Sabtu 28 Januari 2012 bersamaan 4 Rabiulawal 1433H ( 28/2012)
Jam 6.10 pagi pergi ke Majid Ansar menaiki kereta Kancil untuk solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh, tunggu seketika tetapi tidak ada kuliah subuh. Singgah di gerai simpang dan beli kuih. Dari situ memandu pergi ke stesen Petronas AU2A isi petrol untuk kereta Kancil. Waktu itu jam 6.56 pagi. Di 7 eleven tidak ada The Sun. Balik terus ke rumah.
Sebelum masuk, ambil Utusan Malaysia di lantai porch. Masuk kereta Kancil ke porch.
Jam 8 pagi, Anis pergi jogging di Taman Tasik Titiwangsa seorang. Anis pergi sendirian dengan kereta Kancil.
Jam 9 pagi sarapan minum kopi. Makan mi goreng mamak yang di simpan dalam peti sejuk malam semalam. Waktu itu Anis sudah balik ke rumah. Anis ikut sama makan mi goreng. Anis beritahu ada ramai orang bersenam di Taman Tasik Titiwangsa.