Wardrobe & Katil Pengantin-Adlan

6 Disember 2010 Isnin / 27 Zulhijjah 1431H (339/2010)
Wardrobe siap di bilik rumah
Solat subuh. Kuliah mengaji Quran Ustad Muliyadi. Selepas jam 7 pagi balik ke rumah.
Abah perlu hantar Razaln. Abah memakai baju jaket hitam. Jam 7.30 pagi hantar Razlan menunggang motosikal hantar ke bengkel Perodua Service di Setapak. Tiba di sana lima minit sebelum jam 8 pagi. Razlan minta turunan di gerai teh tarik. Abah menunggang motosikal terus masuk Jalan Genting Kelang balik ke wangsa Maju dank e rumah terus.
Nauwar telefon waktu Abah menunggang sebelummasuk Taman Keramat Permai.
Berhenti di depan porch. Nauware muncul di depan pintu depan.
“Abah hantar dengan motosikal boleh?” Abah tanya Nauwar.
“Boleh, “jawab Nauwar.
Menynggang motosikal bersama Nauwar pergi ke stesen LRT Setiawangsa. Turunkan Nauwar. Abah balik semula ke rumah.Masuk motosikal ke porch.
Sarapan pagi bersama Adlan. Makan roti sapu mentega dan kaya. Adlan bersiap pergi kerja.
Jam 9.38 pagi terima panggilan dari Pak Lang Ipoh, Antan. Waktu itu Abah di halaman rumah. Berita masuk Hospital Ipoh Sabtu malam kerana sakit dada.
Jam 11 pagi, memandu Kancil dan pergi ke Pasar Datuk Keramat KL. Masuk ke kawasan letak kereta di belakang pasar. Masuk ke bangunan utama dan terus pergi ke gerai nasi. Beli lauk. Selepas itu balik ke rumah.
Abah duduk guna computer selepas balik dari Pasar Datuk Keramat KL. Jam 11.48 pagi terima panggilan dari Pak Uda Adi dari kedai zunda , Ipoh. Bercakap dengan Abah berkaitan ankanya, Razlan. Bertanya bagaimana kelakuan dan sebagainya.
Mamanya keluar memakai kereta Kancil. Mamanya pergi ke Carrefour seorang.
Jam 1 petang bersiap pergi ke masjid untuk solat zohor berjemaah. Pakai jubah hijau cair kelabu yang tidak berkolar dan lengan pebdek.Memandu waja untuk ke masjid. Waktu itu Mamanya baharu tiba balik ke rumah.
Abah dan Mamanya berdua makan nasi lauk ikan kembung goreng dan gulai lemak kuning pisang.
Jam 3 petang Abah menonton drama Sinetron Indonesia di saluran astro Prima seorang. Mamanya di bilik atas.
Anis beritahu hendak keluar menonton wayang bersama kawan yang bernama Amie.
Jam 4.25 petang Abah keluar dengan kereta Waja. Waktuini hujan renyai. Abahmemandu Waja pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar berjemaah. Selepas selsai asar masih hujan renyai.
Jam 5.11 petang Azfar SMS ke Abah minta di ambil jam 5.30 petang di tempat kerja.

7 Disember 2010 Selasa / 1 Muharram 1432H (340/2010)
Cuti Maal Hijrah 1432H.
Abah pergi ke Putrajaya rumah kawan.
Abah balik dari masjid. Kejutkan Adlan. Waktu itu hampir jam 7.30 petang.
Selepas Razlan sudah bersiap pakai baju dan seluar Abah hantar Razlan ke stesen LRT Setiawangsa. dengan menaiki Kancil. Razlan rancang pergi turun di stesen LRT Wangsa Maju. Dari sana kawan bernama Azizi datang ambil Razal bawa ke tempat kerja di Pusat Servis Perodua di Setapak.
Jam 10.20 pagi memandu kereta Waja dan pergi ke Putrajaya. Tiba depan rumah kawan bernama Omar Razak, tepat jam 11 pagi. Cuaca baik dan redup sahaja. Banyak awan di langit. Buka tingkap dan lambai ke Omar. Dia suruh letak kereta di depan rumah jiran. Abah minta kebenaran dari jiran yang sedang bersiap keluar suami isteri.
Masuk ked lam rumah duduk dekat pintu depan. Majlis membaca yasin dan tahlil.
