Adlan & Huda Tiba dari OZ

Isnin 30 April 2012 bersamaan 8 Jamadilaakhir 1433H (121/2012)

Sambut Adlan dan Huda di KLIA.
Bangun jam 3 pagi. SMS ke Anis jika hendak ikut Abah pergi ambil Adlan dan Huda di LCCT.

Kejutkan Azfar di bilik. Beritahu supaya bersiap ambil Adlan di LCCT.

Azfar memandu Waja ikut MEX terus menuju KLIA. Selepas lebuhraya MEX masuk ke lebuhraya ke KLIA. Waktu ini jam sekitar 4 pagi.

Tiba di KLIA. Masuk ke besmen. Letak kereta berdekatan lif. Naik ke level 2. Suasana sunyi kerana tidak ada orang di kawasan menunggu ketibaan penerbangan antarabangsa. Azfar terima panggilan dari Mamanya yang Adlan sudah tiba di LCCT.

Azfar dan Abah turun semula ke besmen. Keluar dari besmen. Guna telefo bimbit BBM cari panduan jalan ke LCCT. Dua kali berpusing di jalan raya yang sama di depan terminal KLIA. Kali kedua baharu jumpa laluan untuk terus ke LCCT.

Tiba di kawasan LCCT. Masuk ke kawasan depan terminal LCCT. Penuh sesak dengan kenderaan dan teksi. Telefon ke Adlan. Tunggu dalam kereta. Jam 4.59 pagi terima satu panggilan. Panggilan dari Adlan.

Telefon ke Adlan supaya datang ke kawasan depan terminal di mana ada restoran Starbuck dan Old Town Cafe kerana Abah dan Azfar menunggu di laluan yang jauh dari premis LCCT berhadapan restoran tersebut.

Adlan dan Huda baharu tiba  di LCCT dari OZ

Azfar memandu Waja. Adlan dan Huda duduk di tempat duduk belakang. Beredar dari LCCT.

Cari Masjid KLIA. Adlan guna BBM Azfar. Setelah lama bergerak jauh akhirnya dapat juga kesan jalan menuju ke Masjid KLIA. Waktu ini jam 6 pagi. Kawasan masjid lengang dan terawal tiba di kawasan Masjid KLIA yang di beri nama Masjid Sultan Abdul Samad. Lengang waktu itu. Kereta lain masih belum tiba.

Abah ikut Adlan ke kawasan ambil wuduk. Abah dan Adlan solat subuh. Hanya ada satu saf sahaja.

Pulang ke KL ikut lebuhraya MEX atau Maju Expressway Route 20. Keluar ke Jalan Tuna Razak di Kuala Lumpur. Adlan pula ambil giliran memandu kereta Waja. Ikut Jalan Ampang dan Jalan Jelatek sebelum masuk ke Jalan Taman Setiawangsa dan Taman Keramat Permai. Lajak ke Masjid Ansar dan terus ke Jalan AU2A. Singgah di gerai kuih di Jalan AU2A. Azfar dan Huda turun beli kuih. Adlan dan Huda sudah setahun lebih tidak makan kuih tradisional Melayu.

Jam 7.23 pagi Abah telefon ke Zana di Pangkor minta hantar nasi lemak sebelum 8 pagi ke tetamu yang berada di rumah Desa Pangkor.Waktu ini rumah di Pangkor ada tetamu menyewa hujung minggu ini. Kumpulan Izwan dari KL.

Adlan keluar dengan Huda naik motosikal pagi ini.

Adlan dan Huda malam  ii baharu pulang dari Australia. Pagi ini keluar dengan motosikal./ 30 April 2012
Adlan dan Huda malam ii baharu pulang dari Australia. Pagi ini keluar dengan motosikal./ 30 April 2012

Pergi bersama Adlan ke Masjid Ansar untuk solat zohor berjemaah. Jumpa bilal Haji Tarusan Abu yang baharu keluar melalui pintu utama. Beri kad jemputan majlis perkahwinan kepada Haji Tarusan Abu.

Jam 3 petang Abah pergi ke Pudu Sentral beli tiket bas untuk pergi ke Pangkor lewat malam ini. Esok tetamu kumpulan Izwan akan keluar rumah Desa Pangkor. Perlu ambil kunci dan kemaskan rumah Pangkor.

Pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar untuk asar berjemaah

Adlan telefon minta di ambil di stesen LRT Setiawangsa. Kereta tidak ada di rumah. Abah guna motosikal. Tunggu dekat tiang LRT di stesen.

Selepas solat isyak di adakan solat hajat .

Anis memandu Kancil balik ke kolej UPM Serdang petang ini.

Malam ini Abah masih hantar beberapa SMSjemputan kepada kawan kawan ke kenduri perkahwinan Azfar.