Monthly Archives: Februari 2012

Servis Waja Proton Batu Caves

Rabu  29 Februari 2012 bersamaan 7 Rabiulakhir 1433H  (60/2012)

Solat subuh di Masjid Ansar.
Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar memakai dress untuk pergi kerja di NTV7 Media Prima, Bandar Utama..

Salah Dengar

Telefon ke rumah Razak Kenek. Budiman jawab telefon. Razak balik ke KL dari Mekkah pada Sabtu ini. Jam 3 pagi dapat diberitahu terima panggilan  kematian ‘Opah Putih’.  Budiman tidak kenal siapa ‘Opah Putih’.

Abah telefon semua adik beradik Abah dan tidak siapa tahu dan hanya teka ‘Opah Putih’ adalah ‘Putih Dasimah’ atau biasa di panggil Mak Tua. Putih Dasimah atau Mak Tua setahu semua berada di Rapat Setia terlantar dalam keadaan ‘bed ridden’ di Rapat Setia di rumah Teh dan Al.

Kematian isteri kawan bernama Noryazid di Cheras.
Tengah malam terima SMS dari kawan, Masro, beritahu berkaitan kematian isteri, Noryazid.
Jam 9 pagi kawan bernama Mahathar tiba depan rumah dengan kereta Toyota Corolla. Pergi ke rumah seorang lagi kawan bernama Rahim Hassan di TamanHalaman, Ampang. Tunggu sektika ketibaan seorang lagi kawan  dari Seremban bernama Byed. Syed tiba dengan isteri memandu Kelisa biru gelap.

Konvoi  pergi ke rumah Yazid di Taman Maju Jaya di Cheras. Ikut Pandan Indah.  Ramai orang. Perhatikan jenazah masuk ke dalam van jenazah. Yazid beri ucapan sebelum jenazah masuk ke dalam van.

Balik semula ke rumah Rahim Hassan.

Mahathar hantar balik    ke rumah.  Mahathar beredar dari rumah.

Servis Kereta Waja
Jam 12 tengah hari memandu Waja menuju ke Proton Edar Batu Cave.  Servis kereta Waja di Proton Batu Caves. Tunggu di sana. Hujan petang ini. Jam 1.30 petang solat di surau di belakang stesen minyak Petronas.

Masuk ke dalam Kedai Mesra Petronas bersebelahan. Nampak tawaran nasi lemak dan minuman RM1.  Perhati dalam bakul ada sebungkus nasilemak. Terus ambil dan tuang secawan teh O.  Duduk di meja. Makan nasi lemak.

Sebelum bayar ambil sebiji roti . Jumlah bayaran di kaunter RM1.90.

Masuk semula ke ruang menunggu Proton Edar. Menonton drama di TV  dalam ruangan.

Jam 4.15 petang baharu selesai servis kereta Waja. Buat bayaran. Hujan reda. Ambil kereta Waja dan beredar dari sini.

Singgah Rumah Pak Lang Zulkafli
Memandu dan terus pergi ke rumah Pak Lang Zulkafli di Taman Jasa. Jam 4.30 petang tiba depan rumah Pak Lang Zulkafli di Taman Jasa. Telefon ke Pak Lang beritahu Abah sudah tiba dan berada di depan rumah waktu ini.

Pak Lang buka gril dan pintu depan. Masuk ke dalam rumah. Bersalam dengan Syairazi. Syairazi sedang guna komputer di meja ruang tengah.

Jam 4.40 petang bersaisp untuk pergi ke surau solat asar. Abah ajak Syairazi. Berdua dengan Pak Lang pergi ke surau. Solat asar berjemaah di Surau Taman Jasa.

Balik ke rumah Pak Lang. Jam 5.30 petang terima panggilan dari Mamanya minta ambil Azfar diotempat kerja. Berbual sehingga jam 6 petang.

Ambil Azfar di Dataran Palma
Beredar dari Sg Tua. Ikut MRR2 terus ke Ampang Point. Perjalanan lancar kerana tidak ada kesesakan jalan raya. Jam 6.33 petang tiba depan PTPL . Beritahu Azfar Abah sudah tiba dan waktu ini masuk ke Dataran Palma.Masuk ke kawasan dan nampak Azfar dan Ida menunggu. Di depan Flaminggo kesesakan. Selepas itu perjalanan MRR2 dan DUKE lancar. Hujan renyai. Turunkan Ida depan rumah Ida. Abah dan Azfar terus balik ke rumah.

Hujan renyai. Guna kereta Waja pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Selepas maghrib balik ke rumah. Dalam perjalanan terima panggilan dari Nauwar. Terus pergi ke stesen LRT Setiawangsa ambil Nauwar. Tunggu di depan tangga. Seketika kemudian nampak Nauwar di depan. Balik ke rumah.