Makan nasi kuning dengan lauk daging di meja bawah khemah di halaman rumah.
Jumpa kawan lama bernama Zakaria.
Singgah Masjid Putrajaya. Solat zohor berjemaah. Balik ke KL.
Razlan pindah ke Pandan Indah.
Balik dari masjid nampak dua lelaki dengan motosikal. Abah masuk kereta Waja ke porch. Nampak Razlan keluar dari rumah. Razlan beritahu hendak pindah. Razaln baharu tidur 2 malam di rumah sini. Malam semalam dan malam Isnin. Sambil Razlan bersiap Abah berbual dengan kaan kaannya.
Cari bangkai anak kucing dalam study room.
Jam 7 malam, Abah pergi ke masjid Ansar solat maghrib berjemaah. Ramai jemaah di masjid keranan program Maal Hijrah.
Anis masih belum balik ke rumah.

8 Disember 2010 Rabu / 2 Muharram 1432H (341/2010)
Adila balik dari UTM Skudai Johor
Tengok jam pada telefon bimbit. Jam 5.57 pagi! Abah terkejut. Terus bangun. Ambil wuduk di bilik mandi. Segera kenakan jubah. Bergegas turun ke bawah ambil kunci Kancil. Keluar rumah dan segera beredar memandu Kancil ke Masjid Ansar. Dalam hati khuatir tertiggal jemaah. Letak kereta Kancil di kawasan letak kereta atas bukit bahagian arah utara berdekatan tangga simin turun ke kawasan masjd. Berjalan laju menuju ke dewan masjid. Dengar Imam Mulyadi membaca surah dalam rakaat kedua solat subuh. Nampak ada seorang lagi jemaah berbaju ‘cokelat’ dalam perjalanan masuk ke dewan masjid. Nama beliau Ariffin. Masuk ke dalam masjid dan ambil di saf bersebelahan Ariffin yang baharu juga masuk ke saf. Alhamdullillah dapat masuk sebelum rokok rakaat kedua.
Selepas solat ada kuliah subuh membaca dan tafsir Quran surah Al Rad. Yiba waktu 6.30 pagi Abah sakit perut. Tinggalkan kuliah selepas selesai bahagian membaca surah. Balik ke rumah.
Jam 8.10 pagi hantar Nauwar dan Azfar. Menaiki kereta Kancil. Abah yang memandu. Turunkan Nauwar di stesen LRT Setiawangsa. Teruskan perjalanan hantar Azfar ke Dataran Palma. Ikut laluan Jalan Jelatek dan Jalan Ampang terus ke Ampang Point. Jalan lengang. Dalam perjalan minta Azfar bantu iuji kebel handsfree noNoki untuk telefon bimbit Abah. Tidak berjaya. Tiba balik di rumah jam 8.35 pagi.
Duduk sekejap minum kopi. Jam 8.50 pagi Abah hantar Anis pula ke tempat kerja di Wangsa Walk. Anis turun depan pintu keluar Wangsa Walk. Abah patah balik ke rumah.
Tiba depan porch nampak Adlan keluar dari pintu depan. Abah tingglakan Kancil di luar tepi jalan. Adlan turun dari poech denganmotosikal. Adlan beredar dari rumah pergi kerja.
Abah masuk ke rumah. Mamanya masih di dapur. Abah duduk sarapan di meja makan. Makan roti Gardenia sapu telur dadar pecah.
Buka pintu pagar kecil kerana pekerja ubahsusuai bilik mandi atas tiba di luar rumah. Abah smabung sarapan.
Hantar Mamanya ke BSN Taman Setiwangsa. Mamanya ada urusan rancnagan tutup akaun lama simpanan anak anka semasa kecil. Abah balik terus ke rumah.
Abah singgah CIMB Taman Setiwangsa dan masukkan wang guna mesin ATM. Jam 10.46 pagi SMS ke Antan beritahu sudah Abah masukkan wang ke akaun di CIMB untuk perbelanjaan Adi.
Jam 11.24 pagiMamanya telefon minta diambil depan Pasaraya Giant. Abah memandu Kancildanterus pergi ke Pasaraya Giant.
