Pasar Ikan 1 Malaysia

Isnin 2 Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433H (2/2012)

Jam 12.30 pagi SMS ke Mamanya, ” Dah sampai Rawang. Ambil di Pudu Sentral”

Jam 12.56 malam, hantar tweet lagi beritahu ambil Abah depan Menara Maybank selepas tiba Pudu Sentral.

Solat subuh di Masjid Ansar. Solat subuh. Selepas selesai kuliah subuh, memandu Kancil dan terus pergi ke gerai di tepi jalan raya AU1 dekat pekan. Beli mihun dan donat. Balik ke rumah. Naik ke bilik dan tidur seketika. Bangun jam 9 pagi dan solat dhuha. Turun ke dapur dan bersarapan makan mihun.

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia
Jam 10 pagi Mamanya ajak pergi Kedai Ikan 1 Malaysia di Taman Setiawangsa. Lokasi berhadapan SK Taman Setiwangsa. Beli beberapa barang termasuk ikan kembung, tepung dll. Mint terakhir sempat timbang ubi kentang sewaktu Mamanya tiba di kaunter kasyier.

Jam 1.30 petang menunggang motosikal ke Masjid Ansar dan solat zohor berjemaah.

Jam 3 petang rancang gunting rambut. Batalkan hasrat kerana di kedai gunting ramai orang menunggu giliran. Batal hasrat gunting rambut. Pergi terus ke Pasaraya Giant di Taman Setiawangsa. Beli beras dan beberapa barang lain.

Mohon jadi ahli persatuan Khairat Taman Keramat Permai.

Jam 4.40 petang menunggang motosikal dan pergi ke Masjid Ansar solat asar berjemaah.

Jumpa jemaah bernama Alimin. Beri dia wang dan surat permohonan keahlian Persatuan Kebajikan & Khairat, Taman Sri Keramat. Minta bantuan hantar ke Bendahari Persatuan Khairat. Menunggang balik ke rumah.

Jam 6.45 petang minum teh petang. Azfar goreng keropok lekor.

Jam 7.15 petang Abah menaiki kereta Kancil solat maghrib. Waktu itu hujan lebat. Letak kereta Kancil di bangsal di belakang masjid. Tidakkena hujan. Selepas solat sunat pylang semula ke rumah.

Periksa akaun Maybank dalam internet. Wang yang di janji oleh bakal tetamu rumah Desa Pangkor dapati sudah masuk ke akaun Abah sebagai pengesahan tempahan rumah di Desa Pangkor. Nama  beliau Azrul Hisham.

Jam 8.15 malam, pergi semula ke Masjid Ansar untuk ikut sama solat isyak berjemaah. Waktu itu penceramah masih belum berhenti pengajaran dari dari Kitab Azkar.

Makan malam selepas balik ke rumah selepas isyak.

Advertisements