Jam 8.42 malam, SMS ke Azfar suruh masak nasi goreng.

Optimax Pakar Mata

Selasa  28Februari2012 bersamaan 6 Rejab 1432H   (59/2012)

Bersiap memakai jubah hijau kelabu cair. Pergi ke Masjid Ansar menaiki Kancil.Solat subuh.Selepas solat subuh singgah gerai beli kuih lapis dan karipap. Balik ke rumah.

Jam 6.50 pagi hantar Nauwar ke steen LRT Setiawangsa dengan menaiki Kancil.

Jam 8.30 pagi abah solat dhuha. Selepas itu turun dan bersarapan. Mamanya hidang kopi susu. Makan kuih yang dibeli awal pagi tadi.

Jam, 11 pagi Abah memandu Waja dan bawa Mamanya ke CIDB Jalan Chan sow Lin. Mamanya perluhantar dokumen peneterjemahan yang selesai dan pulangkankepada pegawai CIDB.

Singgah Optimax di Jalan Yap Kwan Seng. Abah tunggu di luar tengok kereta yang terletak di tepi kawasan.

Singgah pasar Dato Keramat. Mamanya tunggu dalam kereta. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Beli sebiji betik masak di kedai buah.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Jam 1.30 petang Abah pergi solat zohor di Masjid ansar. Pakai baju Melayu merah .  Menunggang motosikal.

Mamanya di bilik atas.

Hujan renyai  seketika.

Jam 9.20 malam pergi ke stesen minyak Petronas Taman Setiawangsa isi petrol ke Kancil RM34.63.

Ikan Terubuk Bakar

Isnin 27 Februari 2012 bersamaan 5 Rabiulakhir 1433H  (58/2012)

Memakai jubah kelabu hijau cair danmemandu Kancil pergi ke Masjid Ansar. Jalan raya basah. Semalam hujan. Seperti subuh lepas, banyakkenderaan dalam kawasan masjid. Masuk terus ke sudut dalam yang ada ruang berdekatan pintu pagar ke bukit kawasan letyak kerta belakang berdekatan  SR Agama.

Solat subuh. Selesai solat, bangun keluar dewan dan balik terus ke rumah. Tiba depan porch, tidak nampak surat khabar. Belum tiba lagi.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Tiba balik ke rumah jam 7 pagi.

Menonton Tanyalah Ustaz Dr M Lukman Ibrahim tajuk Nabi Ummi atau Nabi tidak menulis dan membaca. Tertidur dan bangun jam 9.30 pagi dan solat sunat dhuha.

Sarapan pagi.Mamanya sudahsediakan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan jem.

Mamanya menyapu lantai rumah. Abah menonton Marhabh De Laila di TV9.  Mamanya mula buat kerja terjemahan dokumen CIDB duduk di sofa ruang tengah.

Jam 12 tengah hari pergi ke Pasar Datok Keramat dengan motosikal. Beli lauk di Fuziah Nasi Campur termasuk ikan terubuk bakar dan ayam paprek RM13.00. Cuaca panas terik waktu itu. Menunggang balik ke rumah.

 

Mamanya sediakan nasi untuk makan tengah hari. Makan nasi bersama Mamanya. Jam 1.20 petang abah segera bersiap untuk pergi solat zohor di Masjid Ansar. Bersiap memakai baju Melayu warna merah yang  teluk belanga. Pakai kain pelikat putih. Naik motosikal ke masjid.

Petang ini hujan sedikit. Jam 4.45 petang pergi semula ke masjid denganmotosikal. Cuaca mendung tetapi tidak hujan. Pergi dengan baju Melayu merah seperti waktu zohor tadi.

Jam 6 petang turun ke bawah. Makan tori sapu mentega dengan jem mixed fruits.

 

Jam 7.30 malam pergi ke Masjid dengan motosikal Pakai jubah hijau kelabu cair. Ada ceramah selepas maghrib. solat isyak. Balik ke rumah selepas selesai isyak.

Abah bantu Mamanya siapkan meja untuk makan malam. Azfar ikut sama makan nasi denganlauk paprik ayam. Nauwar kemudian ikut sama makan nasi dengan lauk ayam paprek.

