Pagi balik dari Ipoh/ Hamdan, ubah suai rumah

6 Ogos 2010 Jumaat / 25 Syaaban 1431 (218/2010)


Berjemaah subuh di Masjid Rapat Setia.

Bangun jam 5 pagi. Bersiap dan pergi ke Masjid Rapat Setia. Jalan kaki seorang dari rumah Antan ke masjid. Sembahyang subuh. Selepas wirid ada ceramah pendek. Waktu beredar selepas ceramah,nampak Antan di hujung barisan saf. Balik ke rumah Antan.Selepas jam 8.15 pagi bergerak tinggalkan rumah pergi ke Stesen Keretapi Ipoh.
Pak Lang Antan ajak Abah sarapan di Monorail Café di stesyen Keretapi Ipoh. Abah makan nasi lemak. Minum kopi susu. Hampir jam 9 pagi, Abah segera bangun dan tinggalkan Pak Lang Antan di meja kafe. Abah cari tren label X3. Tren yang depan sekali selepas enjin keretapi atau kepala tren. Jumpa tempat duduk bernombor 11B. Duduk tepi tingkap sebelah kanan. Jam 9.15 pagi Tren Shuttle bergerak  perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tiba Sentral sekitar 12 tengah hari. Naik LRT balik k Stesen LRT Setiawangsa. Jumpa 20 sen di tangga sewaktu turun. Telefon ke Mamanya. Dalam perjalanan dari pejabat tetapi jalan raya sesak di Perpustakaan. Cuaca redup.

Abah jalan kaki balik ke rumah. Tiba jam 1 petang. Tunggu bawah teduh depan rumah jiran.
Mula panas. Sambil menunggu ketibaan Mamanya Abah rakam gambar guna kamera Olympus pemandangan rumah jiran dan jalan raya AU1C/3G. Rakam gambar rumah jiran, Hamdan, yang ubahsuai porch dengan warna hijau.
Diatas gambar rakam pada 8.30 pagi.

Gambar ini di rakam jam 4 petang.

Mamanya tiba di depan rumah. Selepas Mamanya buka pintu pagar, Abah ambil kunci dari Mamanya dan buka pintu depan. Abah masuk ke dalam rumah dan ambil kunci motosikal. Sebelum Abah dapat alihkan motosikal, Adlan menjelma. Adlan datang dari bilik di atas. Abah biarkan Adlan alihkan motosikal dari porch dan letak di spilit level teres. Mamanya memandu masukkan kereta Waja ke porch rumah.

Mamanya pergi jumpa Dentist di Taman Setiawangsa.
Jam 7.13 malam, SMS dari Anis di Bangi, “Tak blk. Esok anis ada explorace kt wetland putrajaya. Hehe”
Jam 8.30 malam,Abah dan Adlan pergi ke masjid untuk solat isyak berjemaah. Adlan memandu kereta Waja dan terus masuk ke dalam kawasan letak kereta Masjid Ansar.

Kenduri Masjid Akram
Abah beritahu Adlan sepatutnya pergi ke Masjid dekat Pasar Datuk Keramat KL Datuk Keramat supaya boleh beli lauk selepas isyak nanti. Adlan memandu keluar dari kawasan masjid dan terus masuk ke Jalan Enggang. Teruskan perjalanan dan tiba di Masjid Akram Datuk Keramat. Masuk terus ke kawasan masjid. Sudah mula solat isyak. Abah dan Adlan segera masuk ke dewan masjid. Masuk ke saf terakhir. Ada 3 saf waktu ini.

Selepas solat, imam memberi pengumunan ada kenduri di dewan masjid. Abah dan Adlan langkah kanan. Abah dan Adlan ambil selipar dan pergi ke bahagian masjid yang ada dewan. Ada khemah. Abah dan Adlan ambil nasi dan lauk. Yang istimewa malam ini ada lauk daging kambing. Jam 9.10 malam, Abah SMS ke Mamanya beritahu ada kenduri.

Balik di rumah Abah letakkan gulai dan daging kambing atas cabinet. Ada juga bawa kuih pisang yang lembut.

Advertisements