Ahad 29 Januari 2012 bersamaan 5 Rabiulawal 1433H (29/2012)

Jam 6.10 pagi pergi ke Masjid Ansar solat subuh berjemaah.

Pergi ke gerai di Jalan AU1 beli kuih lapis satu paket plastik .

Mamanya goreng buah cempedak. Abah dan Mamanya duduk di meja makan di dapur makan cempedak goreng dan minum kopi susu.

Jam 11 pagi menunggang motosikal Abah pergi ke Kelas Amalan Agama di Dewan PIBG SRAAAmin AU1. Jam 1.15 petang selepas kelas balik ke rumah. Pergi semula ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Tidak salin pakaian.

Terus menunggang motosikal dan beli lauk di Pasar Datok Kermat suberi Nasi Kandar. Sebelum itu terima panggilan bertanya Inap Desa Pangkor.

Tiba di rumah nampak kereta Persona Hitam depan rumah. Tuang Azfar, Min ada dalam kereta. Min dan Anis pergi ke jemputan rumah kahwin.

Makan nasi bersama keluarga.

Mamanya dan Nauwar keluar dengan kereta Waja ke SOGO.

Selepas jam 4 petang Min dan Azfar eluar. Azfar kata pergi ke majlis birthday di Jenjarom.

Sarapan Mi goreng mamak

Sabtu 28 Januari 2012 bersamaan 4 Rabiulawal 1433H ( 28/2012)

Jam 6.10 pagi pergi ke Majid Ansar menaiki kereta Kancil untuk solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh, tunggu seketika tetapi tidak ada kuliah subuh. Singgah di gerai simpang dan beli kuih. Dari situ memandu pergi ke stesen Petronas AU2A isi petrol untuk kereta Kancil. Di 7 eleven tidak ada The Sun. Balik terus ke rumah. Sebelum masuk, ambil Utusan Malaysia di lantai porch. Masuk kereta Kancil ke porch.

Jam 8 pagi, Anis pergi jogging di Taman Tasik Titiwangsa seorang. Pergi denga kereta Kancil.

Jam 9 pagi sarapan minum kopi. Makan mi goreng mamak yang di simpan dalam peti sejuk malam semalam. Waktu itu Anis sudah balik ke rumah. Anis ikut sama makan mi goreng.

Teluk Nipah Foto

Fri 27 Jan 2012

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Bermalam di Rumah Pangkor

Khamis 26 Januari 2012 bersamaan 2 Rabiulawal 1433H (26/2012)

Abah , Mamanya dan Anis pergi ke Pangkor dan bermalam di rumah Desa Pangkor malam ini. Bergerak dari Sindu jam 8 pagi. Tiba di Lumut dan letak kereta di Medan Letak Kereta Lumut

Jam 9.15 pagi terima SMS Twitter dari Azfar, terima satu surat dari ANM, berkaitan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang Abah mohon tempohari dan permohonan di tolak!

Jam 9.45 pagi Abah SS dengan Azfar, minta Azfar siapkan senarai nama saudara mara Abah.

Singgah di Roti Segar.

Jam 12.49 petang Nabila SMS beritahu sudah keluar rumah. Kunci rumah di campakkan ke lantai dalam rumah.

Tiba di Jeti Pangkor selepas jam 1 petang.

Waktu ini Mamanya keluarkan cadar dan sarung bantal kotor. Perlu basuh selimut.

Mandi Laut
Jam 6 petang Anis hendak mandi laut. Naik basikal pergi berdua ke Pantai Pasir Bogak. Pantai depan Sea View resort. Ramai orang. Nampak aktiviti ‘water sports’. Selepas jam 7 malam, balik ke rumah. Tiba di rumah jam 7.20 malam.

Jam 9 malam, Abah keluar dengan basikal kuning ke Restoran Hassan, di Kg Melayu berdekatan Masjid Lumut. Beli sebungkus nasi goreng kampung. Bawa balik ke rumah. Makan bersama dengan Mamanya.