Telefon kawan lama dari Kuantan

Ahad 26 Februari 202 bersamaan 4 Rabiulakhir 1433H   (57/2012)

Solat subuh. Pergi dengan Kancil. Sesak dengan kenderaan dalam kawasan masjid. Dapat letak di sudut jauh ke dalam dekat pintu agar bukit .Solat subuh  Datuk Najmi. Selepas solat ada kuliah subh membaca surah Nisa dan tafsir  ayat 128 oleh Datuk Najmi, Nazir masjid. Selepas kuliah tamat jam 7.30 pagi, dikiuti tahlil arwah. Selepas itu sarapan di sediakan di serami masjid. Hidanga termasuk nasi minyak dengan  gulai kari daging denag kuih koci.

Sebelum balik ke rumah, singgah Restoranali Maju. Masuk ke dlaam dan terserempak denga jiran Zakariah Hassan dan isteri sedang sarapan pagi. Abah pesan roti capati 3 keping. Sedang menunggu nampak jiran berkaitan tadi,  beredar dengan kereta USB hitam.  Balik ke rumah selepas bayar di kaunter.

Jam 9.45 pagi pergi ke Pasar Datok Keramat dengan motosikal. Beli lauk.  Balik semula ke rumah.

Di porch kesan bau kencing kucing.  Pada pohon hiasan dan pokok reik di depan rumah telah manjadi tempat kucing jiran berkumpul. Keluarkan hos plastik. Siram lantai porch. siram dinding porch dan tiang. Tujuan untuk hilangkan bau kencing jika dikencing kucing. Siramkan juga pokok renik danpokok hiasan yang menjadi tempat kucing jiran berkumpul. Nampak kucing bertempiaran lari dari pokok pokok renik di depan rumah.

Jam 10.50 pagi pergi ke kelas agaman amali di Surau Ittifaq, Taman  Keramat Permai. Waktu itu kelas sudah mula. Kelas tamat selepas jam 1 petang.  Balik terus ke rumah. Mandi. Pakai jubah kelabu hijau kelabu. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat zohor berjemaah.

Balik ke rumah.

Jam 9.30 pagi Abah telefon seorang kawan lama bernama Sahar, Kuantan dan bertanyakan nombor telefon seorang lagi kawan lama bernama Bahari, Bentong. Jam 11.05 pagi Sahar SMS nombor telefon Bahari ke Abah. Dapat no 012-9530660.

Jam11.07 pagiPak Lang Zulkafli telefon ke Abah bertanyakan nombor telefon Ina shaari. Abah  SMS balik maklumat yang beliau perlu.

Makan nasi tengah hari berdua dengan Mamanya. Lepas itu Nauwar ikut sama makan nasi. Mamanya makan sedikit. Azfar datag dan ternampak roti capati dalam tupperware. Azfar carik capati dalam pinggan dan makan dengan gulai kari ikan yang Abah terdahulu beli di pasar  tadi.

Jam 2.31 petan Abah telefon ke nombor kawan lama bernama Bahari,Bentong. Tiada jawapan. Abah duduk di dapur.  Jam 2.53 petang tidak sangka kawan Abah telefon balik. dia tidur tadi katanya.  Berbual lama. Beria rancangan bahawa Abah ada rancangan berjalan jalan ke Kuantan suatu hari. Minta beliau bersedia kalau boleh ikut sama . Belliau menjaga cucu.  Cadangkan pada cuti sekolah bulan Mac depan.

Solat asar pergi dengan motosikal.  Cuaca redup tetapi tidak hujan.

Minyak Enjin Kancil.

Sabtu 25 Februari 2012 bersamaan 3 Rabiul;akhir 1433H  (56/2012)

Bawa Kancil pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh berjemaah. Selepas solat tunggu seketika hendk pastikan majlis yang berikutnya. Nampak jemaah semua mula duduk . Tidak ada ambil Quran dari kabinet. Tanda tidak ada kuliah mangaji dan tafsir pagi. Abah perhatikan jemaah dudk diam menunggu sesuatu. Nampak meja penceramah di letak ke lokasi mengadap jemaah. Terjawab apabila nampak Ustaz Muliyadi pergi ke meja penceramah denganbuku. Ada ceramah yang di pimpin oleh Ustaz Muliyadi.

Minyak Enjin Kancil.

Ambi  corong plastik warna kuning dari bawah sinki di dapur. Ambil minyak enjin jenama Azimaxx di rak di dapur. Guna corong plastik kuning untuk masukkan minyak enjin ke enjin. Kancil.

Bersihkan enjin Kancil. Guna air sabun dalam beldi merah. Lap enjin dengan kain basah dengan air sabun.

Bersihkan rim roda Kancil.  Bersihkan juga rim roda kereta Waja.

Nampak dalam twitter Adila berada di Kem Latihan Rowing di Sg Tua.

Jam 11.25 pagi Nauwar minta abah hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar rancang keluar. Guna Kancil dan hantar Nauwar ke stesen. Balik semula ke rumah.