Jam 12 tengah hari Abah memandu Kancil dan pergi ke Pasar Datuk Keramat KL Bawa laci didalam Kancil. Buang di tong sampah besar di Pasar Datuk Keramat KL
Adila balik dari Johor
Jam 3.30 petang ada panggilan telefon rumah. Abah keluar dri study room angkat telefon. Suara Adila. Minta buka pintu pagar. Abah tekan suis dan buka pintu pagar. Nampak Adila di luar pagar melalui tingkap depan. Abah buka pintu depan. Adila masuk membawa beg besar dan beg kecil.
“Adila naik dengan apa dari stesen bas?” Abah tanya.
“Naik teksi” jawab Adila.
Adila dan Abah duduk di ruang tengah. Jam 3.42 petang terima panggilan dari Dato Damanhuri atau Tan, sepupu Abah. Minta alamat dia di UK Perdana.
Ambil Azfardan Anis balik ari kerja.
Jam 4.20 petang Abah bersiap mandi dan memakai jubah untuk pergi ke masjid solat asar berjemaah. Ada rancangan bawa satu laci almari untuk di buang di tempat sampah. Sebelum bergerak ambil satu laci almari yang bersaiz besar. Masukkan ke dalam Kancil di tempat duduk belakang. Abah bergerak turun dari porch. Terus pergi ke Masjdi Ansar.
Selepas solat Ansar memandu Kancil melalui Jalan Enggang. Di belakang bazaar Taman Keramat ada tempat pembuangan sampan yang agak di kelolakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Buat satu pusingan besar mengelilingi stesen LRT Jelatek dan bangunan flet PKNS untuk tyiba di tempat ini. Waktu ini renyai sedikit. Abah keluarkan laci kayu almari ini dan campakkan ke longgokan sampah dan perabot buruk yang ada di sini. Jam 4.56 petang Azfar SMS minta ambil jam 5.30 petang.
Abah masih belum balik ke rumah lagi. Tiba tiba jam 5.09 petang terima SMS dari Anis minta di ambil di tempat kerja di Wangsa Walk. Anis beritahu sudah habis kerja. Dari Taman Keramat Abah terus memandu ikut Taman Setiawangs dan terus pergi ke Wangsa Walk. Jam 5.25 petang tiba depan Wangsa Walk. SMS ke Anis beritahu Abah sudah tiba. Abah bawa Anis balik ke rumah.
Dalam perjalan ke rumah Abah suruh Anis SMS ke Azfar, “Abah baru nk gerak. Ujan lebat”
Pada hal waktu itu hujan sudah lama renyai sedikit sahaja. Tiba di rumah Abah salin pakaian jubah dan pakai seluar dan baju kemeja. Abah segera memandu semula pergi ambil Azfar.
Jam 5.21 petang SMS dari Azfar, “Abah dh smpi jgn masuk lagi.Ade keje jap”
Waktu itu jam 5.23 petang aa juga SMS dari Anis, “Kat tmpt biasa tau. Kt tgi”
Jam 5.41 petang baharu Azfar SMS beritahu Azfar sudah siap selesai kerja.
Abah memandu masuk dan tiba depan pejabat Azfar jam 5.53 petang.
Minum petang dimeja makan di dapur. Semua makan roti Gardenia sapu mentega dan jem. Adila bakar burger dan makan dengan roti. Waktu ini jam 6.30 etang. Adlan masih belum balik.
Jam 6.50 petang Abah segera mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib berjemaah. Waktu itu hujan baharu berhenti. Abah bersiap memakai jubah yang di pakai tengah hari. Jubah warna kelabu hijau cair yang tidak ada kolar. Jalan raya basah. Masuk ke kawasan masjid.
Ada kuliah selepas maghrib Ustaz Muliyadi perkara sunat selepas solat. Selepas isyak singgah ke Stesen minyak Petronas AU2A isi petrol ke Kancil. Masuk ke pam No. 1. Masuk ke dalam untuk buatbayaran dengan kad.Waktu itu 8.53 malam. Waktu pam, dapati nozzle warna hijau tidak perfunsi. Beberapa kali uji, nozzle hijau tidak berfungsi. Biasa guna petrol dengan nozzle hijau. Minyak lebih mahal dan kualiti konon. Simpan nozzle hijau. Terfikir hendak uji nozzl ekuning. Wanita di kaunter kasyier hanya hidupkan pam petrol nozzle kuning Abah agak. Betul sangkaan Abah. Terpaksa isi petrol guna nozzle kuning!

Advertisements