Adlan, Azfar bersihkan halaman rumah-Pernikahan Azfar

Rabu 2 Mei 2012 bersamaan 10 Jamadilakhir 1433H (123/2012)

Abah kejutkan Adlan yang tidur seorang dalam bilik dengan penghawa dingin. Waktu itu jam 5.30 pagi. Abah memandu Kancil dan membawa Adlan bersama ke Masjid Ansar untuk solat subuh berjemaah. Ini adalah kali pertama Adlan solat subuh selepas lebih setahun duduk di Newcastle Australia. Solat subuh.

Mengaji Quran beberapa ayat dari surah Sad. Adlan duduk di belakang tidak jauh dari Abah. Adlan bertanya muka berapa. Abah sebutkan muka surat. Jam 6.40 pagi Abah kejutkan Adlan yang kelihatan tidur sambil memegang Quran tafsir. Selepas kuliah subuh, balik ke rumah.

Duduk di meja makan di dapur
Duduk di meja makan di dapur

Hantar Nauwar kerja
Nauwar menunggu di ruang tengah. Abah hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar berkerja di NTV7 Sri Pentas Bandar Utama. Hala balik ke rumah Abah singgah di gerai di Jalan AU1C/1. Beli donat dan mihun.

Adlan Pecahkan Kabinet Kayu Oren
Adlan dan Azfar kemaskan teres diluar rumah. Ada kabinet dapur berwarna oren yang sekian lama Abah letak di teres. Adlan guna tukul untuk pecahkan kabinet lama ini. Papan dan rangka dari kabinet Adlan longgokkan di rumput halaman. Abah buka pintu pagar kecil mudah Adlan bawa ke tepi jalan dimana ada longgokan sampah lama.

Azfar susunkan barang barang dari tangki atau akuarium kura kura. Azfar bersihkan tangki kura kura. Kerja di buat semepena menjelang hari perkahwinan Azfar pada Jumaat 4 Mei 2012 .

Paklang Zulkafli telefon bertanyakan bagaimana hendak urus WiFi yang tidak berfungsi di Taman Jasa.

Jam 12.15 petang Abah rancang pergi ke Pasar Datok Keramat. Anis perlu pulang ke UPM Serdang.
Anis setuju dihantar dengan motosikal ke stesen LRT Setiawangsa. Anis balik dengan pengangkutan awam.

“Anis ambil topi keledar’, tanya Anis.
“Tak perlu, ” Abah jawab.
Turunkan Anis di depan tangga masuk ke stesen LRT Setiiawangsa.

20120502-093557 PM.jpg

Advertisements