Cempedak Goreng

Ahad 29 Januari 2012 bersamaan 5 Rabiulawal 1433H (29/2012)

Jam 6.10 pagi pergi ke Masjid Ansar solat subuh berjemaah.

Pergi ke gerai di Jalan AU1 beli kuih lapis satu paket plastik .

Mamanya goreng buah cempedak. Abah dan Mamanya duduk di meja makan di dapur makan cempedak goreng dan minum kopi susu.

Jam 11 pagi menunggang motosikal Abah pergi ke Kelas Amalan Agama di Dewan PIBG SRAAAmin AU1. Jam 1.15 petang selepas kelas balik ke rumah. Pergi semula ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Tidak salin pakaian.

Terus menunggang motosikal dan beli lauk di Pasar Datok Kermat suberi Nasi Kandar. Sebelum itu terima panggilan bertanya Inap Desa Pangkor.

Tiba di rumah nampak kereta Persona Hitam depan rumah. Tuang Azfar, Min ada dalam kereta. Min dan Anis pergi ke jemputan rumah kahwin.

Makan nasi bersama keluarga.

Mamanya dan Nauwar keluar dengan kereta Waja kata hendak pergi ke SOGO.

Selepas jam 4 petang Min dan Azfar keluar. Azfar kata pergi ke majlis birthday di Jenjarom.

Anis duduk guna komputer di ruang tamu.

Jam 5 petang Abah pergi ke masjid untuk solat asar. Guna Kancil. Sebelum itu hantar Anis ke stesen LRT Setiawanga. Anis hendak pergi ke Stadium Bukit Jalil menonton AJL. Kawan kawan Anis tunggu di sana dan berjumpa.

AJL 2012 TV3

Balik dari masjid. Salin pakaian. Makan nasi. Mamanya dan Azfar menonton AJL.