Bermalam di Rumah Pangkor

Khamis 26 Januari 2012 bersamaan 2 Rabiulawal 1433H (26/2012)

Abah , Mamanya dan Anis pergi ke Pangkor dan bermalam di rumah Desa Pangkor malam ini. Bergerak dari Sindu jam 8 pagi. Tiba di Lumut dan letak kereta di Medan Letak Kereta Lumut

Jam 9.15 pagi terima SMS Twitter dari Azfar, terima satu surat dari ANM, berkaitan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang Abah mohon tempohari dan permohonan di tolak!

Jam 9.45 pagi Abah SS dengan Azfar, minta Azfar siapkan senarai nama saudara mara Abah.

Singgah di Roti Segar

Jam 12.49 petang Nabila SMS beritahu sudah keluar rumah. Kunci rumah di campakkan ke lantai dalam rumah.

Tiba di Jeti Pangkor selepas jam 1 petang. Tahan teksi van pergi ke Desa Pangkor. Masuk ke dalam rumah dan nampak kemas.

Waktu ini Mamanya keluarkan cadar dan sarung bantal kotor. Perlu basuh selimut.

Mandi Laut
Jam 6 petang Anis hendak mandi laut. Naik basikal pergi berdua ke Pantai Pasir Bogak. Pantai depan Sea View resort. Ramai orang. Nampak aktiviti ‘water sports’. Selepas jam 7 malam, balik ke rumah. Tiba di rumah jam 7.20 malam.

Jam 9 malam, Abah keluar dengan basikal kuning ke Restoran Hassan, di Kg Melayu berdekatan Masjid Lumut. Beli sebungkus nasi goreng kampung. Bawa balik ke rumah. Makan bersama dengan Mamanya.