. Jam 5.40 pagi selesai bersahur.

Anis keluar pagi ini. Semalam beritahu perlu teman kawan pergi ke UiTM Shah Alam. Kawan Anis daftar masuk kursus UiTM.

Jam 10 pagi Abah solat dhuha dan mengaji.

Jam 11.47 pagi SMS ke Adlan di Australia, minta Adlan telefon ke Abah.

Jam 12.45 tengah hari terima tweet dari Adlan,”Happy birthday @adikkeluangman. Semoga hidup diberkatiAllah selalu..!”

Mamanya hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Solat zohor.

Ambil Nauwar balik ke rumah dari stesen LRT Setiawangsa.

Singgah ke kedai komputer jam 2.00 petang.Ambil balik komputer dari kedai. Tidak setuju di baiki. Bawa balik dengan kereta Kancil.
Jam 3 petang pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk di gerai Fauziah Nasi Campur. Beli telur. Beli sebiji betik.
Berjumpa dan berbual dengan Ismail, peniaga emas di kedai dalam komplek pasar. Bapa pada Salina, kawan kelas Azfar di SRK Gurney masa kecil dahulu. Balik ke rumah.

Bersihkan telur. Sebelum itu bersihkan peti sejuk General. Ada bau busuk. Hanya bersihkan bahagian yang ada nampak kekotoran sahaja. Masukkan telur yang sudah di basu bersih ke rak dalam peti sejuk.

Jam 3.345 petang bersiap pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar. Pakai jubah kelabu hijau cair. Pergi dengan motosikal.Solat asar di saf kedua hujung sebelah kiri.Solat asar.

Semasa ambil motosikal, berjumpa dengan seorang jemaah. Kenal tetapi tidak pernah berbual dekat. Bertegur sapa. Dari dahulu kenal dengan nama Pak Lah.Masih berkerja dan akan bersara terdekat. Kerja PTD di Putrajaya. Tidak ingin sambung kerja.

Berbuka di rumah. Ambil wuduk di bawah. Pakai jubah kelabu hijau cair tidak berkolar. Pergi ke masjid dengan motosikal. Solat maghrib. Selepas selesai solat maghrib, balik ke rumah.

Jam 7.27 malam, Abah SMS ke Anis bertanya jka ada berjumpa kawan. Anis jawab senang jumpa.

Makan bersama keluarga. Lauk ayam goreng. Ikan kembung taucu. IMG_3735

Selepas makan nasi, Abah naik ke bilik. Mandi. Pergi ke masjid semula dengan motosikal. Letak motosikal dekat serambi bahagian depan berdekatan dari saf hadapan. Solat isyak. Saf lelaki penuh hampir 10 saf. Sambung ke solat terawih. Lapan rakaat. Selepas terawih ada majlis tilawah . Mengaji Quran persembahan Juara Tilawah Terengganu Tahun 2011.

Anis masih pulang ke rumah.

Jam 11 malam naik ke bilik tidur.

Advertisements