Adlan Konvo UIA 2009

11 Oktober 2009 Ahad / 22 Syawal 1430H

Konvokesyen UIA Gombak. Adlan award winner.
Abah dan Mamanya menaiki Waja di pandu Adlan.

Tiba di UIA.  Ikut Adlan terus masuk ke dewan Konvokesyen. Adlan masuk ikut pintu pelajar. Abah dan Mamanya masuk ikut pintu depan. Adlan award winner.

Ibu bapa di beri tempat duduk di hadapan sekali berhampiran pentas. Usherette wanita UIA bawa ke tempat duduk. Kanan sekali. Majlis belum bermula.
Jam 8.50 pagi Azfar telefon dari luar. Abah dan Mamanya berada dalam dewan Konvokesyen. Mamanya bercakap dengan Azfar suruh masuk ke dalam dewan kerana sudah disediakan tempat duduk khas untuk family ‘award winner’.

Adlan memberi ucapan di atas pentas. Gambar terpancar di skrin besar dalam dewan. Abah dan Mamanya rasa kagum.

Selepas majlis konvokesyen, masuk ke dewan makan. Jam 11.28 pagi Abah telefon ke HP Azfar.

Makan tengah hari khas untuk ibu bapa di dewan khas.  Makan bersama keluarga hidangan d Saji. Ada gulai kari kambing yang istimewa.

Azfar keluar berhari raya di rumah bossnya, nama Hasnan. Azfar balik petang itu juga.

Selepas sembahyang maghrib di rumah Abah bersiap pergi ke Masjid Ansar. Ajak Adlan untuk sembahyang isyak berjemaah. Naiki Kancil. Abah pakai jubah yang diguna di Mekah dan Madinah dahulu.

Jamuan raya di rumah Zakariah Hassan. Berbual dengan Norpi, Roslan dan Shamsuddin.

Sebelum tidur Abah pasang videocam dan tonton rakaman di UIA siang tadi sempena konvokesyen Adlan. Gambar rakaman terang.

Alhamdulillah cuaca di UIA panas terik dan cerah tengah hari ini.

Advertisements