Pak Lang Zulkafli telefon ke Abah. Berbual dan beliau bertanya keperluan  berkaitan pembayaran pendahuluankepada  kontrektor untuk  kerja ubah suai rumah.

Hujan Tengahhari.

Jam 1.15 petang, makan nasi bersama Mamanya.   Jam 1.30 Abah pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah denganmenaiki kereta Kancil.  Waktu solat hujan lebat. Selesai solat hujan sudah reda.  Selepas solat zohor, hujan telah pun berhenti.  Matahari keluar.  Jalan raya basah.  Balik ke rumah.

Di TV3 ada tayangan filem ‘Sangam’. Azfar hendak menonton drama Korea di TV3.

Jam 4.45 petang bersiap pergi ke Masji dAnsar. Pakai jubah kelabu hjau pudar yang tidak berkolar. Bawa duit dan kad Mesr Petronas bersama. Mamanya pesan beli roti.  Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat asar.

Selesai solat asar, terus menunggang motosikal pergi ke Kedai Mesra stesenminyak Petronas AU2A. Ambil roti Gardenia Wholemeal paket hijau.  Buka peti sejuk cari F&N  perisa halia.  Tidak jumpa F&N halia di peti sejuk.  Ambil minuman karbonat F&N berwarna hijau.  Balik ke rumah.

Jam 6 petang minum teh bersama Mamanya. Makan roti Gardenia sapu mentega dan kaya.

Pergi masjid dengan motosikal. Solat maghrib. Selepas isyak balik ke rumah. Azfar sudah keluar.

Makan nasi. Waktu itu jam 9.30 malam. Mamanya keluar ambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa.

Abah dan Mamanya menonton drama TV sehingga jam 11 malam. Waktu ini Nauwar sudah naik ke bilik. Azfar masih belum balik ke rumah.

Abah naik ke bilik. Tidur.

Hantar Anis balik ke kolej UPM Serdang

Jumaat 24 Februari 2012 bersamaan 2 Rabiulakhor 1433H  (55/2012)

Solat subuh di Masjid Ansar.Khuatir Waja tidak cukup petrol. Bawa  Waja ke masjid. Tengok dial tangki nampak ada lagi suku tangki petrol.  Kesesakan kenderaan dalam kawasan masjid. Solat masjid di ketuai Imam Muliyadi. Pagi Jumaat seperti setiap minggu bacaan Surah Sajadah. Selesai solat terus keluar dewan. Tungu sebuah kereta Kanci l sebelum dapat ergerak keluar dari kawasan masjid. Terus pergi ke stesen minyak Petronas di AU2A. Letak Waja ditepi stesen dahulu. Msuk ke dalam Kedai Mesra guna ATM KawanKu Maybank keluarkan duit. Bawa kereta ke pam. Isi petrol minyak tanda kuning. Kelaur dari steen dan singgah ke gerai dekat simpang Jalan Enggang dan Jalan AU2A. Beli seriggit kuih koci.  Balik ke rumah.

Nauwar sudah siap dan duduk di sofa ruang tengah. Hantar Nauwar dahulu ke stesen LRT Setiawangsa dengan kereta Kancil. Pagi ini masih gelap. Tidak  banyak kereta, Senang memandu pergi balik.

Tunggu Anis siap. Sambil itu Abah naik ke bilik dan salin pakaian. Pakai seluar dan kemeja lengan pendek. Pakai jaket. Ikut MRR2 hantar Anis ke UPM Serdang. Minggu lepas Anis mula kuliah Smester Kedua mengikuti kursusu di UPM Serdang.

Tiba di kolej jam 8 pagi. Selepas Anis hantar beg ke kolej, hantar Anis ke kelas. Kelas Anis di satu lokasi jauh dari kampus utama. Kawasan ini  kawasan ladang.

Jam 11.30 pagi Abah pergi ke Taman Setiawangsa dengan motosikal.  Letak motosikal depanMaybank.  Naik ke Maybank masukkan cek 2 keping melalui mesin ATM untuk akaun Meria.

Trus perjalamnan ke Pasar. Di Jalan Setiawangsa teringat motosikal tidak ada petrol. Pusing semula danpatanh balik ke stesen minyak Petronas Setiawangsa.  Isi petrol RM6.97. Waktu itu jam 12.05 petang.

 

Dari Taman Setiawangsa terus menunggang motosikal ke Pasar Datok Kermat.  Beli lauk dan balik ke rumah.

Singgah Jam 1 petang Mamanya sediakan makanan untuk makan tengah hari.

Basuh motosikal.

Guna air sabun. Guna berus hitam dan beruskan badan motosikal.

