Solat Sunat Gerhana Bulan

Khamis  15 Rejab 1432H

Bangun jam 2 pagi. Melalui tingkap di bilik Azzfar dan Anis, nampak bulan di langit. Nampak separuh bulan sahaja. Tanda gerhana bulan sudah mula.

Bangun jam 3.30 pagi. Mandi. Bersiap memakai jubah putih. Memandu Kancil dan pergi ke Masjid Ansar. Solat sunat Gerhana Bulan jam 4 pagi. Hanya ada satu saf sahaja. Diketuai Imam Muliyadi. Selepas solat Imam Muliyadi berdiri mengadap jemaah dan memberi khutbah memuji kebesaran Allah dan gerhana sebagai tanda. Selepas solat gerhana ramai bergerak balik. Abah ikut sama balik ke rumah. Waktu ini mula terasa lutut bertambah sakit. Tidak boleh duduk bersila lama. Sakit lutut.

Jam 5.40 pagi bangun semula dan bersiap untuk pergi semula ke masjid. Memandu Kancil pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh berjemaah. Letak Kancil di kawasan letak kereta atas bukit berhadapan masjid. Turun ikut tangga simin ke masjid. Selepas selesai solat subuh, balik ke rumah. Singgah di gerai depan sekolah agama Bistari Jalan AU2A. Beli kuih ketayap RM2 dapat 4 biji.

Ini hari ketiga Ann berkerja di kedai perabot di Great Eastern Mall. Ann masuk kerja jam 10 pagi. Memandu Waja dan hantar Ann ke Great Eastern Mall sekitan jam 10 pagi. Turun Ann di depan lobi. Balik ikut semula Jalan Jelatek. Tidak singgah Pasar Dato Keramat. Balik terus ke rumah.

Makan nasi berdua dengan Mamanya. Nauwar datang dan ikut sama makan nasi tengah hari. Lauk ikan bakar dengan asam cili.

Waktu hamoir 1.15 petang. Segera naik ke bilik. Mandi dan bersiap untuk pergi ke Masjid ansar solat zohor berjemaah. Memakai baju Melayu warna merah tengkuk belanga. Guna motosikal dan menunggang ke masjid. Waktu turn porch nampak jiran bernama Zaid baharu bergerak dengan kereta Kenarinya, dengan tujuan yang sama pergi ke masjid. Cuaca panas terik. Pakai cermin mata hitam untuk elak silau dan habuk.

Balik dari masjid. Tukar pakaian. Rancang gunting rambut. Sebelum itu ada urusan di Maybank Setiwangsa. Menunggang motosikal ke sana. Tinggalkan motosikal di tepi jalan bawah pokok bersama motosikal orang lain. Masuk ke seksyen ATM di Maybank.

GUNTING RAMBUT
Singgah ke kedai di Pekan Permai. Letak motosikal depan kedai gunting. Nampak kedai gunting sepi. Bagus. Suka keadaan kedai begini. Masuk ke dalam dan dapati ada seorang pelanggan sahaja. Terpaksa bawa topi keledar ke dalam kedai gunting. Khuatir hilang kalau gantung pada motosikal. Gunting rambut pendek. Hanya RM8
Balik ke rumah.

Jam 7 malam, Abah dan Mamanya sedang makan nasi. Azfar dan Anis tiba balik di rumah. Azfar ambil Anis di Great Esatern Mall petang ini.

Selepas makan, Abah pergi ke Masjid Ansar. Malam iniada tahlil dan selepas isyak ada kenduri. Tidak nampak ruang kekosongan di kenduri. Abah balik terus ke rumah dengan Kancil. Ada juga jemaah lain yang beredar dari masjid.

Surat Tawaran Kerja
Anis tunjukkan kepada Abah surat tawaran kerja yang diterima Anis, mula kerja 13 Jun 2011. Syaratnya sesuai untuk Anis sebelum tiba masa masuk ke Universiti bulan September depan. Boleh tahan juga gaji lebih seribu ringgit untuk jawatan penyambut tetamu dan akaun.

Azfar sibuk buat chocolate cake malam ini tidak berhenti sehingga tengah malam. Sambil itu menonton ‘House’ di AXN bersama Mamanya!

Advertisements