Hari Kedua Chinese New Year

Selasa 24 Januari 2012 bersamaan 30 Safar 1433H (24/2012)

Anis tingl dalam bilik hotel starview. abah dan Mamanya keluar dengan kereta Waja menuju ke Medan Letak Kereta Lumut. Jam 9 pagi Anis SMS bertanyakan sejadah dalam bilik hotel. Abah beritahu sejadah berkaitan adalah kepunyaan hotel.

Jam 9.59 pagi Abah terima SMS dari tetamu Nabila KL, “Salam, untuk makluman haji sy dh sampai di jeti pangkor..ape2 hal sy tgu maklum balas dr haji. Nabia”

Jam 10 pagi Abah jawab OK ke tetamu Nabila melalui SMS.

Jam 11.47 pagi Abah terima SMS dari tetamu Azila, “Salam. Saya dan keluarga dah kluar rumah. Terima kasih. Azila”

Kumulan Nabila KL
Jam 12.45 petang Abah pergi ke Jeti Pangkor. Abah berjumpa dengan Nabila dan kumpulan. Mencari teksi. Apabila dapata bawa kumpulan ke rumah Desa Pangkor. Mamanya sudah selesai kemaskan rumah. Selepas dapatkan baki sewa dan Abah serahkan kunci kepada Nabila.

Abah dan Mamanya berjalan kaki ke jalan utama di luar taman. Tahan sebuah telsi van merh jambu. Bayar RM5 kepada pemandu van. Naik feri balik ke Lumut.

Tunggu Anis di McDonald Manjung. Jumpa kenalan Anis. Abah, Mamanya dan Anis bergerak meninggalkan Sitiawan menuju ke Sindu.

Tidur di Sindu.

Malam makan nasi gulai lemak kuning terung ikan masin. Berjumpa denganKamaron yang baharu tiba dari KL bersama Imran anak beliau. Esok Kamaron pergi ke temat kerja di Penang.

Tahun Baharu Cina 2012

Isnin 23 Januari 2012 bersamaan 29 Safar 1433H (23 / 2012)

Hari ini cuti kebangsaan.

Waktu ini Adlan dan HUda di Australia sudah masuk ke rumah baharu di Newcastle.

Pergi ke Pangkor dengan Mamanya dan Anis
Jam 7 pagi Abah memandu Waja dan membawa Mamanya dan Anis menuju ke Pangkor. Rancangan hari in adalah ambil kunci dan bersiap rumah untuk tetamu Azila Ipoh masuk jam 1 petang di Inap Desa Pangkor. Meter pada panel kereta 121548. Ikut DUKE. Abah masuk ke tol Slim River. Bacaan meter 121659. Perjalanan dari KL ke tol Slim River 111KM.

Jam 8.30 pagi tib di simpang masuk ke arah Teluk Intan dan Lumut. Meter pada panel 121687.

Jam 9.55 pagi Abah dan Mamanya tiba di Lumut. Meter pada panel 121793. Perjalanan dari rumah ke Lumur jum;ah 245 km. Ambil masa 3 jam. Mamanya teruja memandu kereta Waja dan tiba Lumut dalam 3 jam.

Jam 11.16 pagi terima SMS dari tetamu Azrul beritahu Abah checkout jam 12 tengah hari.
Jam 12.40 petang Abah telefon ke Azrul PJ. Waktu itu dia sudah keluar rumah dan dari percakapan masih pusing pusing dengan teksi di Pulau Pangkor.
Waktu ini abah, Mamanya dn Anis sibuk mengemaskan rumah Inap Desa Pangkor.
Jam 1.12 petang pula Abah terima SMS dari tetamu Azila yang beritahu sudah tiba di jeti Pangkor. Beliau dan kumpulan rncang datang ke rumah segera. Abah keluar dan tunggu di hujung bangunan aprtmen. Nampak van Kelinik Kesihatan tiba . Ada ramai orang dalam van. Tidak sangka Azila dan kumpulan datang dengan van Kelinik Kesihatan. Jemput mereka semua masuk ke dalam rumah Inap Desa Pangkor.