Jam 1.20 petang Abah naik ke bilik. Bersiap mandi dan memakai jubah putih untuk solat Jumaat di Masjid Ansar.

Solat Jumaat

Nampak cuaca redup. Ramalan hujan. Bawa kereta Waja. Kawasan sesak kenderaan. Terpaksa berhenti di depan rumah teres bersebelahan belakang SMK Taman Keramat. Ambil payung. Letak payung dekat dinding berdekatan anak tangga.

Sedang khatib membaca doa, hujan bertambah lebat.  Apabila tiba waktu solat, segera banguna dan ambil saf berdekatan dewan.

Hujan reda selepas selesai solat dan doa.  Waktu balik, terpaksa undur kereta Waja sehingga habis satu blok deretan rumah teres. Mujur tidak ada apa apa halangan. Balik ke rumah.

Jam 4.45 petang bersiap memakai baju jubah putih. Memandu Waja dan pergi ke Masjid Ansar solat asar berjemaah.

Selesai solat asar. Undur kereta Waja dari khemah tepi serambi. Undur dua kali. Kali kedua terkena kereat belakang jenis Merc 380 warna biru.

Jam 5.15 petang tiba di rumah. Dari porch nampak dua ekor anak kucing berwarna putih di tepi rumah jiran rumah nombor 6. Jenis keturunan Siam.

Layan dengar lagu pop 60’an.

Pergi ke stesen minyak Petronas AU2A isi petrol untuk kereta Waja RM52.37.

Selepas 7.15 malam, Azfar tiba balik di rumah.

Jam 7.30 malam pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil.

Selepas isyak balik ke rumah.

Azfar bawa makanan. Ada nasi ayam, mi goreng dan satay. Makan bersama di meja makan di dapur.

Menonton siaran lagu Sudirman TV1 sempena memperingati rwah Sudirman.

Serai Wangi

Khamis 23 Februri 2012 bersamaan 1 Rabiulakhir 1433H  (54/2012)

Serai Wangi

Jam 9 pagi, rancang cabut pokok serai wangi di luar ruamh di tepi jalan. Terlalu tua dan besar rimbunan nya. Sedikit deni sedikit putuskan akar halus di pangkal pohon serai. Setelah di cabut. buang diribnan sampah [ukal di tepi jalan dekat belakang rumah.

Jam 10 pagi menunggang motosikal dan pergi ke tanah lot di Gombak.  Tiba di simpang Wangsa Maju nampak petrol motosikal diparas “E”.  Dari simpang dekat Sekolah Section 4 Wangsa Maju, belok kekanan menuju ke stesne minyak Petronas Jalan Ulu Kelang. Kawasan ini Taman Wangsa Melati. Stesen Minyak di tepi MRR2 Ulu Kelang.

Di pam, dapati tidak boleh guna kad kredit. Pekerja Bangla beritahu kena bayar tunai. Tidak ada pilihan. Beri RM2 kepada pekerja Bangla.  Beliau tekan panael sahaja. Isi petrol ke tangk motosikal.

Baiki Kunci Pintu Pondok

Sambung perjalanan dan turun ke Jalan Genting Kelang dari MRR2. Lalu depan JPJ Wilayah Persektuan dan masuk ke Danau Kota sebelum masuk ke Kg Kerdas di mana terletak tanh lot di Gombak.

Perkara pertama Abah perlu buat ada lahmembaiki selak untu kunci pintu pondok. Penukul dan paku serta selak siap di baa bersama dalam bakul motosikal. Hanya guna 2 paku pendek. Pakukan selak ke frme kayu pintu. Sudah lama pintu pondok tidak berkunci. Hanya pintu sahaja di tutup dengan menyandarkan kayu pada pintu untuk rapatkan pintu. Mujur tidak sesiapa mengganggu buka pintu.  Anggaran lebh 6 bulan pointu haya tutup rapat dengan disandarkan kayu sahaja.

Ambi cangkul dari dalam pondok. Cangkul dua rumpun pokok serai yang sudah tua. Bersiahkan tanah Tanam pokok serai baharu.

Hampir jam 12 tengah hari berhenti kerja . Rasa letih. Siap simpan cangkul dan parang ke dalampondok. Kunci pintu pondok. Bawa ‘boot’ plastik yang telah lama tersimpan di dalam pondok. Perlu bawa ke rumah untuk dibersihkan.

Balik ke rumah. singgah gerai beli sebungkus air soya. Minum di situ kerana terlalu haus.

Balikke rumah. Badan letih. Beritahu Mamanya tidak larat pergi beli lauk di pasar. Baring di ruang tengah.

