Sahara Tent, Bukit Bintang

Jumaat 27 April 2012 bersamaan 5 Jamadilaakhir 1433H (118/2012)

Letak Kancil bewah khemah tepi pagar dalam kawasan Masjid Ansar. Kedengaran azan subuh. Jalan kaki dalam 20 meter dari luar sebelum masuk ke dewan masjid. Solat sunat. Iqamah. Solat subh. Solat subuh selesai jam 6.15 pagi. Di ikuti megaji ayat surah Sad. Jam 6.40 pagi abah balik ke rumah.
Singgah di gerai dan beli kuih RM2.
Masuk kereta ke porch. Nauwar sudah bersiap dan masuk terus ke dalam kereta Kancil. Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Balik ke rumah. Ambil Utusan Malaysia di porch. Bawa ke bilik. Mamanya masih berada di atas sejadah. Abah baca Utusan Malaysia. Lepas itu Abah baring dan tidur. Bangun semula jam 8.30 pagi.

Mamanya duduk di sofa di ruang tengah sambil guna iPAD.

Minum pagi. Sarapanmakan kuih apam yang dibeli balik dri Masjid Ansar.

Telefon ke Razak Kenek. Berbual. Rancangan Fitry kahwin hujung tahun ini.

Batang Towel Rod
Bawa ke Kedai Hardeware Jaiwan di Jalan Enggang. Minta potong hujung sedikit dengan aalat pemotong khas. Menunggang balik ke rumah. Pegang batang besi dengan tangan kiri sambil mmenunggang motosikal balik ke rumah.

Hantar Jemputan Kahwin Azfar melalui SMS
Pagi ini buat banyak SMS dan hantar ke kawan kawan jemput ke majlis kenduri perkahwinan Azfar dan Suzaimin pada Ahad 6 Mei 2012.

Jam 10.30 pagi pergi beli lauk ke Paar Datok Keramat. Berjumpa dengan Fauziah Nasi Campur dan sahkan bahawa beliau akan bawa pinggan mangkuk , ulam dan sambal pada 4 Mei 2012 sempena hari masjlis pernikahan Azfar. Pelawa makan keropok. Ambil satu. Balik ke rumah.

Mamanya rancang pergi ke Sahara Tent di Jalan Bukit Bintang. Tangguh selepas solat Jumaat.

Nampak jiran mula pasang khemah di depan rumah di Jalan AU1C/3G.

Solat Jumaat. Jam 1.20 petang, menunggang motosikal dan pergi ke Masjid Ansar. Lalu di bawah khemah.

Seperti minggu lepas, duduk di kawasan serambi masjid.

Sahara Tent Bukit Bintang
Jam 2.30 petang berdua dengan Mamanya pergi ke Sahara Tent Bukit Bintang dengan motosikal. Bandaraya KL sesak dengan kenderaan. Ikut Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang sebelum tiba di Restoran Sahara Tent.

Turunkan Mamanya depan restoran. Abah cari tempat letak motosikal di tepi bangunan HSBC berdekatan. Masuk ke restoran dan duduk bersama Mamanya. Waktu itu Mamanya berbincang dengan seorang wakil restoran untuk tempahan makanan pada majlis pernikahan Azfar pada 4 Mei 2012.

Restoran Sahara Tent,  Bukit Bintang

Beli tiket bas ekpsres Pudu Sentral
Pergi ke Pudu Sentral. Naik ramp ke tingkat 2. Pengawal tidak benar letak motosikal dekat kawasan situ. alihkan ke lokasi berdekatan dengan kaunter tiket bas. Masuk ke dalam, beli tiket bas untuk ke Lumut pada subuh Isnin 2 pagi.

Singgah ke Pasar Pudu. Tengok kedai bunga.

Balik terus ke rumah. Tiba rumah jam 4 petang.Pasar Pudu KL

Mamanya keluar ambil kawan Anis bernama Shireen di stesen LRT Setiawangsa.

Jam 7.25 malam, Abah pergi ke Masjid dengan motosikal. Letak motosikal di khemah berhampiran serambi masjid. Solat maghrib. Ada ceramah agama selepas maghrib. Selepas azan isyak, sambung semula ceramah sehingga jam 9.50 malam. Solat isyak.

Hala keluar, nampak Imam Amri di serambi. Bersalam.

Adila balik bermalam di rumah

Abah balik dari masjid. Masuk ke dalam rumah. Nampak Adila duduk di sofa guna iPAD. Di sofa lagi satu nampak kawan Anis nama Shireen duduk sama di sofa.

Mamanya di dapur buat nasi goreng.

Makan bersama di meja makan di dapur. Anis masih belum tiba balik ke rumah.

Sekepas makan nasi duduk di sofa di ruang tengah.

Jam 10 malam Anis tiba di rumah.

Duduk di sofa ruang tengah rumah, selepas balik dari masjid selepas isyak
Duduk di sofa ruang tengah rumah, selepas balik dari masjid selepas isyak
Advertisements