Inap di Starview Hotel Manjung
Jam 10.20 malam, Abah terima SMS dari Nabila KL beritahu beliau tiba LUmut jam 7 pagi esok. Abah hairan.

Azfar beli nasi ayam

Ahad 22 Januari 2012 bersamaan 28 Safar 1433H (22/2012)

Memandu Kancil dan pergi ke Masjid Ansar solat subuh berjemaah. Selepas solat ada kuliah pagi membaca dan tafsiran Surah Nisak. Selepas kuliah pada jam 7.20 pagi, ada sarapan di seramibi untuk ahli jemaah. Sarapan roti canai dengan teh O.

Singgah di gerai dan beli kuih apam kecil yang berwarna warni. Singgah lagi sekali ke gerai depan SR Agama Jalan AU2A. Balik terus ke rumah
Abah tidur semula dan bangun selepas jam 9 pagi. Mamanya sediakan kopi susu untuk sarapan.

Jam 10.45 pagi menunggang motosikal dan pergi ke Kelas Amalan Agama di SRIA Amin. Di kelas ini waktu rehat berbual dengan Professor Fauzi. Tidak sangka beliau sama kelas dengan kawan Abah bernama Wahid Idris dari Kuantan.

Selepas kelas terus balik ke rumah. Tukar pakaian. Pakai baju melayu lengan pink dan kain pelikat putih. Pergi ke Masjd Ansar dengan motosikal.
Selepas solat zohor balik ke rumah.

Jam 4.45 petang menunggang motosikal dan sekali lagi pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar berjemaah. Lepas solat dapati cuaca redup. Segera pulang ke rumah.

Jam 4.52 petang Abah SMS ke tetamu Desa Pangkor bernama Zuhairah yang rancang masuk Desa Pangkor pada 10 Februari 2012 ini.

Mamanya keluar dengan Azfar dan Anis. Pergi ke Ikea PJ.

Nauwar bancuh untuk minum petang. Minum teh petang. Nauwar buat.

Solat maghrib di Masjid Muadz bin Jabal. Jam 9.11 malam, telefon ke Mamanya. Jam 9.14 malam, telefon ke Nauwar. Selepas solat isyak beli lauk di Restoran Ali Maju.

Makan nasi dengan Nauwar.

Malam ini buat bayaran melalui M2U permintaan Adlan bayaran ke DataKL Network.

Malam ini Mamanya dan Anis buat persiapan kerana esok pergi ke Pangkor bersama Abah dengan menaiki kereta. Esok tetamu Azrul PJ keluar dan tetamu kumpulan Azila Ipoh masuk pula tengah hari esok.

Pangkor Kumpulan Azrul

Sabtu 21 Jan 2012 bersamaan 27 Safar 1433H (21/2012)

Jam 7 pagi solat subuh seorang diri dalam bilik utama. Kali rasa tidak berani pergi ke masjid Lumut pada jam 6 pagi. Pekan Pangkor terlalu sunyi waktu subuh.

Jam 1.30 petang terima panggilan dari Azrul Waktu itu Abah solat kjamak kasar zohor dan asar di bilik. Selesai solat abah telefon ke Azrul. Azrul beritahu kumpulan belisu sudah tiba di Lumut. Dalam proses menaiki feri ke Pangkor dari Lumut.

Jam 2.32 petang terim apangglian ari tetamu Azrul. Beliau dan kumpulan sudah tiba di jeti Pangkor. Berjumpa denga beliau di kawasan teksi van merah jambu. Bawa semua ke rumah Desa Pangkor.

tunjukkan bilik dan lain ke Azrul Azrul bayar baki sewa. abah kira. Keluar rest dari poket bajau dan serahkan kepada Azrul.

Abah beredar dari rumah menuju ke jeti. di jeti berbual dengan seorang penyewa kereta. Naik feri yang bergerak jam 5 petang ke Lumut.

Tiba di Lumut, terus berjalan kaki ke stesen bas Lumut. Di kaunter Transnasional minta tukar waktu dari 9 malam ke 6.30 petang. Dapat buat tukar tikit. Kena yuran tukar 50 sen sahaja.