Jam 1.25 petang, naikke bilik. Mandi.Bersiap pakai jubah putih. Menunggang motosikal pergi ke Masjid Ansar untuk solat zohor berjemaah. Selesai solat balik kerumah.

Mamanya goreng ikan masin terubuk. Makan nasi berdua dengan Mamanya.

 

Minum petang. Makan roti sapu mentega dan jem. Jam 6 petang Abah pergi ke Pasar DAtokKermaat dengan motoosikal.  Beli lauk di Kedai Suberi Nasi Kandar. Masuk ke pasar tetapi gerai sayur semua sudah tutup waktu ini. Beli keropok dan telur rebus kari di geria nasi dekat selekoh. Balik ke rumah.

Pergi ke Masjid Ansar jam 7.30 malam dengan motosikal. Malam ini ada baca Yasin di masjid. Mamanya perlu guna Waja untuk ambil Nauwar malam ini.

Selepas isyak balik dari Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak dua dua kereta Kancil dan Waja di porch rumah. Masukke dalam rumah. Nauwar dalam dtudy room gunainternet.  Anis duduk di sofa di ruang tengah.  Anis balik  menaiki p[ublic transport balik ke rumah.

Anis Balik ke Rumah

Malam ini Ans balik ke rumah. Rancangan Anis menonton drama TV ‘Patah Seribu’ lakonan Shila Amzah. Anis peminat penyanyi ini.  Saluran Astro Prima jam 9 ke 11 malam.

Rabu

Rabu  22 Februari 2012 bersamaan 29 Rabiulawal 1433H   (53/2012)

Jam 6 pagi bangun dan bersiap. Pakai jubah putih. Menaiki Kancil pergi ke Masjid ansar. Masuk ke kawasan masjid di mana masih ada kekosongan ruangan letak kereta.  Solat subuh di ketuai Imam Muliyadi.  Selesai solat balik terus ke rumah.

Jam 6.50 pagi hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Suasana masih gelap pagi ini. Tidak banyak kenderaan di jalan raya. Mudah memandu balik ke rumah dari stesen.  Tiba di rumah baharu teringat yang kereta Kancil kekurangan petrol. Naik ke bilik dahulu ambil dompet. Mamanya masih di bilik baharu selesai solat subuh. Abah keluar semula dengan kereta Kancil. Memandu menuju stesen minyak Petronas di AU2A. Isi petrol. Waktu itu jam 7.09 pagi. Masuk ke Kedai Mesra stesen ini dan beli sebuku roti Gardenia Wholemeal. Singgah di 7 Eleven dan ambil The Sun.

Tidur dibilik. Bangun semula jam 9 pagi.Turun.  Azfar baharu pergi kerja.

Mamanya buat sarapan teh O. Makan roti Gardenia whole meal 2 keping sapu jem mixed fruits jenama Chivers dan mentega.

Jam 10 lebih, melalui SMS,  buat temujanji berjumpa Azmi Ishak dan kawan kawan lain di KGPA pada 8 pagi Sabtu 28 Feb ini.

Jam 12 tengah hari menunggang motosikal dan pergi ke Pasar Dator Keramat.   Beli lauk di Fauziah Nasi Campur.   Tiba balik di rumah jam 1 petang.

Mamanya sedaika makanan di meja makan di ruang dapur. abah berdua dengan Mamanya makan nasi.

Jam 1.30 petang bersiap dan pergi ke Masjid ansar untuk solat zohor berjemaah. Pergi dengan kereta Waja kerna cuaca kelihatan redup. Bawa payung ke masjid. Leta payung di besi  anak tangga. Solat zohor. Tidak hujan. Simpan payung semula ke dalam kereta . Balik ke rumah.

 

Selepas solat asar menuggang motosikal pergi ke gerai kuih di Au1 dekat Flet Fasa 2B Taman Keramat Permai. Beli pisang goreng RM2. Balik ke rumah.

Letak pisang goreng atas meja makan. Mamanya jerang air untuk minum petang.

 

Abah hantar minutes ADNI melalui e mail ke Azfar. Azfar masih di pejabat Fajar.

Kelinik Kesihatan Jalan AU2A Taman Keramat

Selasa 21 Februari 2012 bersamaan 28 Rabiulawal 1433H  (52/2012)

Jam 6 pagi bangun subuh.  Bersenam sedikit berbaring di lantai bilik. Masuk bilik mandi. Mandi. Bersiap pakai baju jubah putih. Mamanya sedar dan suruh hidupkan lampu bilik. Abah beredar pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. Waktu ini jam 6.12 pagi.  Tiba di kawasan masjid masih banyak ruang letak kereta. Masuk ke dewan dan terdengar iqamah  dari bilal. Masuk saf. Solat subuh. Selesai solat Imam Amri pimpinistighfar dan doa. Abah keluar dewan selepas itu dan terus balik ke rumah. Singgah di gerai kuih depan SRAgama Jalan AU2A. Beli kuih ketayap dan kuih donat.

Nampak surat khabar di lantai porch. Ambul Utusan Malaysia sebelum masukkan Kancil ke porch.Nauwar duduk di sofa ruang tamu.  Nauwar bertanya kuh  yang di beli. Abah sebutkan nama kuih.

Jam 6.50 pagi hantar Nauwar ek steen LRT Setiawangsa.

Abah tidur dan bangun jam 8.30 pagi.   Azfar sudah bersiap dan pergi kerja membawa Kancil.

Sarapan bersama Mamanya di meja makan di ruang dapur. Makan kuih ketayap dan kuh donat bersama kopi O.

Jam 9.45 pagi Mamanya bersiap pergi ke temujanji di salon.

Jam 11 pagi Abah pergi dengan motosikal ke Kelinik Kesihatan Jalan AU2A.  Berjumpa doktor lelaki di bilik 4. Di beri ubat Gastrik dan sakit perut.  Balik rumah selepas ambil ubat.

Kelinik Kesihatan Jalan AU2A Taman Keramat

Cuaca panas. Motosikal panas. Tolak motosikal ke kawasan teduh berdekatan Pusat Rawatan Methadone. Perhati gelagat pesakit  ketagih dadah di luar ousat situ. Apabila motosikal sejuka, baharu menunggang dan balik ke rumah.

Mamanya tiba blaik ke rumah jam 1 petang. Abah beritahu  lapar. Mamanya segera siapkan nasi dan hidangan di meja makan. Abahmakan seorang di meja makan. Lapar sebab sejak petang semalam Abah tidak makan atau berpuasa untuk elak sakit perut.

Jam 1.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal  untuk solat zohor berjemaah. Pakai jubah putih.

Abah dan Mamanya duduk rumah sahaja petang ini. Sambil itu menonton TV3 drama sinteron ‘Anak di Tukar’ dan ‘Bella Calimedades’ .

Jam 4.45 petang abah bersiap semual pergi ke Masjid solat asar. Selepas solat asar , menunggang motoosikal. Ternampak seorang jemaah membeli kopi di Van ‘Hang Tuah’. abah datang dekat dan bertanya aktiviti orang van , pekerja  ‘Kopi Hang Tuah’ menjual kopi kepada jemaah, yang Abah kenal dengan nama Kamaruzaman.

Jam 6 petang minum teh petang. Makan roti 2 keping sapu jem pada roti Gardenia wholemeal.

Jam 7.30 petang menaiki Kancil dan pergi ke Masjid Muadz Bin Jabal solat maghrib. Cuaca rintik hujan. Selesai maghrib, Abah balik ke rumah. Duduk dengar beritah di rumah. Azfar menonton drama Korea di ruang tengah. Mamanya berada di bilik di atas.

Jam 8.30 malam, Abah berispa lagi sekali dan keluar dengan kereta Kancil di pergi ke Masjid Ansar untuk solat isyak berjemaah. Balik ke rumah selepas selesai isyak.

Blackout!

Dalam perjalanan dari Masjid Ansar dapati jalan raya kegelapan. Lampu jalan raya padam. Taman Keramat ‘blackout!’.  Sehingga tiba di rumah masih kegelapan. Selutuh taman taman kegelapan.

Pintu pagar tidak boleh di buka melalui remote kerana tidak ada elktrik. Letak Kancil depan rumah. Mujur pintu pagar kecil di tepi rumah tidak berkunci hari ini. siang tadi memang abah buka mangga kunci pntu pagar kecil untuk urusan buang sampang halaman. Masuk ek rumah. Nampak lampu lilin dalam rumah. Mamanya di dapur memasak guna lampu lilin.

Ada lilin atas meja ruang tamu. Ada lilin di kabinet di ruang tengah. Azfar  di ruang tengah. Tidak nampak Nauwar. di bilik agaknya.

Mamanya goreng telur.

Mamanya beritahu bahawa lampu kecemasan ada di belakang langsir di bawah tangga. Langsir dahulu backdrop pelamin pertunangan Azfar pada Disember 2011 dahulu.  abah periksa bawah tangga di belakang langsir. Nampak lampu kecemasan. ambil keluar.  Keluarkan dari kotak. Bawa ke dekat dapur. Guna lampu sulu yang Azfar pegang untuk cari suis pada lampu kecemasan. Hidupak lampu kecemasan . Cahaya putih.

Letak dekat meja dapur. Mamanya masak di dapur dengan cahaya dari lampu kecemasan.

Siap hidangan makanan di meja makan di dapur. Azfar letak lampu kecemasan di meja makan. Nauwar datang dan baharu turun dari bilik atas.  Semua makan bersama bawah cahaya lampu kecemasan.

Abah berbual dengan Pak Lang Zulkafli sekitar jam 10.30 malam. Waktu itu masih ‘blackout’.

Jam 11 malam baharu elektrik pulih semula.  Azfar turun dan hidupkan lampu rumah melalui suis utama rumah.

Badan Abah masih tidak sihat. Lewat malam ini baharu dapat meegakan sedikit selepas pergi ke tandas. Selepas makan malam, Abah makan sebiji ubat yang di beri dari kelinik siang tadi.

Anis Mula Kelas Semester 2

Isnin  20 Februari 2012 bersamaan 27 Rabiulawal 1433H   (51/2012)

Jam 6 pagi Abah bangun. Bersiap mandi. Semalam magrib mula pakai jubah putih.  Subuh ini juga pakai jubah yang sama untuk solat subuh di Masjid Ansar. Guna kereta Kancil. Masuk ke kawasan masjid yang sesak dengan kereta jemaah. Letak kereta Kancil di belakang beberapa kereta supaya tidak menggangggu laluan. Masuk ke dewan masjid dan kedengaran suara Imam Muliyadi mula solat subuh.  Solat subuh di saf ketiga. Selesai solat wiirid dan doa. Keluar dari dewan menuju ke kereta. Memandu balik terus ke rumah. Nampak surat khabar antara Kancil dn motosikal.  Masuk ke dalam rumah. Rumah gelap. Naik ke bilik. Hidupkan lampu.

Anis  tidur di bilik pengantin. Dahulunya blik Nauwar. Azfar masih tidur  dibiliknya.

Jam 6.50 pagi  hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Abah tidur dibilik. Bangun jam 9.30 pagi. Waktu ini mula hujan. Turun ke dapur. Mamanya sediakan kopi O dan roti bakar. Roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan kaya. Di luar kelihatan hujan.

Jam 10 pagi Abah menonton drama  TV9 ‘Marhaba  De Laila.”   Waktu ini Mamanya buat kerja penterjemahan dokumen sambil duduk di sofa ruang tamu.

Pagi ini terima SMS dari Firdaus, Rawang tidak jadi sewa rumah Inap Desa Pangkor tarikh (3 Feb 2012 ?).

Jam 12.30 petang Abah menunggang motosikal dan pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk. Balik semula ke rumah ikut Jalan Enggang.

Mamanya siapkan hidangan untuk makan tengah hari.  Abah makan nasi berdua dengan Mamanya.

Pakai jubah dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor.  Pergi dengan motosikal.

Balik ke rumah. Suruh Anis bersiap untuk balik ke kolej UPM Serdang.

Jam 3 petang hantar Anis ke kolej di UPM Serdang. Tidak dibenarkan masuk ke kolej. Terpaksa berhenti di luar sahaja. Anis turn dua kali untuk bawa barang balik ke kolej. Abah balik terus ke rumah ikut MRR2.  Waktu ini mula rasa perut sakit.  Tiba di rumah jam 4.30 petang.

Sakit Perut

Masih sakit perut.  Pakai baju Melayu dan kain pelikat putih. Pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar untuk solat asar jam 4.50 petang. Selesai solat, balik ke rumah.

Tidak minum petang kerana perut masih sakit.

Jam 7.30 petang pergi ke Masjid Ansar memakai jubah putih . Pergi denga motosikal.    Sebelum itu Mamanya keluar mengambil Nauwar d stesen LRT Setiawangsa.  Hujan menitik sedikit.

Selepas solat maghrib Abah terus balik ke rumah. Tiba di rumah salin pakaian dan bereaht di ruang tengah sambil menonton berita di TV.   Berehat di rumah

 

Lawatan Perdana Menteri Thailand Cingluk berjumpa Dato Seri Najib

Jam 8.30 malam, Abah bersiap semula pakai jubah. Bawa Kancil dan pergi semula ke Masjid Ansar untuk solat isyak berjemaah. Ada ruang kosong dibawah khemah berdekatan serambi. Ini di sebabkan sebuah motosikal terletak di tengah ruangan dan hanya dapat beri laluan untuk letak satu kereta sahaja.

Azfar ada di ruang tengah. Azfar tunjuk kad perkahwinan contoh.

 

Sakit Perut. Malam ini tidak makan apa apa tujuan elak sakit perut. Tidak rasa lapar.  Selepas jam 11 malam naik tidur, macam biasa. Perut tidak rasa sakit.